Monday, December 28, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 dan 11 Peristiwa 2009


11 peristiwa penting 2009
Dis 28, 09 7:50pm
Kami membawa anda kembali mengimbau peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 2009. Berikut adalah 10 laporan terpenting yang mendapat liputan Malaysiakini sepanjang tempoh tersebut.

10.Kisah putera dan model remaja

Cerita mengenai pekerja asing didera bukanlah perkara baru di Malaysia. Begitu jugalah dengan tahun ini. Tetapi kes ini telah mencetuskan kemarahan di Jakarta, sebahagiannya kerana individu didakwa terbabit adalah dari kalangan istana.Perkahwinan antara model remaja Indonesia - Manohara Odelia Pinot - dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berakhir dengan perpisahan apabila Manohara mendakwa dia telah menjadi mangsa dera, diculik serta dirogol.Dengan bantuan ibunya, Manohara telah melarikan diri dari suaminya ketika menziarahi Sultan Kelantan yang sedang dirawat di Singapura.Ekoran itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 31, telah memfailkan saman terhadap isternya dan ibu mertuanya itu - kedua-duanya kini berada di Jakarta - supaya memulangkan 'hutang' berjumlah RM1.1 juta. Beliau menang kes tersebut apabila Manohara dan ibunya gagal hadir di mahkamah.Apa yang berlaku itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindakan memecat Tengku Muhammad Fakhry dari Majlis Perajaan Kelantan September lalu. Bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman terhadap abangnya - pemangku sultan sekarang - kerana memecatnya dari majlis tersebut.

9.Penentangan terhadap PPSMI

Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - dasar yang diwarisi daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enam tahun lalu terus menjadi duri dalam daging berterusan kepada kepimpinan negara.Pada 7 Mac, dipimpin bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya, mengharungi tembakan bertalu-talu meriam air dan gas pemedih mata untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa - yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini - bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.Malah, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup secara terbuka mengeluarkan kenyataan bersama berhubung perkara itu.

Malah penentangan terhadap PPSMI turut menyaksikan pengemblengan tenaga antara Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dengan golongan pendidik Cina.
Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada desakan yang berterusan itu.Dan pada bulan Julai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, akhirnya mengumumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat.Mulai tahun 2012, kedua-dua subjek berkenaan di sekolah rendah akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan dan dalam bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan (SJK).Bagaimanapun, para penentangnya masih berpuas hati kerana menganggapnya bukan pemansuhan, sebaliknya satu penangguhan, dan masih meneruskan perjuangan mereka supaya PPSMI dimansuhkan serta merta.

8.Kematian dalam tahanan

Ada perkara yang tidak akan berubah. Kekerasan polis menduduk tempat ke-7 dalam siri 10 Berita Utama pada tahun 2003 dan 2004. Dan ia muncul lagi tahun ini.Tahun 2009 menyaksikan satu lagi kes kematian tahanan polis - A Kugan, di mana laporan bedahsiasatnya mengunjurkan bahawa dia dipukul ketika ditahan di sebuah balai polis Januari lalu.

Selepas kempen bersungguh-sungguh kumpulan hak asasi, seorang anggota polis akhirnya dihadapkan ke mahkamah 10 bulan kemudiannya atas tuduhan "menyebabkan kecederaan teruk" ketika cuba mendapatkan pengakuan mangsa.
Kematian Kugan telah menaikkan semangat kempen terhadap kes kematian dalam tahanan polis - seorang lagi mangsa ialah R Gunasegaran serta kes kematian pendatang tanpa izin di kem tahanan.Kini tumpuan juga tertumpu kepada kes di mana enam orang ditembak mati oleh polis di Kulim Kedah pada Februari lalu, dan diikuti dengan satu lagi kes yang sama, membabitkan lima remaja di Klang, Selangor.Ia menarik perhatian ramai kerana kakak salah seorang mangsa yang mati bertindak membunuh diri dengan meminum racun paraquat.Bagaimanapun empat orang anaknya yang turut diberi minum racun tersebut, dapat diselamatkan.

7. Protes kepala lembu

Walaupun hanya seramai kira-kira 50 orang sahaja yang menyertai satu protes kecil, tetapi ia menjadi tajuk berita dan mendapat tumpuan amat meluas kerana ia turut menyentuh sensitiviti agama.Pada 28 Ogos, satu kumpulan endemontrasi mengarak satu kepala lembu dan meletakkannya di pintu pagar sekretariat kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan perumahan mereka di Shah Alam.Lembu merupakan binatang suci bagi agama Hindu, dan ini telah menimbulkan bantahan sehingga mengundang campurtangan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, tindakan menteri berkenaan yang dilihat mempertahankan mereka yang mengadakan demonstrasi tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang dan Malaysiakini telah disalahkan kerana menyiarkan video mengenainya.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan menyiasat malaysiakini di mana ramai wartawan portal berita tersebut telah disoalsiasat berhubung perkara tersebut. Sementara itu, 12 peserta demontrasi berkenaan telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dan tuduhan mengadakan perhimpunan haram.

6. Teoh: Dibunuh atau bunuh diri?

Pada 16 Julai, kematian seorang pemuda telah menghancurkan apa juga kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang belum sampai setahun lagi usianya.Nama Teoh Beng Hock menjadi sebutan apabila dia ditemui mati di luar bangunan SPRM Selangor di Plaza Masalam. Dia dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut yang menempatkan pejabat SPRM. Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, disoalsiasat sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN sebelum dia ditemui mati.Kematiannya telah mencetuskan bantahan umum sehingga perdana menteri kemudiannya bersetuju supaya diadakan inkues punca kematian Teoh serta menubuhkan sebuah jawatankuasa diraja untuk meneliti prosedur siasatan SPRM.

Dua bulan inkues berjalan, pakar patologi Thai, Dr Porntihip Rojanasunand membuat kejutan apabila mendakwa wujud kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah homisid dan 20 peratus bunuh diri.Pendedahan tersebut membawa kepada penggalian semula mayat Teoh dan bedahsiasat kedua dilakukan ketua jabatan forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, dengan disaksikan oleh Dr Pornthip dan pakar forensik British, Prof Peter Vanezis yang dilantik oleh SPRM.Bagaimanapun, keputusan bedahsiasat itu masih belum diumumkan dan inkues tersebut telah ditangguhkan sehingga tahun depan.

5. Tahun pilihanraya kecil

Sebanyak sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih
gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sabah) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.

Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, pembangkang berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.BN bagaimanapun memberi tentang hebat di Manek Urai apabila PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permarang Pasir.BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu (won by PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR).DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Umno).

4. Ibu segala skandal
Mereka menggelarnya sebagai ibu segala skandal. Keseluruhan projek boleh menelan RM12.5 bilion wang pembayar cukai dan nasib beberapa ahli politik yang pernah memegang kuasa, kini "berada di hujung tanduk".PKFZ bermula pada 1999 sebagai projek berharga RM1.96 bilion untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah hub pengangkutan laut serantau. Pada 2007, ekoran masalah dan penyelewengan yang berlaku, memaksa kerajaan menyuntik RM4.6 bilion untuk menyelamatkan projek tersebut.Hanya selepas BN dilanda tsunami politik selepas pilihan raya umum 2008 dan diekori pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai menteri pengangkutan, maka satu siasatan dalaman dilakukan ke atas PKFZ.

Selepas memenangi pertandingan sengit bagi jawatan presiden MCA, Ong berusaha untuk memulihkan imej dan kredibilitinya dengan menumpukan kepada siasatan PKFZ. Pelbagai jawatankuasa ditubuhkan dan hasil siasatannya yang turut membabitkan ahli politik dan pegawai kanan kerajaan, telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan perlu.Siasatan kemudiannya dipindahkan dari kementerian pengangkutan kepada sebuah jawatankuasa tertinggi yang dianggotai beberapa kementerian. Akhirnya, dua tahun selepas skandal tersebut didedahkan, empat orang - tetapi bukan orang politik - telah diseret ke mahkamah. Bagaimanapun, mereka dilihat sebagai "ikan kecil". Peguam negara berjanji lebih ramai akan diseret ke mahkamah selepas tahun baru.

3. Krisis MCA tiada penghujungnya

Sejarah 60 tahun MCA terus menerus diwarnai dengan perebutan kuasa. Dan krisis terbarunya tercetus ekoran pertembungan kumpulan penyokong Ong dengan puak pimpinan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek.Walaupun Chua berjaya memenangi jawatan timbalan presiden MCA, tetapi skandal video seks berterusan menghantuinya.Ong, dalam berdepan dengan lawannya, telah bertindak membuka semula siasatan terhadap scandal seks Chua dan memecatnya daripada parti. Walaupun hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada penggantungan keahliannya , tetapi ia gagal untuk menyekat penyokongnya mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).Tetapi para perwakilan parti telah membuat keputusan mengejut kerana bukan sahaja meluluskan undi tidak percaya terhadap Ong tetapi juga turut menolak usul untuk mengembalikan Chua ke jawatan timbalan presiden. Turut muncul ialah cakap-cakap bahawa wujud kuasa ketiga dalam krisis MCA itu.

