Friday, April 30, 2010

Bahtera nabi Noh Ditemui Di Turki.


GAMBAR fail menunjukkan rak kayu yang didakwa sebahagian daripada bahtera Nabi Nuh yang ditemui di dalam lereng Gunung Ararat, Turki.
Turki arah kayu bahtera Nabi Nuh dibawa keluar disiasat
ANKARA - Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengetahui bagaimana serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh berjaya dibawa keluar dari negara itu ke China, lapor media semalam.
"Bagaimanakah objek-objek itu boleh berada di sana (China)?," kata Ertugrul.
Kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Milliyet semalam.

Satu ekspedisi dari China dilaporkan telah mempamerkan serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh pada satu sidang media pada awal minggu ini di Hong Kong.
Kumpulan ekspedisi yang mengandungi 15 anggota tersebut mendakwa serpihan itu ditemui di dalam lereng Gunung Ararat pada ketinggian 4,000 meter di timur Turki.Pada sidang akhbar yang diadakan pada awal minggu ini, salah seorang anggota ekspedisi itu yang merupakan seorang pembikin filem dokumentari, Yeung Wing-cheung berkata pihaknya 99.99 peratus yakin telah menemui bahtera Nabi Nuh.Kumpulan ekspedisi berkenaan mendakwa telah menemui spesimen kayu dan ujian penentuan tarikh karbon mendapati serpihan kayu yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun iaitu tarikh yang dianggap berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.
Menurut kitab Injil, banjir besar itu berlaku selepas banyak kejahatan berlaku di bumi menyebabkan Nabi Nuh diminta membina bahtera dan membawa bersamanya sepasang haiwan daripada setiap spesies.Ertugrul berkata, siasatan itu juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kehadiran seorang pegawai Turki pada sidang akhbar penemuan bahtera Nabi Nuh di Hong Kong. Pegawai itu hadir tanpa kebenaran daripada pemerintah Turki.Namun, menteri tersebut menegaskan, beliau menyokong penemuan bahtera Nabi Nuh itu di Turki dengan memujinya sebagai satu bonus untuk sektor pelancongan. - AFP

Mati Seorang Samseng


KERANDA bersadur emas yang mengandungi mayat Carl Williams diusung keluar dari sebuah gereja di Melbourne semalam.
Keranda emas untuk mayat samseng

MELBOURNE - Mayat seorang samseng terkenal Australia, Carl Williams yang mati dibelasah oleh seorang banduan lain di sebuah penjara pada 19 April lalu diletakkan di dalam sebuah keranda bersalut emas dan dikebumikan di sini semalam.Mendiang yang juga pengedar dadah terlibat dalam satu siri kejadian pembunuhan kejam dengan mengarahkan pembunuhan beberapa samseng lain pada 1990-an di Melbourne sebelum pihak berkuasa menangkapnya pada 2007 dan dihukum penjara selama 35 tahun.Kisah hidupnya itu pernah disiarkan dalam siri drama televisyen popular, Underbelly.

Dia mati diserang oleh seorang banduan di Penjara Barwon di sini dengan satu peralatan senaman manakala pengebumiannya dikawal ketat oleh anggota-anggota pihak berkuasa.Keranda Williams yang bersadur emas itu bernilai A$30,000 (RM89,025).
Keranda emas itu mirip penyanyi terkenal, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles.Bekas isteri Williams, Roberta dan anak perempuan mereka, Dhakota serta Judy Moran, balu seorang musuh mendiang turut hadir pada upacara pengebumian samseng itu di sebuah gereja. - Agensi

Thursday, April 22, 2010

KOMPOSER AJAI DAPAT ANAK BARU..

INILAH wajah anak perempuan Ajai, Danisha yang selamat dilahirkan
semalam.

KUALA LUMPUR - Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias di sini semalam.

Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh di sini.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 35, yang sentiasa berada di sisi isterinya, bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat. Saya terlalu gembira dan teruja, tidak tahu hendak digambarkan perasaan saya ketika ini," ujarnya.

Friday, April 16, 2010

Pameran Bogel.

Model mengadu diraba pengunjung

MANHATTAN - Beberapa model pameran The Artist is Present karya artis Marina Abramovic yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MoMA) di sini mengadu telah diraba oleh para pengunjung, lapor akhbar New York Post semalam.Pameran itu menampilkan lapan orang lelaki dan wanita yang berbogel atau hampir berbogel berdiri dalam pelbagai aksi di ruang galeri tingkat enam muzium berkenaan."Kami sedia maklum dengan cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran terdapat model yang berbogel di galeri pameran ini.Pengunjung-pengunjung yang menyentuh atau mengganggu model akan diiringi keluar oleh pihak keselamatan MoMA," kata seorang jurucakap muzium itu.Pihak muzium itu telah membatalkan keahlian seorang lelaki setelah dia didapati meraba seorang model tersebut.Sekumpulan pengunjung yang tidak dinyatakan jumlahnya telah dihalau keluar dari muzium itu kerana meraba model-model itu.
Namun, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat ekoran perbuatan meraba model berkenaan.Pameran itu bermula pada 14 Mac lalu dan berlangsung sehingga 31 Mei depan. - Agensi

