Wednesday, January 1, 2014

Khalwat Tahun Baru..

Pelajar universiti antara 9 yang ditahan khalwat BEBERAPA individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan malam tadi. - KOSMO! SEREMBAN - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara sembilan pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi Cegah Maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di hotel bajet sekitar Senawang, Port Dickson, Lukut dan Nilai pada malam tadi. Ketika serbuan yang dijalankan pada malam sambutan Tahun Baru 2014, ada segelintir daripada mereka memberi alasan tidak sempat balik ke rumah malah terdapat juga pasangan perempuan yang masih terbaring di atas katil. Kesemua pasangan berusia antara 20 hingga lewat 30 tahun ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai penguatkuasa JHEAINS bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 4 pagi tadi. - KOSMO!
Related Posts with Thumbnails