Pendaftar pertubuhan kemudiannya membuat keputusan bahawa Chua masih merupakan timbalan presiden MCA. Ong dan Chua kemudian bersetuju menerima pelan damai yang mendapat restu perdana menteri.Bagaimanapun ia masih gagal untuk menamatkan krisis MCA apabila Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokongnya mahu EGM kedua diadakan bagi mendesak supaya pemilihan baru parti diadakan. Ini memaksa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan. Selepas beberapa pertemuan, Liow akhirnya bersetuju untuk membatalkan EGM dengan tanggapan bahawa puak-puak yang bertelagah akan mencapai kata sepakat bagi mengadakan pemilihan parti yang baru.Bagaimanapun, Ong dan Chua tidak komited tentang pemilihan baru parti. Menurut perlembagaan parti itu, dua pertiga atau 21 daripada anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. Ekoran itu, Liow dan 12 anggota CC, menyerahkan surat peletakan jawatan mereka. Tetapi beliau mungkin tidak memperolehi jumlah yang mencukupi untuk tujuan tersebut. Dan dengan itu, kemelut MCA berterusan.

2. Najib berdepan tugas berat
'
Apabila Najib mengambil alih kuasa menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, ia telah meniupkan semangat baru, khususnya dalam Umno.Namun, Najib menaiki hirarki parti itu ekoran penolakan secara terbuka kalangan pemimpin dan ahli Umno terhadap kepimpinan Abdullah.Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri, terbukti telah memainkan peranan besar dalam membuka ruang untuk Najib melangkah masuk ke Sri perdana.Bagaimanapun, imej Najib telah tercemar dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu dan tuduhan bahawa beliau adalah 'dalang' di sebalik rampasan kuasa di Perak.

Bagi berdepan dengan keraguan rakyat itu, pada permulaan pentadbirannya, Najib telah membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk pemimpin Hindraf. Beliau juga berjanji untuk mengkaji semula akta tersebut. Beberapa bulan selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara, termasuk memperkenalkan konsep 1Malaysia, Najib terpaksa berdepan pula dengan tugas berat menerajui negara berdepan dengan kemelesetan ekonomi serta menangani kehendak golongan minoriti dan pada masa yang sama memastikan sokongan berterusan orang Melayu.

Dengan tahun 2009 akan melabuhkan tirainya Khamis ini, Najib berdepan dengan satu lagi masalah - kes kehilangan dua enjin jet pejuang bernilai RM100 juta - yang lesap ketika beliau menerajui kementerian pertahanan.

1. Perak berwajah dua

Tanpa ragu-ragu lagi bahawa berita terbesar tahun ini ialah rampasan kuasa di Perak. Negeri itu menjadi gelanggang perang politik dekad ini selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN. Apa yang berlaku di Perak mempunyai implikasi besar di segi perundangan kerana keputusan mahkamah - sebahagian besarnya menguntungkan BN - telah menulis semula amalan selama ini mengenai kuasa sultan, speaker DUN, Suruhanjaya Pilihan Raya dan menteri besar.

Ekoran itu, rakyat Perak kini berdepan dengan dua kerajaan negeri, dua speaker, dua menteri besar dan dua persidangan berasingan dalam dewan undangan negeri (DUN) yang sama.BN enggan tunduk kepada desakan supaya diadakan pilihanraya negeri yang baru kerana mereka memegang kuasa di negeri itu, manakala saman Pakatan yang mencabar kesahihan kerajaan negeri BN akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada masa ini, semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan itu mengenai siapakan menteri besar Perak yang sah. Tetapi apa juga keputusannya, ia merupakan sesuatu yang sementara - penentu sebenar ialah para pengundi di Perak dalam pilihanraya akan datang.

11. Isu Doa

Kota Bharu. Nik Aziz telah mendoakan agar PM diturunkan bala dan menyeru agar semua peyokong “Kita doa biar pecah perut orang itu,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada beliau yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu, di Jalan Dato’ Pati di sini.Perhimpunan itu diadakan sempena kuliah mingguan Mursyidul Am Pas itu di dataran itu yang bermula 8 pagi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Beberapa sepanduk dan kain pemidang turut dipasang di sekitar lokasi itu sebagai tanda sokongan dengan sebilangan anggota Pemuda parti memakai lilit kepala berwarna merah yang bertulis “We Love Tok Guru” dan “Royalti bui-builah (bagi-bagilah)”.

Perhimpunan itu diadakan oleh penyokong Pas itu bagi menjawab demonstrasi bantahan ratusan penyokong UMNO terhadap Nik Aziz Selasa lalu bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung doa bala terhadapnya.Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut Kerajaan Negeri sebagai melanggar keadilan asasi dan tidak adil kepada Kelantan.“Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi,” katanya.
Nik Abdul Aziz turut mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.“Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut,” katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh penyokongnya.Mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran “rasa cemas” Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

“Dia (BN) nak tipu budak-budak dengan hantu boleh, tapi nak tipu rakyat Kelantan tak boleh. Masalahnya gini (begini), ambo (saya) dalam keadaan kecemasan kini kerana di Terengganu jadi ‘terkangkang’ dua, Di Perak terkangkang dua, MCA, MIC, DAP kucar-lanar (kucar-kacir).

“Ibarat orang tua dukung anak ‘jerit’ (menangis), kata ‘Hantu! Hantu!’, ‘Burung! Burung!’. Anak dok menangis juga. Sekarang ini, orang (UMNO) mulai sebut ‘Nik Aziz! Nik Aziz!’,” katanya.

Berita asal Malaysia Kini.

Buruh Paksa Di Indon....askar Indon Main Kasar.


SYUKUR...(dari kiri) Ahmad Faizul, Mohd Arif, Musa
dan Akhmadi mengaminkan bacaan doa sebaik tiba
di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.

‘Kami lega dapat pulang’
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu betapa lega dan gembira hati kami apabila diberitahu dapat pulang ke tanah air selepas lebih sebulan berada di pusat tahanan di Pontianak, Indonesia.“Namun, di sebalik kegembiraan ini, kami terkilan kerana Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan dan dia menangis apabila melihat kami keluar dari sana,” kata Ahmad Faizul Sulong, 23, antara empat nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia terhadap dakwaan menceroboh perairan negara berkenaan.

Menceritakan pengalaman ditahan pihak berkuasa negara jiran itu, dia yang ditemui sebaik selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, malam kelmarin, berkata pelbagai pahit getir ditempuhi mereka hingga ada yang tidak masuk akal.Menurutnya, ketika ditahan pada 12 November lalu, Ahmad Faizul dan Che Wan Budiman serta tiga lagi rakan, Musa Mohammad, 33, Akhmadi Daud, 28, Mohd Arif Rosli, 20 sedang menarik bubu dari bot kelas B, kira-kira 148 batu nautika dari pantai Terengganu.
Dia berkata, pada waktu itu, mereka masih berada kira-kira tiga batu nautika dari perairan antarabangsa sebelum ternampak sebuah bot pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembakan ke udara dan menembak bot mereka menyebabkannya terkena lengan kiri Che Wan Budiman.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu begitu mencemaskan hinggakan ada yang bersembunyi di bawah enjin dan tiada harapan hidup kerana operasi penahanan itu dibuat secara besar-besaran disertai ramai anggota pihak berkuasa dalam tiga bot selain dipantau dua helikopter dan sebuah jet yang berlegar di udara.
“Sebaik ditahan, kami hanya mampu berkata ‘ampun pak...ampun pak’ dan meminta supaya tidak dicederakan sebelum kami semua dibawa ke sebuah pusat tahanan di Pontianak.“Ketika di sana, kami ditempatkan di sebuah bangunan bersama sekumpulan nelayan Vietnam dan terpaksa meminta ihsan mereka yang memberikan pakaian dan berkongsi makanan,” kata anak ketujuh daripada 14 beradik itu.

