tag:blogger.com,1999:blog-25458066095752248432024-03-17T20:03:42.178-07:00"KERATAN AKHBAR"perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.comBlogger291125tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-39808919938446248772016-04-20T19:34:00.001-07:002016-04-20T19:34:26.803-07:00Jangan Tipu X baik
KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Kelantan membongkar satu sindiket penerokaan tanah secara haram yang menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mengaburi kegiatan mereka sejak tiga tahun lalu di Hutan Simpan Ulu Galas, Gua Musang.
Sindiket didalangi individu yang menggelarkan dirinya sebagai Ku Yaacob itu turut menjanjikan geran tanah yang dipecahkan mengikut lot kepada 198 peneroka seluas 404 hektar atau bersamaan 560 padang bola sepak.
Lebih melampau, sindiket yang telah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu bukan sahaja menggunakan nama Sultan Muhammad V dalam surat menyurat mereka, bahkan berani menaikkan papan tanda tertera nama Sultan Kelantan di kawasan tersebut sebagai taktik penyamaran.
Pengarah Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim ketika mendedahkannya berkata, melalui risikan selama dua bulan, sindiket berkenaan didapati menipu orang ramai dengan mendakwa telah mendapat kelulusan kerajaan negeri kononnya untuk membuka perkampungan.
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-4707989720783438302015-02-14T06:00:00.001-08:002015-02-14T06:05:19.127-08:00HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG..
KOTA BHARU – Lebih 50,000 rakyat serta pemimpin tanpa mengira fahaman politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengiringi dengan penuh sayu perjalanan terakhir bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini semalam.
Lautan manusia memenuhi pekarangan Masjid Pulau Melaka dan Maahad Darul Anuar yang diasaskan ayah Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Mat Raja Banjar atau dikenali sebagai Nik Mat Alim. Mereka tidak melepaskan peluang melihat buat kali terakhir jenazah Mursyidul Am Pas yang digelar sebagai Tok Guru itu.
Orang ramai turut menyertai solat jenazah Allahyarham yang diimamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Tok Guru Pulau Melaka pada pukul 10 pagi semalam.
Arwah meninggal dunia pada 13 feb 2015 pukul 9.45 mlm dirumahnya kg pulau melaka, kelantan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-49442804940606742522015-02-02T19:39:00.000-08:002015-02-02T19:39:21.002-08:00
AMPANG – Seniman Negara, Tan Sri Dr. Jins Samsuddin, 80, yang pernah mencipta kegemilangan sebagai hero filem dalam industri perfileman klasik kini perlu diuruskan dengan rapi oleh keluarganya bak seorang anak kecil selepas diserang penyakit Alzheimer sejak empat tahun lalu.
Menurut isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, penyakit Alzheimer yang dihidapi Jins semakin melarat selepas beliau tamat tugas sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 2010.
Bagaimanapun, tegas Halijah, tahap kesihatan suaminya masih baik, bahkan beliau boleh berjalan sendiri tanpa bantuan.
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-19196712934710884802015-02-02T11:00:00.000-08:002015-02-01T19:05:05.353-08:00
TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam mengutuk tindakan kumpulan militan Islamic State (IS) memenggal kepala tebusan kedua Jepun sebagai “amat kejam dan keji”.
IS mendakwa dalam satu klip video yang disiarkan di internet kelmarin bahawa ia telah membunuh tebusan berkenaan, Kenji Goto, 49, tetapi tidak menyebut mengenai nasib seorang juruterbang Jordan yang turut ditawan.
Goto yang merupakan seorang wartawan perang dan memakai sut kuning kelihatan berlutut di sisi seorang lelaki berpakaian hitam dan menutup mukanya.
Lelaki itu yang bertutur dalam loghat Britain dan dipercayai pernah muncul dalam beberapa klip video pembunuhan tebusan oleh IS.
Dalam rakaman itu yang ditujukan kepada Abe, dia memberitahu bahawa pembunuhan Goto berpunca daripada keputusan “cuai” kerajaan Jepun.
Tokyo sebelum ini menyalurkan dana untuk membantu pelarian yang melarikan diri dari wilayah yang dikuasai IS di Syria dan Iraq.
Mengulas kematian Goto, Abe yang hampir bergenang air mata berikrar tidak tunduk terhadap tuntutan IS.
