Sunday, November 23, 2014

SEMUA KITA .. mesti pernah alami masalah terlewat bayar bil Astro gara-gara lewat terima bil Astro kan. Lepas ni korang semua tak perlu risau dah terlewat bayar bil Astro ni. Kali ni aku nak kongsi macam mana cara nak semak bil Astro korang melalui SMS. Korang tak perlu dah pening-pening tunggu bil Astro tiap-tiap bulan. Lepas semak, boleh je terus bayar secara online. Korang boleh la ikut langkah-langkah dekat bawah ni sebagai panduan. Cara 1: Semak Bil Astro melalui SMS Taip ASTRO BAL IC [no kad pengenalan] dan Send ke 66688 * gantikan no kad pengenalan dengan no ic Cara 2: Semak Bil Astro melalui SMS Taip ASTRO BAL AC [No akaun Astro] dan send ke 66688 * gantikan no akaun astro dengan no akaun korang Kalau berjaya, korang akan terima SMS maklum balas daripada pihak Astro berkenaan dengan bil semasa korang. Mudah kan ? Selamat mencuba…

Monday, September 15, 2014

KEBOCORAN KERTAS UPSR 2014

PUTRAJAYA – Seramai empat orang lelaki termasuk seorang guru besar dari Pulau Pinang ditahan reman selama empat hari bagi membantu polis dalam siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris. Perintah reman yang dikeluarkan semalam oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di Mahkamah Majistret Putrajaya yang terletak di dalam kompleks Istana Kehakiman di sini turut melibatkan dua lagi guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans di Kuala Lumpur. Guru besar dan salah seorang guru yang ditahan reman itu bertugas di sebuah sekolah kebangsaan yang sama di Simpang Ampat, Pulau Pinang. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3DRFfcy6E Hakcipta terpelihara

Wednesday, January 1, 2014

Khalwat Tahun Baru..

Pelajar universiti antara 9 yang ditahan khalwat BEBERAPA individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan malam tadi. - KOSMO! SEREMBAN - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara sembilan pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi Cegah Maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di hotel bajet sekitar Senawang, Port Dickson, Lukut dan Nilai pada malam tadi. Ketika serbuan yang dijalankan pada malam sambutan Tahun Baru 2014, ada segelintir daripada mereka memberi alasan tidak sempat balik ke rumah malah terdapat juga pasangan perempuan yang masih terbaring di atas katil. Kesemua pasangan berusia antara 20 hingga lewat 30 tahun ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai penguatkuasa JHEAINS bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 4 pagi tadi. - KOSMO!
Related Posts with Thumbnails