Menurutnya, mereka bersyukur kerana 23 nelayan Vietnam yang turut ditahan membawa bekalan bahan mentah seperti beras dan mereka dikehendaki memasak sendiri selain dibenarkan membeli lauk seperti ikan bilis dan telur menggunakan wang diberikan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang datang melawat pada minggu pertama mereka ditahan.Mohd Arif memberitahu, pengalaman berada di pusat tahanan negara jiran itu sukar dilupakan kerana aktiviti harian dijalaninya di luar jangkaan kerana terpaksa menjadi buruh kasar mengangkat batu untuk membina jalan.“Kami semua terpaksa mengangkat batu berat dan simen untuk membaiki jalan kira-kira 500 meter dari pusat tahanan.

“Kerja dilakukan itu begitu teruk kerana terpaksa berhempas-pulas di tengah panas dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari hampir setiap hari selain membawa motosikal,” katanya.Musa pula berkata, dia tidak menyangka dapat kembali semula ke tanah air meskipun mengambil masa lama dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mengeluarkan mereka dari pusat tahanan itu terutama konsulat Malaysia di Pontianak dan kerajaan negeri.

“Selepas beberapa siri rundingan selesai, kami bertolak keluar dari pusat tahanan jam 6 pagi, 24 Disember lalu menaiki van ke Kuching, Sarawak dan tiba pada jam 3 petang.“Sejurus tiba di Kuching, kami menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur sebelum ke Kuala Terengganu,” katanya sambil memberitahu kejadian itu menyebabkan dia serik dan akan beringat setiap kali turun ke laut bagi mengelak ditahan.

Sunday, December 27, 2009

Semua Kerja Perlu Cabaran...

PELAYAN PUB TAK PAKAI BAJU.

CRABTREE (duduk) bergambar bersama pelayan-pelayan wanita dan lelaki yang tidak berbaju di kafenya.

VASSALBORO - Sebuah kafe yang baru dibuka di sini menyediakan tiga pelayan wanita yang mendedahkan payu dara manakala seorang pelayan lelaki tidak berbaju.Kafe itu dibuka pada Isnin lalu di tepi sebatang jalan yang sibuk di Vassalboro, Maine, Amerika Syarikat.Satu papan tanda di luar kedai itu menyatakan ia hanya untuk pengunjung berumur 18 tahun ke atas. Namun, terdapat satu lagi papan tanda yang melarang kamera dibawa masuk dan sentuhan turut tidak dibenarkan.Sebelum ini, Cadangan pembukaan kafe itu mencetuskan kemarahan penduduk tetapi pegawai-pegawai di bandar itu menyatakan premis tersebut mematuhi undang-undang.

Kafe itu milik Donald Crabtree yang menyatakan dia hanya memilih pelayan yang mesra dan berasa selesa ketika tidak memakai baju.Crabtree berkata, dia tidak membayar gaji tetap kepada pekerjanya tetapi mereka memperoleh tip daripada pelanggan.Seorang pelayan wanita, Kris Kelly, 43, dari Windham pernah menerima tip sebanyak AS$100 (RM380) daripada seorang pelanggan lelaki.

Menurut beberapa kakitangan kafe itu, dianggarkan antara 50 hingga 60 pelanggan mengunjungi kafe itu pada Isnin lalu dengan lapan daripadanya ialah wanita.Seorang lagi pelayan wanita, Susie Wiley yang berumur 23 tahun berkata, dia memohon pekerjaan itu kerana mendapati cara melayan pelanggan di kafe itu adalah berlainan.
Ketika ditanya sama ada ia menjejaskan maruah wanita, dia berkata: "Tidak, saya menyukainya. Saya mendapati ia tidak menjejaskan maruah wanita." - Agensi

Saturday, December 26, 2009

Hati-hati Semasa Memandu...Alfatihah


Gambar Mangsa Kemalangan Yang Maut.


BAS ekspres dua tingkat Sani Express yang remuk tertusuk besi penghadang jalan dalam nahas yang mengorbankan 10 penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) awal pagi semalam.

IPOH - Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia mengaku terlelap ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang awal pagi semalam.

Bas tersebut pada waktu itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Kangar sebelum merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pukul 1 pagi semalam.


Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Tapah.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu itu telah mengaku mengantuk dan terlelap semasa kejadian.

Friday, December 25, 2009

Soalan Pun Tiru....piiirrah

ADUN DAP mohon maaf

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

TENG GUAN mengedar kenyataan akhbar berkenaan permohonan maaf terhadap soalan bertulis yang ditirunya kepada media yang membuat liputan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, George Town semalam.

GEORGE TOWN - "Saya mohon maaf"

Demikian ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Koid Teng Guan berhubung isu meniru soalan bertulis sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu.

Namun, biarpun menyesali insiden itu, ADUN berkenaan berkemungkinan dikenakan tindakan kerana kesalahan itu disifatkan Ketua Whip Pakatan Rakyat, Prof. Dr. P. Ramasamy sebagai 'berat.'Menurut Teng Guan, sebagai seorang ADUN dari DAP beliau bertanggungjawab dan mengakui terdapat kecuaian di pihaknya tidak kira ia dilakukan secara sengaja atau tidak."Saya berharap insiden itu tidak mencemari nama baik kerajaan negeri,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan bekas ADUN Datuk Keramat, Ong Thean Lye mendakwa, beliau menyedari tiga soalan bertulisnya pada sidang DUN lalu ditiru perkataan demi perkataan oleh seorang ADUN pada sidang DUN yang sedang berlangsung ketika ini.Dalam pada itu, Ramasamy memberitahu, DAP akan menyerahkan laporan berhubung isu tersebut kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi tindakan lanjut.

"Kita bertanggungjawab, perkara yang salah tetap salah," katanya.

Thursday, December 24, 2009

Rezeki Kurniaan ALLAH

Berdepan ular, harung lumpur demi pucuk nipah

SERI MEDANG(Besut) – Hanya dengan bekerja sebagai pencari pucuk nipah, seorang wanita bertungkus-lumus menyara beberapa anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Rokiah Abd Rahman, 54, mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga sepenuhnya selepas suaminya, Razali Hamid, 59, tidak berdaya lagi melakukan tugas berat selepas menghidap darah tinggi sejak setahun lalu.Menurutnya, dia tidak kekok melakukan kerja mencari pucuk nipah kerana pekerjaan itu sudah sebati dengannya yang sudah 15 tahun dilakukannya.

“Dulu saya buat untuk menambahkan pendapatan keluarga, tetapi sekarang ia menjadi pekerjaan utama setelah suami yang dahulunya bekerja di sebuah kilang papan, tidak berdaya bekerja lagi,” kata ibu kepada 12 anak ini.Rutin hariannya, keluar rumah jam 8 pagi menaiki basikal atau motosikal ke Sungai Seri Medang kira-kira 1.5 kilometer dari rumah.Kemudian dia akan mendayung sampan sejauh dua kilometer untuk mencari pucuk nipah.Saat paling mencabar, apabila melabuhkan perahu, dia perlu mengharungi lumpur sedalam paras lutut untuk mencari pucuk nipah.
“Bahaya memang banyak, maklum saja saya perlu masuk agak jauh dari tebing sungai mengharungi tanah berlumpur. Macam-mana haiwan berbahaya ada terutama ular, tetapi demi rezeki saya buang perasaan takut itu,” katanya.

Menurutnya, setiap kali keluar, dia memperoleh kira-kira 1,000 helai pucuk nipah dan setelah melalui proses mengupas, pucuk kering dijual kepada peraih dengan harga kira-kira RM14 untuk 1,000 helai.“Selepas pucuk nipah dikupas atau ‘disepat’, ia perlu dijemur sehingga benar-benar kering. Kemudian diikat dalam satu ikatan (satu berkas) mengandungi 100 helai pucuk nipah kering.

“Musim hujan, saya terpaksa jual daun yang tidak dikeringkan dengan harga kira-kira RM10 untuk 1,000 helai,” katanya.Purata pendapatanya kira-kira RM300 hingga RM400 sebulan.

Sumber dari Sinar Harian.

Wednesday, December 23, 2009

Tergoreng Tangan...

KUANTAN: Gara-gara terpijak tunggul kayu, seorang jurujual kereta menderita selepas tangan kirinya parah tercelup dalam kuali panas penjaja pisang goreng di Pasar Besar Kuantan, di sini, dua minggu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, mangsa, Kam Tian Yee, 31, melecur teruk pada lengan kiri apabila dia gagal mengimbangi badan kerana terpijak tunggul kayu licin lalu tercampak dalam kuali panas peniaga yang sedang menggoreng pisang.