“Saya amat marah dengan tindakan pengganas ini (IS) yang amat kejam dan keji. Kami tidak akan memaafkan mereka,” katanya kepada sekumpulan wartawan di luar pejabatnya di sini semalam.
Menurut Abe, Jepun tetap akan meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Asia Barat.
Dalam pada itu, Jordan semalam bersedia untuk menyerahkan seorang militan Iraq yang dipenjarakan di negara itu jika IS membebaskan juruterbangnya, Muath al-Kasaesbeh.
Amman menyatakan, pihaknya bersedia untuk membuat pertukaran tersebut walaupun selepas IS bertindak memenggal kepala Goto.
“Agensi keselamatan dan tentera Jordan sentiasa memeriksa sama ada Muath masih hidup,” kata jurucakap kerajaan, Mohammad al-Momani.
Muath ditangkap oleh IS pada Disember lalu apabila jet pejuang F-16nya terhempas di wilayah yang dikuasai kumpulan militan itu di Syria. – Agensi
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-10343837020411488262015-02-01T18:58:00.002-08:002015-02-01T18:58:43.115-08:00
KUALA LUMPUR – Pelakon Hong Kong yang juga bintang popular Hollywood, Jackie Chan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam.
Beliau merupakan salah seorang daripada 356 individu yang menerima pelbagai darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.
Selain beliau, penceramah agama terkenal, Mohd. Kazim Elias atau Ustaz Kazim turut menerima gelaran Datuk manakala Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Datuk Nelson Kwok Teng Toong, menerima Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri.
Hadir dengan memakai sut hitam dan lengkap bersongkok, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 61, kelihatan pandai menyesuaikan diri pada majlis berkenaan malah tidak kekok untuk bermesra dengan penerima anugerah yang lain.
Bagi Mohd. Kazim, 43, Jackie seorang yang mudah mesra dan tidak sombong.
“Pada majlis pagi tadi (semalam), saya duduk bersebelahan beliau dan saya menegurnya dahulu sambil mengucapkan tahniah kerana mendapat anugerah tersebut. Kami duduk dari pukul 8.45 hingga 10.30 pagi dan banyak perkara yang dibualkan.
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-92181069955213666772014-11-23T20:48:00.002-08:002014-11-23T20:48:26.406-08:00SEMUA KITA .. mesti pernah alami masalah terlewat bayar bil Astro gara-gara lewat terima bil Astro kan. Lepas ni korang semua tak perlu risau dah terlewat bayar bil Astro ni. Kali ni aku nak kongsi macam mana cara nak semak bil Astro korang melalui SMS. Korang tak perlu dah pening-pening tunggu bil Astro tiap-tiap bulan. Lepas semak, boleh je terus bayar secara online. Korang boleh la ikut langkah-langkah dekat bawah ni sebagai panduan. Cara 1: Semak Bil Astro melalui SMS Taip ASTRO BAL IC [no kad pengenalan] dan Send ke 66688 * gantikan no kad pengenalan dengan no ic Cara 2: Semak Bil Astro melalui SMS Taip ASTRO BAL AC [No akaun Astro] dan send ke 66688 * gantikan no akaun astro dengan no akaun korang Kalau berjaya, korang akan terima SMS maklum balas daripada pihak Astro berkenaan dengan bil semasa korang. Mudah kan ? Selamat mencuba…
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-78390858189998234922014-09-15T18:41:00.000-07:002014-09-15T18:47:16.115-07:00KEBOCORAN KERTAS UPSR 2014
PUTRAJAYA – Seramai empat orang lelaki termasuk seorang guru besar dari Pulau Pinang ditahan reman selama empat hari bagi membantu polis dalam siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris.
Perintah reman yang dikeluarkan semalam oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di Mahkamah Majistret Putrajaya yang terletak di dalam kompleks Istana Kehakiman di sini turut melibatkan dua lagi guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans di Kuala Lumpur.
Guru besar dan salah seorang guru yang ditahan reman itu bertugas di sebuah sekolah kebangsaan yang sama di Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3DRFfcy6E
Hakcipta terpelihara perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-42366593688166156282014-01-01T04:45:00.002-08:002014-01-01T04:48:15.910-08:00Khalwat Tahun Baru..
Pelajar universiti antara 9 yang ditahan khalwat
BEBERAPA individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan malam tadi. - KOSMO!
SEREMBAN - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara sembilan pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi Cegah Maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di hotel bajet sekitar Senawang, Port Dickson, Lukut dan Nilai pada malam tadi.