Monday, April 12, 2010

Buta tapi celik



Tunggang kuda buta

JERSEY, Britain - Seekor kuda jantan yang buta masih mampu berlari dan membawa tuannya, Laydia Gallichan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gallichan berkata, kuda baka Appaloosa yang bernama Herbie itu buta sebelah matanya sejak sembilan tahun lalu selepas terkena tangkai pokok jagung semasa meragut rumput di sini.Dua tahun lalu, haiwan itu kehilangan penglihatan sepenuhnya kerana ketumbuhan di matanya yang tidak buta.Dia yang menunggang kuda berusia 20 tahun itu berkata, walaupun buta, haiwan tersebut mampu menyesuaikan diri kerana ia kini memiliki daya pendengaran yang cukup baik."Kadangkala saya terlupa Herbie telah buta. Namun saya mahu masyarakat sedar, walaupun buta, ia bukannya penamat kehidupan," kata wanita itu.Dia turut menjadi 'pemandu' Herbie dengan memberi arahan dari atas padang.Semasa menunggang kuda itu, Gallichan akan berkata up, up bagi memberitahu haiwan itu supaya menaiki bukit.Apabila menuruni tempat tinggi, dia akan menyebut perkataan steady kepada kuda tersebut. - Agensi

Sunday, April 11, 2010

Polis Langgar Disiplin.

Tujuh polis kena tahan
Oleh MOHAMAD ISHAK
am@hmetro.com.my
2010/04/11

JERTIH: Bahagian Tatatertib Bukit Aman menahan tujuh anggota polis pelbagai pangkat yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, pemerasan dan salah guna kuasa dalam operasi khas di beberapa daerah di negeri ini, Rabu lalu.Katanya, daripada jumlah itu tiga yang ditahan adalah anggota polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Kemaman dan dua lagi anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang berada di negeri ini.
Mohd Shukri berkata, semua anggota yang ditahan diarah membuat ujian saringan air kencing supaya status mereka dipastikan sama ada positif dadah atau sebaliknya.
“Penahanan ini bertujuan membersihkan imej pasukan polis selain meningkatkan kepercayaan masyarakat tanpa memilih kedudukan dan pangkat,” katanya selepas perasmian Program Pencegahan Jenayah, Polis Bersama Masyarakat, di sini, semalam.
Perasmian majlis itu, yang pertama seumpamanya diadakan di negeri ini, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi Mara.Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Shukri berkata, operasi berkenaan dapat membersihkan jabatan daripada anggota yang terbabit dengan kegiatan salah laku serta memelihara integriti pasukan polis.Beliau memberi jaminan tindakan serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa jika ada laporan anggota polis melakukan kesalahan.
Sehingga ini, katanya, beliau belum pasti bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap tujuh anggota terbabit kerana masih dalam siasatan.Harian Metro semalam melaporkan, beberapa anggota polis ditahan bersama penjawat awam dalam beberapa siri serbuan membabitkan Bahagian Tatatertib Bukit Aman di Kemaman, Marang dan Kuala Terengganu.Sementara itu, mengulas kadar jenayah di negeri ini, beliau berkata, tahun lalu kadar jenayah menurun 11.28 peratus dan 54.3 peratus kes dapat diselesaikan.
Katanya, prestasi menggalakkan itu meletakkan Terengganu sebagai kontinjen polis terbaik di seluruh negara daripada aspek penurunan indeks dan penyelesaian kes jenayah.“Prestasi mantap tahun lalu terus dapat dipertahankan apabila dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini indeks jenayah menurun 27.89 peratus dan 56.2 kes dapat diselesaikan berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Daerah Besut mendahului senarai penurunan kadar jenayah sebanyak 31.8 peratus diikuti Kemaman 30.4 peratus, Marang 30 peratus, Kuala Terengganu 28.8 peratus, Setiu 26 peratus, Hulu Terengganu 25 peratus dan Dungun 19.1 peratus,” katanya.

Sunday, April 4, 2010

Ketabahan Wan Aini


Cacat bukan penghalang kejayaan
Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

BESUT - Wan Aini Wan Ibrahim, 21, dikenali sebagai gadis lincah dengan semangat membara untuk menjadi pendidik sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim tahun lepas.Namun, masa depannya tiba-tiba pudar pada akhir Oktober lalu apabila anak penoreh getah dari Hulu Besut, Terengganu itu diserang bakteria kencing tikus atau leptospirosis.

Dia bukan sahaja terpaksa menamatkan pengajian seawal semester pertama, tetapi lebih parah kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya dipotong akibat gangren.Walaupun kini berkerusi roda, Wan Aini tidak patah semangat untuk meneruskan pengajian dan akhirnya mencapai cita-cita menjadi guru.
"Saya bersyukur kerana telah mendapat tawaran baru daripada UPSI untuk kembali meneruskan pengajian pada 4 Julai ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr. Abdulah Md. Zin di Kampung La, Hulu Besut semalam.

Berita yang cukup menggembirakan Wan Aini ialah pihak Badan Kebajikan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan akan menghadiahkan sepasang kaki palsu untuknya."Saya mahu membuktikan bahawa orang cacat macam saya juga boleh berjaya,'' ujarnya.
Related Posts with Thumbnails