Menceritakan semula kejadian itu, Kam berkata, dia sepatutnya bertemu seorang pelanggan pada hari itu dan menggunakan laluan berdekatan gerai penjaja terbabit.
“Kerana hujan, saya berlari sebelum terpijak tunggul di depan gerai itu tetapi tidak menyangka kayu itu licin akibat hujan dan minyak, menyebabkan saya hilang imbangan dan terjatuh.
“Kejadian itu mungkin boleh dielak jika saya tidak memijak tunggul itu tetapi pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sepatutnya tidak membiarkan tunggul itu terbiar kerana membahayakan orang ramai,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.Katanya, dia bimbang lebih ramai akan menjadi mangsa jika tunggul itu terus dibiarkan kerana keadaannya yang licin dan berminyak.Menurutnya, akibat kejadian itu, dia tidak dapat bekerja hampir dua minggu hingga menjejaskan pendapatannya yang bergantung kepada komisyen jualan kereta.

“Sehingga kini, lengan saya masih belum pulih sepenuhnya dan sudah membelanjakan hampir RM300 untuk kos rawatan,” katanya.Kam berkata, dia difahamkan peniaga terbabit, kes itu bukan yang pertama, malah beberapa mangsa lain pernah mengalami nasib sama sebelum ini.“Bagaimanapun, saya orang pertama yang malang apabila tangan tercelup dalam kuali mengandungi minyak panas,” katanya.Katanya, selepas kejadian itu, dia membuat aduan kepada MPK tetapi hingga kini tiada tindakan diambil.

“Saya tidak menyalahkan peniaga gerai itu tetapi berharap MPK mengambil tindakan dan membuang tunggul kayu itu kerana boleh membahayakan orang awam yang mengunjungi atau melalui gerai itu,” katanya.

Tuesday, December 22, 2009

Kedaulatan Undang-undang..

Bekas polis: Pemimpin PAS selamatkan saya di Memali
Dis 21, 09 6:59pm
Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya
daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.

"Muhamad Yusof-lah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.

Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong PAS daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof, kini setiausaha perhubungan PAS Kedah.

Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. BERNAMA

Sunday, December 20, 2009

Apa Nak Di Kato....fikirkan


GAMBAR menunjukkan Alfie memangku anaknya manakala Chantelle berada di sisinya.

ESSEX - Keluarga kepada remaja lelaki Alfie Patten yang menjadi bapa ketika berumur 13 tahun menyelar seorang doktor kerana tidak memberitahu lebih awal berita kehamilan kekasihnya, lapor sebuah akhbar di Britain semalam.Alfie menjadi bapa selepas kekasihnya, Chantelle berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu. Bagaimanapun, Chantelle hanya memberitahu ibunya ketika kehamilannya sudah memasuki minggu yang ke-18 iaitu selepas doktor itu melakukan pemeriksaan.

Doktor tersebut mengesahkan Chantelle hamil setelah minggu ke-12 kehamilan. Bapa Alfie, Dennis berkata: "Doktor itu sepatutnya memberitahu seorang dewasa."Namun, doktor itu mungkin tidak dapat mendedahkannya kerana menjaga rahsia peribadi pesakit."

Alfie mendapat liputan meluas pada minggu lalu di seluruh dunia selepas dia menjadi bapa ketika berumur 13 tahun. - Agensi

Friday, December 18, 2009

Kereta Murah Dari No Plat

Dua peniaga bida TAY 1 RM200,000
KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi bakal mencatat rekod bidaan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini apabila plat TAY 1 dijangka dijual melebihi RM200,000.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie ,berkata setakat ini, pihaknya menerima dua tawaran lisan untuk membida nombor pendaftaran itu pada harga terbabit.“Saya menerima dua panggilan telefon daripada dua ahli perniagaan beberapa hari lalu yang sanggup membayar RM200,000 untuk mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan.

“Seorang daripada mereka dari Kuala Lumpur dan seorang lagi dari negeri ini,” katanya kepada Harian Metro semalam.Menurutnya, rekod sedia ada yang dicatatkan JPJ Terengganu ialah menerusi nombor pendaftaran TAN 1 yang dijual pada harga RM200,090 kepada seorang usahawan tempatan.

Katanya, nombor pendaftaran lain yang menampilkan jumlah bidaan tinggi ialah TAX 1 yang dibeli pada harga RM165,000 oleh seorang usahawan tempatan mengalahkan pencabar terdekat yang menawarkan harga RM150,000.

Thursday, December 17, 2009

Biar Putih Tulang...Tahniah


Setelah kempunan pingat emas selama 20 tahun malam ini, Pasukan bolasepak Malaysia telah membuktikan keunggulannya dengan mengalahkan Vietnam 1 - 0 di Sukan Sea laos. Kemenangan ini adalah satu hadiah akhir tahun buat peminat bolasepak Malaysia. Saya yang menonton TV2 sejak pukul 5.30 petang tadi amat berbangga dengan reputasi yang ditunjukkan selama 90 minit permainan walaupun agak gelisah dengan serangan bertali-arus Vietnam. Inilah yang kita mahukan dari Skuad K. Rajagopal walaupun agak tertekan tetapi tetap melawan hingga ke tiupan wisel penamat. TAHNIAH...Malaysia Boleh.

Wednesday, December 16, 2009

Siapa Makan Nangka Dia Kena Getah


Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
PEKAN: “Saya yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini,” kata Rosli Awang, 52, pemilik buah nangka yang mengeluarkan pisang.Dia yang tinggal di Felda Chini 3, berkata ini kali pertama dalam hidupnya melihat kejadian pelik itu berlaku sehingga menarik perhatian orang ramai menyaksikannya secara dekat.Menurutnya, dia tidak pasti faktor apa menyebabkan buah nangka miliknya mengeluarkan beberapa biji pisang berwarna kuning sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.“Saya menyedari buah nangka berkenaan ada kelainan ketika melihatnya enam bulan lalu sebelum membungkusnya dengan kain bagi mengelak rosak.“Kelmarin apabila saya membuka sampul kain, saya terkejut apabila mendapati terdapat beberapa biji pisang keluar di bahagian bawah buah nangka,” katanya.Rosli berkata, nangka berkenaan mengeluarkan buah pertama daripada pokok ditanam dua tahun lalu menggunakan biji yang tumbuh secara kembar.Katanya, kejadian pelik juga berlaku pada buah berkenaan apabila ia mengeluarkan getah berwarna hitam bukan putih seperti kebiasaannya.

“Walaupun berlaku kejadian pelik kepada saya termasuk beberapa individu yang datang melihat buah nangka ini, namun saya menganggap ia adalah secara kebetulan.“Ada wanita yang datang untuk melihat buah nangka secara tiba-tiba menggeletar dan eluruh badannya lemah, malah ada juga yang terjatuh,” katanya yang terpaksa memagar pokok berkenaan bagi mengelak orang menghampirinya.

Saturday, December 12, 2009

Nyamuk Bersemangat Dengar Lagu Cinta.

Nyamuk suka lagu cinta

WASHINGTON - Irama perlahan daripada lagu cinta mungkin membantu saintis membasmi pembiakan nyamuk yang didapati gemar mengawan ketika mendengar melodi tersebut.

Para penyelidik Universiti Cornell dekat sini dalam jurnal Science terbaru mendakwa, pasangan nyamuk menyanyi dengan cara mengibas sayap bersama secara harmoni mengikut lagu cinta.

Bunyi kepak mereka berpadanan pada frekuensi 1,200 Hertz (Hz) berbanding jika terbang bersendirian pada gelombang 400 Hz untuk nyamuk jantan dan 600 Hz pula bagi betina.

Bunyi tersebut jelas dapat didengar bingit seiring dengan irama perlahan daripada nyamuk Aedes aegypti yang boleh menyebabkan penyakit demam kuning dan denggi. - Agensi

Friday, December 11, 2009

Ajal dan maut ditangan Tuhan - alfatihah



Isteri 3 jam
Oleh Riadz Radzi, Rashidi Karim dan Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my

KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi.
Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18. Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan.
Abang sulung Mohd Ariff, Mohd Hazly, 32, berkata, rombongan keluarga pengantin lelaki yang menaiki empat kereta bertolak ke sini kira-kira jam 11.30 pagi, selepas tamat majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit, Alor Star. “Bagaimanapun, konvoi kami terpisah sebaik tiba di Kangar dan saya yang menaiki kereta lain tiba di rumah terlebih dulu. “Namun, kira-kira 15 minit kemudian saya mendapat panggilan daripada bapa Mohd Farhan menyatakan kereta dinaiki adik saya terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam. Menurut Mohd Hazly, dia bersama beberapa ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mereka dan terkejut mendapati Proton Iswara dinaiki mangsa remuk. “Sebaik nampak keadaan kereta yang remuk, saya tak sampai hati mendekatinya kerana tahu mereka sudah meninggal dunia,” katanya sebak. Menurutnya, kejadian itu sangat mengejutkan dan tidak menyangka ia berlaku pada hari pernikahan adik bongsunya. “Sebaik selesai majlis akad nikah, saya lihat ketiga-tiga mereka cukup ceria. Sebelum ini mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap kecuali merancang pulang awal ke rumah bagi membuat persediaan majlis kenduri di rumah pengantin perempuan esok (hari ini),” katanya. Menurutnya, bapanya yang juga pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Syed Putra di sini, dan ibunya seorang suri rumah, tidak sabar menyambut menantu bongsu mereka. “Saya tidak sangka majlis yang sepatutnya menggembirakan kami sekeluarga bertukar tragedi, namun saya reda,” katanya.