Ketika serbuan yang dijalankan pada malam sambutan Tahun Baru 2014, ada segelintir daripada mereka memberi alasan tidak sempat balik ke rumah malah terdapat juga pasangan perempuan yang masih terbaring di atas katil.
Kesemua pasangan berusia antara 20 hingga lewat 30 tahun ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai penguatkuasa JHEAINS bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 4 pagi tadi. - KOSMO!
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-68712202286142861332013-06-21T05:12:00.000-07:002013-06-21T05:13:49.177-07:00JEREBU MELANDA JOHOR....PEMBAKARAN TERBUKA
BANDAR Muar di Johor diselubungi jerebu teruk semalam.
NUSAJAYA – Sebanyak 211 buah sekolah di Muar dekat sini ditutup dua hari bermula tengah hari semalam disebabkan keadaan berjerebu di daerah tersebut yang kini pada tahap bahaya.
Ini bermakna sebanyak 76,940 murid di sekolah terbabit akan mendapat rehat selama empat hari. Mereka akan kembali bersekolah pada Isnin ini sekiranya tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali baik.
Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani (gambar kecil) berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya menerima pekeliling mengenai garis panduan menangani jerebu yang membenarkan sekolah memberi cuti kepada pelajar sekiranya bacaan IPU melebihi 300.
“Kita telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di kawasan yang mempunyai IPU melebihi 300 iaitu di tahap berbahaya.
“Setakat pukul 11 pagi semalam, IPU di Muar mencatatkan bacaan sehingga 383. Atas sebab ini maka keputusan menutup sekolah tersebut dilakukan,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2WqswHT7C
Hakcipta terpelihara perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-52700369939360505662013-04-12T03:13:00.003-07:002013-04-12T03:13:38.629-07:00JANGAN GANGGU PRU 13 DGN KEKECOHAN.Polis kenal pasti kumpulan yang bakal ganggu proses PRU-13
12/04/2013 4:31pm
GEORGE TOWN - Polis sudah mengenal pasti kumpulan yang akan mencetuskan kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung termasuk cuba menganggu pengundi semasa proses membuang undi nanti.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang memantau pergerakan mereka yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta penyokong parti-parti tertentu.
Menurut beliau, pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan sekiranya terdapat dalam kalangan mereka cuba memeriksa kad pengenalan pengundi termasuk melambatkan proses mengundi.
“Kita tidak peduli siapa mereka atau penyokong dari parti mana. Sekiranya didapati mengganggu proses PRU-13, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Pengundi dinasihatkan supaya jangan takut untuk keluar mengundi, dapatkan maklumat daripada saluran mengundi yang betul. Pihak kita menjamin keselamatan pengundi," katanya selepas mengadakan taklimat persiapan PRU-13 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini hari. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_24.htm#ixzz2QF5rb2g8
Hakcipta terpelihara perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-77023723071232092172013-04-12T03:01:00.000-07:002013-04-12T03:01:41.769-07:00Terima kasih semua...Salam 1 Malaysia...terima kasih utk semua pengujung blog ini....selamat mengundi pada 5.5.2013....semoga Malaysia terus aman dan stabil dan bebas dari bencana....pilihan yg tepat dapat mengubah masa depan Malaysia.perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-30328487687480201102013-01-10T01:47:00.002-08:002013-01-10T01:49:14.870-08:00SEMAKIN CANGGIH
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.
TELEFON PINTAR PALING NIPIS DI DUNIA
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2HcwhE1tB
Hakcipta terpelihara perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-28404877255226889442012-10-23T21:15:00.002-07:002012-10-23T21:15:29.071-07:00Nasib Si Suami...
ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.
Suami tangkap isteri berkhalwat di rumah sendiri
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my
MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.
Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-61955531293370447202012-10-05T17:54:00.002-07:002012-10-05T17:55:35.956-07:00DARAH JADI CAT...blood paint
Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan
VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York.
NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya.
Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini.
Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu.
Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. - Reuters
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-13920405925741370442012-08-04T08:24:00.001-07:002012-08-04T08:44:06.309-07:00BELUM CUBA BELUM TAHU..PERHATIAN...
CARA MUDAH....DAFTAR DAN DAPAT..
THIS LINK..
anda cuma perlu klik link iniiii untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012.. kemudian klik 'Sign Up'
pastu isikan Username anda suka..pastu isikan email anda sendiri serta password anda..selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi.