Mohd Hazly berkata, majlis persandingan adiknya sepatutnya berlangsung hari ini di sebelah pengantin perempuan di homestay Taman Kancil, Alor Star, manakala majlis menyambut menantu di sebelah lelaki di Taman Melati Indah di sini, esok. Sementara itu, isteri mangsa, Teh Affifah ketika ditemui enggan ditemubual kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian itu.Difahamkan, Teh Affifah masih menuntut di sebuah universiti di Australia dan pulang ke sini untuk majlis perkahwinannya.
Mereka berkenalan ketika sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, dekat sini, sebelum mengambil keputusan berkahwin apabila Mohd Ariff tamat pengajian di United Kingdom. Teh Affifah pula masih mempunyai setahun lagi untuk menamatkan pengajian. Semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Beseri, malam tadi.

Tubuh, kepala cedera parah

KANGAR: Siasatan polis mendapati kereta yang terbabit kemalangan ngeri sehingga mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang remaja di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas persiaran. Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Mangsa yang maut dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu ialah Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang baru tiga jam bernikah dengan pasangannya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, serta ibu dan bapa Mohd Ariff, Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55. Turut maut dalam kejadian itu rakan Mohd Ariff, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga jurugambar bagi majlis pernikahan itu.
Zull Aznam berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan. Beliau berkata, pemandu serta 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar ke Kangar itu tidak mengalami sebarang kecederaan. “Kami sudah mengambil keterangan pemandu dan beberapa penumpang bas terbabit dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Kereta diseret 10 meter

KANGAR: “Saya nampak kereta itu tiba-tiba berpusing-pusing sebelum merempuh sebuah bas persiaran dari arah bertentangan,” kata saksi kejadian, Mat Saad Senapi. Mat Saad, 75, yang ketika itu dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat, berkata dia hairan bagaimana kereta Proton Iswara itu boleh berpusing sehingga memasuki laluan bertentangan seterusnya merempuh bas berkenaan. “Saya tidak tahu sama ada tayar kereta itu pecah atau terkena angin lintang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini semalam. Mat Saad berkata, dia kemudian menghentikan motosikalnya dan terkejut apabila mendapati keadaan mangsa yang parah termasuk cebisan daging mangsa yang terlekat pada badan kereta berkenaan. “Saya sempat membisikkan kalimah syahadah kepada empat mangsa kemalangan itu kerana sudah menjangka ajal mereka akan tiba berdasarkan kecederaan mereka yang parah. “Saya lihat semua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk teruk itu dan ketika itu mereka dalam keadaan nazak serta tidak mampu bergerak,” katanya.
Mat Saad berkata, selepas merempuh bas persiaran berkenaan, kereta dinaiki empat mangsa itu diseret lebih 10 meter sebelum terhenti berhampiran longkang di tepi jalan raya. “Kereta terbabit remuk menyebabkan orang ramai gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menunggu kehadiran anggota bomba untuk memotong bumbung,” katanya.

Majlis bersanding jadi kenduri arwah

Oleh Riadz Radzi, Rashidi Karim dan Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my
ALOR STAR: Majlis persandingan pasangan Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, yang sepatutnya berlangsung hari ini di homestay Taman Kancil, di sini, bertukar menjadi kenduri arwah apabila Mohd Ariff maut dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis, semalam.Pasangan terbabit bernikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam, sebelum Mohd Ariff maut dalam kemalangan itu tiga jam kemudian.
Turut maut dalam kemalangan itu ialah ibu dan bapa Mohd Ariff, Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18. Teh Affifah yang menetap di Taman Berlian, di sini, mengadakan majlis persandingan itu di homestay berkenaan tidak jauh dari rumah keluarganya. Jirannya, Abd Jabir Mokhtar, 50, yang juga Setiausaha Surau Taman Berlian, berkata malam tadi Teh Affifah sepatutnya mengadakan majlis khatam al-Quran di surau berkenaan. “Namun, majlis itu dibatalkan dan kami mengambil-alih dengan mengadakan bacaan tahlil,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tinjauan Harian Metro semalam di homestay berkenaan mendapati pelamin serta bilik tidur pengantin sudah disiapkan untuk majlis persandingan yang sepatutnya berlangsung hari ini.Difahamkan, keluarga terbabit sudah menjemput lebih 1,500 tetamu dan majlis itu tetap diteruskan tetapi dengan mengadakan kenduri arwah.

Sempat sarapan bersama

KANGAR: “Kami bertiga sempat bersarapan pagi tadi (semalam) di sebuah gerai berhampiran Pasar Besar Kangar di sini, sebelum arwah anak bongsu saya memaklumkan untuk menemani rakannya melangsungkan pernikahan,” kata Musa Awang, 50-an, bapa kepada Mohd Farhan, 18, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Musa, anggota polis di Balai Polis Kangar, berkata anaknya itu bangun awal pagi semalam untuk menunggu kepulangan ibunya dari Kuala Lumpur di stesen bas ekspres di sini sebelum membawa ibunya untuk bersarapan. “Saya turut sama bersarapan dengan arwah dan kami bertiga berbual panjang. Saya ketika itu tidak melihat sebarang perubahan terhadap diri arwah dan dia kelihatan biasa saja,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam. Musa berkata, anak bongsunya yang menuntut di Kolej Komuniti Arau, dekat sini, sangat meminati bidang fotografi dan bertindak sebagai jurugambar untuk majlis pernikahan Mohd Ariff.
Katanya, Mohd Farhan dan Mohd Ariff adalah rakan karib dan berjiran di rumah mereka di Taman Melati Indah, dekat sini.

“Saya mengetahui kemalangan terbabit menerusi seorang rakan yang menghubungi balai polis Kangar dan terkejut mendapati anak saya sudah tidak bernyawa apabila tiba di tempat kejadian,” katanya.Mohd Farhan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tunjung, Beseri, dekat sini, malam tadi.

Thursday, December 10, 2009

Budak Makan Bom

Pelajar maut gula-gula getah meletup

KIEV, Ukraine - Polis Ukraine mengesahkan seorang pelajar kimia sebuah cawangan Institut Politeknik Kiev, Vladimir Likhonos (gambar), yang berusia 25 tahun maut apabila gula-gula getah tiba-tiba meletup sehingga menghancurkan sebahagian mukanya.Jurucakap polis Elvira Biganova semalam memberitahu, pelajar itu secara tidak sengaja mencampurkan sejenis bahan letupan ke dalam gula-gula getah yang digunakan dalam kajiannya.Menurutnya, Likhonos sepatutnya mengambil asid sitrik untuk memberi rasa masam ke dalam gula-gula getah itu.Namun, dia tersilap mengambil serbuk letupan.
"Letupan itu menghancurkan rahang dan bahagian bawah wajahnya," ujarnya.
Jurucakap itu berkata, polis menemui 100 gram serbuk yang disyaki bahan letupan di atas meja yang mirip asid sitrik. Beberapa pekerja perubatan yang berada di tempat kejadian gagal untuk menyelamatkannya. "Sesiapa sahaja mungkin telah mencampurkan bahan letupan itu," kata jurucakap tersebut yang mengulas kejadian pada Sabtu lalu itu.
Sementara itu, menurut sebuah laporan akhbar, gula-gula getah itu meletup di dalam mulutnya.Kejadian itu berlaku di dalam bilik di rumahnya. Letupan itu menyebabkan ibu bapanya terkejut dan meluru ke biliknya sebelum mendapati anak mereka terbaring dengan rahangnya hancur. - Agensi

Wednesday, December 9, 2009

Bukan Kunyah Tapi Telan.

Lelaki gigit zakar rakan

LESNA, Poland - Disebabkan geram, seorang lelaki menggigit hingga putus dan menelan zakar rakan karibnya selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran, lapor sebuah akhbar semalam.Dalam kejadian pergaduhan di sini, selatan Poland, mangsa Marian Milczarek yang berumur 53 tahun dipercayai bertengkar dengan rakannya, Wojciech Sowinski mengenai sebuah treler. "Dia kemudian mula memukul saya dengan seutas rantai dan menarik seluar saya ke bawah sebelum mula menggigit kemaluan saya. Ia amat menyakitkan," kata Milczarek. Polis dan petugas perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian gagal menemui zakar mangsa.

Mereka percaya organ tersebut telah dimakan oleh penyerang itu yang kini menghadapi hukuman penjara 10 tahun. "Jika kami dapat menemui zakar itu kami mungkin dapat menyambungnya semula," kata doktor, Adam Domanasiewicz. - Agensi

Tuesday, December 8, 2009

Disambar Petir Lombok


NORZULIYANI (dua dari kanan) bersama anak-anaknya, Intan Anatasya (tiga dari kanan), Hendri Febian (kiri) dan Firman Anadi (kanan) dipeluk oleh ibu bapanya, Alias dan Norhayati Abas di Kuala Lumpur.

Pulang selepas 11 tahun - Tinggalkan keluarga lari ikut lelaki Lombok pulang ke negara asal
Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Gara-gara lari bersama seorang lelaki Lombok dek panahan cinta 11 tahun lalu, akhirnya Norzuliyani Alias, 29, pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak lagi dapat menahan perasaan kerinduan yang teramat sangat kepada ibu dan bapanya. Wanita itu selamat kembali ke tanah air petang semalam, hasil usaha sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohammad.

Norzuliyani yang berasal dari Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu memberitahu, beliau tidak akan kembali ke Lombok lagi dan kepulangannya telah mendapat izin daripada suaminya. "Sepanjang saya tinggal di sana, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, tidak pernah dipukul dan hanya diminta tidak bekerja oleh suami kerana perlu menguruskan keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam. Mengenang kembali detik lari ke Lombok pada September 1998, ceritanya, dia ketika itu berusia 17 tahun bersama suaminya menaiki bas ke Johor Bahru dan tinggal selama seminggu di bandar raya itu sebelum mengambil bot menuju ke Dumai, Sumatera.

Tambahnya, apabila sampai ke Dumai, dia bersama kekasihnya itu bermalam selama tujuh hari sebelum mengambil bas menuju ke Lombok.

Sunday, December 6, 2009

Bencana Di Kota Bharu


Tembok lemah punca kereta terjunam: Polis
Dis 7, 09 12:06pm

Kota Bharu Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu semalam. Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam. "Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis berkhatan beramai-ramai anak warga PDRM Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini. Pada kejadian pukul 5 petang semalam, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu. Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak dapat mengawal kenderaan yang ditolak oleh seorang lelaki bagi menghidupkan enjin. Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati tembok penghadang ke bangunan itu dibina dengan bata sahaja, tidak menggunakan konkrit tetulang sebagaimana lazim dilakukan ke atas bangunan-bangunan konkrit. Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda kerana dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga meminta seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta itu yang menghilangkan diri tampil membantu polis menyiasat kes terbabit di mana-mana balai polis berdekatan.
"Kita percaya lelaki itu boleh membantu siasatan kerana dia berada bersama-sama bersama pemandu wanita dan adik wanita itu yang selamat," katanya. BERNAMA

Thursday, December 3, 2009

Rezeki dimana-mana


GAMBAR menunjukkan kereta Bugatti berada dalam keadaan berhabuk di sebuah garaj mendiang Dr. Carr.

LONDON - Seorang peminat kenderaan, mendiang Dr. Harold Carr menyebabkan beberapa anak saudaranya berasa terkejut apabila dia meninggalkan sebuah kereta paling mahal di dunia dalam sebuah garaj di Britain, lapor sebuah akhbar semalam. Garaj itu menempatkan sebuah kereta Bugatti Type 57S Atalante tahun 1937. Hanya 17 model seperti itu dikeluarkan di dunia. Keluarga Carr juga terkejut besar selepas dimaklumkan kereta itu mungkin mencapai harga £6 juta (RM30.5 juta) jika dilelong sekali gus menjadikan mereka jutawan segera.

Carr meninggal dunia ketika berumur 89 tahun pada tahun lalu dan dia tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak. Dia mewasiatkan garaj kereta itu kepada beberapa anak saudara perempuan dan lelaki. Dalam garaj itu, mereka turut menemui sebuah kereta klasik Aston Martin dan Jaguar E Type. Kereta Bugatti itu yang berhabuk dalam garaj itu turut dipamerkan dalam pameran dan jualan kereta Bonham's Retromobile di Paris, Perancis. Salah seorang anak saudara lelaki Carr dari Gosforth, Newcastle berkata, keluarganya tidak percaya bahawa kereta berada dalam dalam garaj itu dibiarkan berhabuk selama 47 tahun.
"Ia sungguh menakjubkan. Harga kereta itu tinggi kerana ia tidak pernah digunakan dan tidak digerakkan selama 47 tahun," katanya. - Agensi

Monday, November 30, 2009

Lagak Pemimpin Terlebih Ilmu.

Perlu letak jawatan
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan. Kata mereka, Pas 'hilang maruah' apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.

Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka. Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan 'mereka tidak faham Islam'. "Sudah wajar beliau (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan dalam politik dan sebagai Menteri Besar kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam. "Beliau tidak lagi dapat mempertahankan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dalam menghadapi serangan dan ejekan orang bukan Islam demi kepentingan politiknya. "Beliau membiarkan orang bukan Islam meremehkan al-Quran dan menghina pemimpin Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Serentak dengan itu, beliau yang juga Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba Universiti Sultan Idris (UPSI) meminta ahli Pas meneliti secara mendalam perkembangan kepimpinan parti tersebut yang sudah tersasar daripada perjuangan asal untuk memartabatkan Islam.

Pendapat itu disokong oleh Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mustafa Ishak yang menyatakan tempoh 18 tahun sudah terlalu lama untuk Nik Abdul Aziz berkuasa dan wajar bersara daripada politik. "Beliau mengorbankan banyak prinsip perjuangan Islam demi keutuhan dirinya dan bukan parti. Sikap ini sungguh mengecewakan ahli Pas. "Jika beliau tidak melepaskan jawatan, Pas akan semakin lemah kerana terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR,'' katanya. Beliau berkata, makin lama Nik Abdul Aziz berkuasa, Pas akan semakin tidak dihormati dan boleh berkubur khususnya di Kelantan.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan orang lain ditimpa bala sudah membuktikan bahawa beliau bukan lagi ulama atau pemimpin Islam tulen."Beliau patut letak jawatan. Beliau sudah tidak layak menjadi pemimpin yang mendakwa parti Islam. Nikk Abdul Aziz sudah terkeluar daripada ajaran agama Islam dan juga pemikirannya sudah gila,'' tegasnya.

Beliau berkata, tidak ada seseorang beragama Islam dan berfikiran waras mendoakan orang lain ditimpa bala."Terbukti beliau bukan lagi ulama. Tindak-tanduknya memalukan umat Islam Malaysia di seluruh dunia. Nik Abdul Aziz patut bertaubat dan meminta keampunan pada Allah atas perbuatan itu,'' ujarnya.

Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, isu 'menantu dan penajaan haji' telah mencalarkan imej tok guru itu. "Beliau sudah lama menjadi pemimpin Pas. Keadaan kesihatannya juga tidak menentu. Lama atau cepat pengganti Nik Abdul Aziz perlu dicari jika Pas mahu terus hidup,'' katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu, Asri Salleh berkata, Nik Abdul Aziz memperalatkan agama untuk kepentingan politik. "Sudah patut sangat beliau mengundur diri kerana integriti sudah makin tercalar. "Cara politik beliau yang memperalatkan agama juga sangat mendukacitakan umat Islam dan tidak sihat,'' katanya.
Sumber UTusan Malaysia

Dunia Buatan Sendiri

EMILY WALLIS dan bapanya Chloe Harrison di Sussex, England.

SUSSEX - Misi Emily Wallis mencari bapanya yang terpisah sejak bayi berakhir dengan pengalaman luar biasa setelah mendapati bekas petinju tersebut bertukar jantina, lapor sebuah akhbar semalam. Ibu Emily menggambarkan bapanya, Clive Harrison sebagai 'Kuda Itali' tetapi kini lelaki itu mahu dikenali sebagai Chloe, 52.

Emily berkata, Chloe kelihatan seperti nangka yang sarung baju berwarna perak, memakai alat solek dan rambut palsu. "Lidah saya kelu tidak terkata apa-apa. Apa yang boleh saya katakan 'Ayah lebih cantik daripada saya, saya sukakan kasut ayah'," kata Emiliy di sini. Katanya, dia mula menyedari memiliki seorang bapa kandung setelah mendapati perbezaan ketara pada wajahnya dengan tiga adiknya yang lain. Rahsia terbongkar Emily ketika berusia 19 tahun apabila ibunya, Ann, 47, mendedahkan bahawa dia ialah anak hasil hubungannya dengan Chloe.