02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri....anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK". anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." Isikan email anda tadi utk "
FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription.
03) ketiga,Klik petak I have subscribed dan klik "clear task".
Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudia di page Task lIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task.
04) anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda, kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link". Skrg link tu dah jadi milik anda. anda dah boleh promosi link anda. Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda. kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan. Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen. Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda. Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5.perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-90238635861797837292012-07-28T02:51:00.002-07:002012-07-28T02:51:51.317-07:00Perang Saudara Di Syria - Siapa Rugi?
Pertempuran sengit di Aleppo
BEBERAPA orang yang tidak mahu terperangkap dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak menaiki sebuah lori kecil untuk keluar dari bandar Aleppo kelmarin.
ALEPPO - Pasukan pemberontak Syria menghadapi serangan paling sengit di sini semalam ketika bekas ketua misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mejar Jeneral Robert Mood menyatakan Presiden Bashar Al-Assad hanya menunggu masa untuk tersingkir.
Menurut seorang pegawai keselamatan Syria, anggota-anggota pasukan tentera Syria menuju ke Aleppo pada Rabu lalu dan kelmarin.
Beberapa helikopter melancarkan serangan di kawasan perumahan yang didiami pemberontak di bandar kedua terbesar Syria itu.
Tiga orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di barat daya bandar tersebut.
Pertempuran turut berlaku di daerah Al-Jamaliya.
"Tentera Syria telah tiba di Aleppo," kata jurucakap Tentera Pembebasan Syria, Abdel Jabbar al-Okaidi.
Beliau yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, tentera Syria itu dibantu 100 buah kereta kebal.
Sementara itu, Mood berkata, kejatuhan Bashar tidak akan menamatkan perang saudara di Syria.
"Cepat atau lewat, rejim Bashar akan jatuh," katanya yang pernah mengetuai 300 anggota misi pemantau PBB di negara ini.
"Namun, adakah kejatuhan itu akan berlaku dalam tempoh seminggu atau setahun?
"Itu merupakan jawapan yang saya tidak berani untuk jawab," tambahnya.
"Ramai pihak yang berpendapat jika Bashar jatuh atau jika beliau diberikan penghormatan untuk keluar dari Syria, masalah (di negara tersebut) akan selesai.
"Namun, situasi di negara ini mungkin akan menjadi lebih buruk," jelasnya.
Pertempuran antara pemberontak dengan tentera Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan pentadbiran.
Pertempuran antara kedua-dua pihak itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 19,000 orang. - Agensiperkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-86425384168312032602012-07-25T20:44:00.001-07:002012-07-25T20:44:13.866-07:00Anak Melayu..Hebat dan penuh jati diri.
Suryani gamit tumpuan dunia
SURYANI muncul penembak tunggal negara yang akan beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
NEW YORK - Keazaman penembak wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London, bukan sahaja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily News, New York Times dan Columbus Despatch.
Menang atau kalah memang adat pertandingan tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter Air Rifle, sudah berjaya menarik perhatian kolumnis dan pemberita yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai Sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.
Dalam laporannya mengenai Suryani, New York Daily News antara lain menulis 'penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini.'
Perkara yang mengagumkan peminat Suryani di seluruh dunia ialah sikapnya yang berpegang teguh dengan semangat Malaysia Boleh - azimat yang menjadi pembakar semangat kebanyakan rakyat Malaysia untuk maju dalam segenap lapangan.
Kata-kata Suryani kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal.
"Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi," jelasnya.
New York Times turut memetik Suryani sebagai berkata, apabila tua kelak, dia akan mengatakan kepada anaknya: "Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai Sukan Olimpik!"
Penyertaan Suryani mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai Sukan Olimpik setakat ini.
Namun, fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu.
Menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil telah beraksi pada Sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa.
Kali terakhir ialah melibatkan jaguh acara curling dari Kanada, Kristie Moore yang bertanding pada Olimpik 2010 di Vancouver ketika hamil lima bulan sete- ngah.
Penyertaan Moore menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan selain Sukan Olimpik.
Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai perlumbaan Maraton Chicago tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara tersebut. - Bernamaperkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-40438319921048026432012-07-25T20:34:00.002-07:002012-07-25T20:34:48.092-07:00Negara Bergolak Rakyat Tak SelamatIsrael akan serang Syria
BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.
Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.
Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.
Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.
Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.
Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.
Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.
Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.
Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.
Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.
Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar.
- Agensi
perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-77872907353508943082012-07-11T17:44:00.002-07:002012-07-11T17:44:38.900-07:00AKIBAT TAKSUBBercerai angkara fahaman politik
CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.
PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.perkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-90804048958366893612012-05-14T20:26:00.001-07:002012-05-14T20:26:28.649-07:00Belajar Biar Pun Tua...
Pencuci tandas peroleh ijazah
FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York kelmarin.
NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.
Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.
Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.
Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.
Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.
Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.
Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.
Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensiperkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-12793148343946171312012-05-13T05:38:00.000-07:002012-05-13T05:38:38.590-07:00Budak lapan tahun pandu BMW
ANGGOTA-ANGGOTA bomba menyaksikan kereta BMW yang dipandu seorang budak lelaki berusia lapan tahun selepas ia merempuh rumah jirannya di Boston kelmarin.
BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi
Misi mencari ikan paus berwarna putih
GAMBAR fail menunjukkan seekor ikan paus berwarna putih (dalam bulatan) yang bernama Iceberg berenang dekat Pulau Bering di Rusia.
PARIS - Sepasukan saintis Rusia mengumumkan mereka akan melancarkan satu operasi untuk mengkaji seekor ikan paus pembunuh jantan berwarna putih yang dinamakan Iceberg pada minggu depan.
Saintis-saintis Universiti Moscow dan Universiti Saint Petersburg pernah menyaksikan ikan paus spesies Orca itu muncul di permukaan laut berhampiran Kepulauan Commander di Lautan Pasifik Utara pada Ogos 2010.
Pengarah Bersama Projek Orca Timur Jauh Rusia (FEROP) Erich Hoyt berkata, Iceberg yang memburu bersama 12 ikan paus itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 16 tahun berdasarkan saiz sirip mamalia berkenaan.
"Ini kali pertama kami melihat ikan paus pembunuh jantan dewasa yang keseluruhan berwarna putih," kata Hoyt.
Para saintis itu akan mengkaji sama ada Iceberg menghidap penyakit genetik albino.
Haiwan albino tidak boleh mengeluarkan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
Kebanyakan haiwan albino tidak dapat hidup sehingga dewasa kerana warna terang tersebut menyebabkan ia mudah dibunuh haiwan lain.
Terdapat dua ikan paus pembunuh berwarna putih yang diketahui tinggal di Semenanjung Kamtchatka, timur Rusia yang merupakan tempat Iceberg ditemui.
Pada tahun 1970, seekor ikan paus pembunuh berwarna putih berusia dua tahun, Chimo ditangkap di Kanada sebelum ia mati dua tahun kemudian.
Selepas satu pemeriksaan dilakukan ke atas bangkai haiwan itu, ia didapati menghidap albino. - AFPperkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-16672810374429345682012-03-11T03:32:00.000-07:002012-03-11T03:33:14.818-07:00Penjual Karpet Naik MinyakBaling - “Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.
Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.
Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.
“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.
“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.
Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.
Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.
“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.
“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.
Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.
Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.
“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.
Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.
“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.
Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. -SHperkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2545806609575224843.post-53880533012481477052012-03-10T06:54:00.001-08:002012-03-10T06:54:56.641-08:00Gaji Naik....belanja banyak.Tambahan RM6 bilion selaras gaji
JOHOR BAHRU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya kelmarin berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan peruntukan tambahan RM6 bilion.
Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu disediakan kerana kerajaan mahukan lebih ramai penjawat awam menikmati pelarasan gaji maksimum terutama golongan dalam kategori kumpulan pelaksana ataupun sokongan.
“Kali ini kita nak ramai yang menikmati pelarasan gaji maksimum sehingga 13 peratus, jadi kita naikkan sampai kepada Gred 54. Dengan ini kita terpaksa cari peruntukan tambahan yang kesemuanya lebih RM6 bilion tetapi jumlah sebenar kita sedang tentukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Taman Molek di sini semalam. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan SBPA yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dibatalkan dan mengekalkan SSM yang ditambah baik.
Kereta Ferrari RM2 juta remuk ketika pandu uji
BEGINILAH keadaan kereta Ferrari F430 yang mengalami kerosakan akibat kemalangan di Lebuh Raya KLIA kelmarin.
SEPANG - Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.
Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.
"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.
"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalamperkasanhttp://www.blogger.com/profile/09300167600387263781noreply@blogger.com0