Ann yang tinggal di Hastings, East Sussex memberitahu Emily, dia pernah bertemu Chloe di Herne Bay, Kent pada 2005 dan sejak itu bapanya berhasrat untuk bertemu anaknya. Namun, ibunya terputus hubungan kerana nombor telefon yang diberi Chloe tercicir sehinggalah seorang rakan memaklumkan Chloe berada di sini. - Agensi

Sunday, November 29, 2009

Anak Malaysia Salah Haluan.


MOHAMMED FAZDIL MIN BAHARI (kiri) bersama Ian Young pada satu majlis sivil di London pada Mei lalu.

LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas. Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.

Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.
"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris. Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.
Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi

Saturday, November 28, 2009

Pemandu Ambulan Bual Hal.

Pesakit mati tunggu ambulans sesat jalan

SYDNEY - Seorang wanita Australia, Velma McFadden mendakwa suaminya mati gara-gara sebuah ambulans yang ditugaskan membawa mangsa ke hospital tersesat jalan, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki yang berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di kampung Cullen Bullen, dekat Lithgow, 108 kilometer dari sini pada 28 September lalu. Velma berkata, seorang lelaki ditugaskan menunggu di sebuah pub dua kilometer dari rumah mangsa bagi memberi arah laluan namun dia diberitahu, ambulans itu tersesat jalan.

"Saya dimaklumkan paramedik tiada sistem pengesanan global (GPS) di dalam ambulans," kata Velma kepada sebuah stesen radio. "Dia masih hidup ketika saya beri bantuan kecemasan," kata Velma. Perkhidmatan ambulans negeri New South Wales mengesahkan ambulans itu tiada alat GPS tetapi petugas bukan sesat sebaliknya tiba 24 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Dakwaan Velma menyusul sehari setelah Ketua Menteri negeri itu, Nathan Rees membuat permohonan maaf ekoran dua insiden operator ambulans gagal mengesan alamat pesakit.

Rees memberitahu Parlimen negeri itu kelmarin, perkhidmatan ambulans sudah menjalankan siasatan dan laporan akan dihantar kepada Menteri Kesihatan, Carmel Tebbutt. - Agensi

Thursday, November 26, 2009

Awas ...Tahi babi bergas

SYDNEY - Seorang penternak membuat panggilan kecemasan bomba setelah terbau 'gas bocor' namun sangkaannya meleset setelah diberitahu ia adalah bau kentut khinzir peliharaannya, kata para pegawai semalam.

Seramai 15 anggota dan dua jentera bomba dikerah ke ladang yang terletak di Axedale, Victoria, kata Perkhidmatan Bomba Negeri Victoria tersebut.

"Kami menjumpai seekor babi betina bersaiz besar dengan anggaran berat 120 kilogram. Kami percaya gas bocor itu datang daripada babi tersebut.

"Walaupun tidak terhidu gas tersebut kami dapat mendengar bunyi kentut keluar dengan jelas, lucu sungguh," kata Kapten Peter Harkins.

Tambahnya, pemilik babi tersebut kelihatan malu manakala petugas bomba mengambil masa untuk menenangkan diri.

"Kami menangani kes itu dengan profesional tetapi kami ketawa terbahak-bahak sebaik tiba di balai," kata Harkins. - AFP

Wednesday, November 25, 2009

UCAPAN KHAS HARIRAYA KORBAN



Ucapan Ikhlas dari saya untuk semua follower dan pelawat semoga ceria selalu disamping keluarga tersayang. Kita juga doakan semoga Jemaah haji MALAYSIA di tanah suci Mekah dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna seterusnya mendapat haji yang mabrur.Sekian salam dari saya PERKASAN

Kisah Chin Peng Pengganas...

Chin Peng tidak layak jadi idola

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Chin Peng tidak layak dijadikan idola oleh sesiapa pun kerana selain dosa kekejaman yang tidak terampun, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu diyakini masih tegar menjunjung fahaman komunisme.

Sebaliknya Chin Peng perlu dilayan seperti penjenayah perang Nazi yang terus diburu dan dihadap ke mahkamah perang antarabangsa apabila berjaya ditangkap.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak yang menjadikan Chin Peng sebagai idola perlu menyorot sejarah keganasan komunis membunuh ramai anggota keselamatan termasuk bekas Ketua Polis Perak dan ribuan lagi yang cacat anggota.

Selain itu, jelasnya, nyawa orang awam juga menjadi korban angkara keganasan PKM selain banyak wang negara dibazirkan untuk menghalang keganasan mereka.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran memaafkan pemimpin komunis itu kerana rekod keganasan PKM lalu dan pendirian Chin Peng sekarang meyakinkan beliau bahawa dia masih berfahaman komunis.

"Saya berani kata demikian (Chin Peng masih berfahaman komunisme) setelah membaca buku tulisan pengasas Rejimen Ke-10 PKM, Abdullah C.D, yang tidak menyesal dengan perjuangan komunis, malah menganggap perjuangan bersenjata sebagai perjuangan kemerdekaan.

"Pada saya dia tetap berpendirian bahawa fahaman komunis adalah betul. Saya yakin Chin Peng mempunyai pandangan sama dan tidak membuang fahaman komunisnya," katanya dalam blognya, puadzarkashii.blogspot.com.

Mohd. Puad mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang memuji dan seolah-olah menggambarkan Chin Peng sebagai 'idolanya' dengan berkata, musuh negara itu mempunyai tahap intelektual sangat tinggi dan seorang tokoh berfikiran jauh.

Wakil rakyat DAP itu berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 Peringkat Jawatankuasa pada Sidang Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Malah, Kulasegaran yang mendakwa menemui Chin Peng sebulan lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejak kecil beliau meminati pemimpin PKM itu kerana pernah bersekolah dan lahir di pekan sama iaitu Sitiawan, Perak.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, bukan sukar untuk mentafsir sikap wakil rakyat DAP itu yang sebenarnya ingin meraih 'dividen' politik agar dilihat sebagai hero masyarakat India.

"Mengetahui gelagat Kulasegaran, saya tidak perlu mengulas sama ada dia ikhlas apabila menyatakan Chin Peng 'idolanya' sebab itulah politik beliau.

"Dia harap mereka yang bersimpati dengan Chin Peng menyokong DAP. Dengan kata lain, sama ada penjenayah, pengganas komunis atau apa saja, kalau ada 'dividen' politik, beliau akan mempolitikkannya.

"Tetapi apakah sebenarnya pendirian Kulasegaran jika salah seorang anggota keluarganya dibunuh PKM. Adakah Chin Peng tetap 'idolanya'? Melihat gelagat DAP, saya tidak hairan beliau sanggup mempertahankan pendiriannya itu," jelasnya.

Sambil mempersoalkan tindakan Kulasegaran, Mohd. Puad berkata, PKM berjuang bukan menuntut kemerdekaan sebaliknya menjadikan Malaysia negara komunis yang hanya akan menjadi boneka kepada Republik China.

Ini kerana, dakwanya, dari segi latihan ketenteraan, persenjataan serta bantuan logistik semuanya diperoleh dari China, selain Chin Peng dan beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh pernah tinggal untuk tempoh yang lama di Beijing.

Monday, November 23, 2009

perogol bersiri

Amah rogol 7 budak lelaki

FORSTER - Tujuh budak lelaki di sebuah sekolah swasta paling eksklusif di New South Wales, Australia mendakwa dirogol oleh seorang amah di asrama, lapor sebuah akhbar semalam. Mangsa memberitahu polis, kejadian itu berlaku antara Februari hingga Jun lalu di kawasan sekolah namun identiti suspek berusia 40 tahun dan nama sekolah dirahsiakan bagi melindungi mereka.Wanita itu mula ditahan pada Ogos lalu ekoran menyerang seorang budak lelaki tetapi kemudian didakwa memperkosa enam lagi pelajar selepas polis melakukan siasatan lanjut.

Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini, 308 kilometer dari Sydney pada minggu lalu untuk didakwa melakukan serangan seksual dengan pelajar terbabit.Pendedahan kes itu mengejutkan sekolah elit itu yang banyak mengeluarkan ramai tokoh politik tempatan, ahli sukan ternama dan individu berpengaruh Australia serta di peringkat antarabangsa.

Suspek itu berkhidmat umpama seorang ibu yang penyayang.Amah ini bertugas mengemas katil dan uniform sekolah malah menetap di sebuah flat dekat asrama pelajar tersebut.
Namun dia menyerah diri kepada pihak polis selepas dibuang kerja berikutan kes itu.
Wanita itu kini dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri kepada polis tiga kali seminggu. - Agensi

Tuesday, November 17, 2009

Jangan Pijak Kepala...


SEEKOR badak air membaham buaya yang merayap di atas badan sekumpulan haiwan itu.

DODOMA - Seekor buaya di Tanzania mati diserang sejumlah badak air semasa ia merayap di atas kepala haiwan itu untuk menyeberangi sebatang sungai, lapor sebuah akhbar semalam. Detik-detik itu sempat dirakamkan oleh jurugambar warga Republik Czech, Vaclav Silha, 45, di Sungai Nil di Taman Negara Serengeti, 485 kilometer dari Dodoma, baru-baru ini. Kejadian itu berlaku apabila kumpulan badak air berasa terancam kerana melihat kehadiran buaya tersebut.

Kira-kira 50 ekor badak air berada di sungai itu dan gambar tersebut akan disiarkan menerusi majalah BBC Wildlife Magazine.
- Agensi

Akhirnya Budu Bertemu Tempoyak



Hasan Budu akhirnya ditangkap
Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
PETALING JAYA - Hasan Budu (gambar) yang menjadi buruan polis sejak awal tahun ini kerana terlibat dalam banyak kes jenayah termasuk mencederakan seorang anggota polis di Kampung Dedap, Pasir Puteh, Kelantan ditahan kelmarin. Ketua kumpulan curi kereta yang nama sebenarnya Shamsul Bahari Awang Nuh, 38, dari Kampung Padang Lunas, Jerteh, Terengganu itu ditahan pukul 7 petang di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang di sini.

Ketika tangkapan itu dilakukan, terdapat tiga lagi lelaki berusia antara 32 dan 42 tahun berada dalam rumah itu termasuk pemilik rumah tersebut tetapi mereka ibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis turut merampas sejumlah dadah syabu yang dipercayai dimiliki oleh suspek. "Tangkapan dilakukan selepas kita menerima maklumat mengenai suspek dan melalui gambar yang disebarkan oleh polis Terengganu,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! pada 9 November lalu melaporkan seorang lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket curi kereta parah ditembak polis ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta sejauh 30 kilometer di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan sebelum ditahan di Kampung Budaya, Cherating, Kuantan. Lelaki berusia 29 tahun dari Pasir Puteh yang cedera parah di bahagian bahu akibat terkena tembakan itu menaiki kereta tersebut bersama dua lagi rakannya yang seorang daripadanya dipercayai Hasan Budu.

Saturday, November 14, 2009

Kereta RM4.21j Mandi Laut


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki cuba memegang kabel bagi menarik kereta Bugatti yang terbabas ke dalam sebuah tasik di La Marque, Texas.

LA MARQUE, Texas - Polis menyatakan seekor burung undan yang terbang rendah menjadi punca sebuah kereta sport Bugatti Veyron terbabas ke dalam tasik air masin pada Rabu lalu. Seorang pegawai polis di sini, Leftenan Greg Gilchrist menyatakan, pemandu kereta itu mendakwa dia hilang tumpuan pemanduan kerana burung tersebut menyebabkannya terkejut.

Gilchrist menyatakan semasa kejadian, telefon bimbit pemandu itu terjatuh dari papan pemuka menyebabkan pemandu itu cuba untuk mengambilnya semula sekali gus menyebabkan dia gagal mengawal kereta tersebut sebelum ia terbabas. Menurutnya, pemandu itu idak mengalami kecederaan. Pemandu itu merupakan pengumpul kereta eksotik dan dia membeli Bugatti itu pada bulan lalu daripada seorang penjual pada harga AS$1.25 juta (RM4.21 juta).

Kereta Bugatti buatan Perancis itu merupakan kereta paling laju dan mahal di dunia dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407.15 kilometer sejam. - Agensi

Wednesday, November 11, 2009

Habis Kayu Paku Kepala.




LIN yang mengetuk sendiri paku di kepalanya dirawat di Kolej Perubatan Shantou, China.

BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.

Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.

Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi

Tuesday, November 10, 2009

Orang Tua Yang Tak Patut Dicontohi

Ditikam kerana mahu bercerai

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Keengganan seorang isteri untuk berbaik-baik semula dengan suaminya setelah tidak tinggal bersama sejak dua bulan lalu membawa maut kepada wanita itu.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan di sini semalam, Zabedah Ali, 73, mati terkena tikaman oleh lelaki dipercayai suaminya sendiri di pekarangan rumah mangsa. Mangsa ditikam dengan pisau selepas suaminya yang berusia 75 tahun gagal memujuk isterinya untuk tidak bercerai.

Bapa saudara Zabedah, Mustafa Ahmad, 80, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dalam proses memujuk mangsa, tercetus perang mulut di antara pasangan suami isteri itu. "Suspek ada kata, dia mahu ajak Zabedah mati bersama. Selepas gagal pujuk Zabedah, ketika suspek mahu bersalam dengan Zabedah dia terus menikam di sebelah kiri perut Zabedah guna pisau," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mustafa, pisau tersebut dipercayai dibawa oleh suspek dari rumahnya di Kuala Kedah. Mustafa memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek cuba melarikan diri namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian mengejarnya dan menahan lelaki itu.

Sunday, November 8, 2009

Mangsa Banjir Di Temui

Mayat mangsa pertama banjir di Kelantan ditemui


PASIR PUTEH: Seorang penganggur yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kampung Banggol Kerian di sini petang Jumaat lalu dijumpai tersangkut pada tunggul kayu pada pukul 9.30 pagi ini.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharuddin Yahya

berkata mayat Mazlan Yajid, 28, dijumpai kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian oleh anggota bomba dalam gerakan mencari yangmasuk hari ketiga.

"Mayatnya di hantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mazlan dilihat terjun ke sungai itu menerusi sebuah jambatan untuk mandi dan berenang ketika air sungai itu melimpahi tebing dan hilang dibawa arus deras jam 6.30 petang.

Yahya berkata, sebelum ini 40 anggota bomba dan penyelamat, polis, Jabatan

Parit dan Saliran (JPS) serta penduduk kampung melancarkan gerakan mencari

sehingga lima kilometer dari tempat kejadian. -Bernama

Monday, November 2, 2009

Bakar Sampai Masak

Polis bakar kemaluan remaja degil


GEORGETOWN - Penduduk Guyana terkejut dan marah selepas kemaluan seorang budak lelaki berusia 14 tahun melecur akibat dibakar dalam insiden terbaru melibatkan kekejaman polis di negara Amerika Selatan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Saudara mara mangsa dan beberapa pertubuhan hak asasi berkata, budak lelaki itu disiksa di balai polis Leonora, pedalaman Guyana setelah dia ditahan pada minggu ini berhubung satu kes bunuh.

"Polis mencurah sedikit cecair mudah terbakar pada kemaluan budak itu dan membakarnya. Mereka kemudian mencucuh api rokok pada mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka turut membelasah mangsa hingga lembik," kata kenyataan Persatuan Hak Asasi Manusia Guyana.

Susulan insiden kejam itu, dua pegawai polis telah ditahan untuk soal siasat kelmarin.

Polis di negara yang diperintah oleh Presiden Bharrat Jagdeo itu sebelum ini kerap dikecam kerana didakwa gemar menyiksa suspek.

Guyana iaitu bekas tanah jajahan British, dihuni oleh 750, 000 orang penduduk. - Agensi

Sunday, October 18, 2009

Ikan Dipancing Buaya Marah.



SMITH berdiri di sebelah ikan kerakap yang
ditangkap selepas menewaskan seekor buaya.

Berebut ikan gergasi dengan buaya

SEORANG guru seni dari Ireland Utara, Tim Smith terpaksa bertarung dengan seekor buaya besar sebelum berjaya menangkap seekor ikan raksasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dia bersaing dengan reptilia itu dan secara kebetulan berebut menangkap ikan yang sama semasa memancing di atas sebuah bot kecil di sungai Victoria Nile, Uganda baru-baru ini. Smith, 39, yang bertugas di Portora Royal School di Enniskillen dekat sini mendakwa, dia 'bertarung' selama 45 minit sebelum memperoleh ikan kerakap seberat 113 kilogram. Buaya tersebut sudah pun membuka rahang mulutnya untuk membaham Smith sebelum dia menghidupkan enjin bot dan segera menuju ke arah kawasan air terjun Murchison.

"Saya melihat buaya itu meluru ke depan bot saya dan cuba menarik ekor ikan kerakap tetapi ia gagal berbuat demikian kerana saiz ikan ini amat besar sebelum buaya itu merempuh kuat bot saya pula," katanya. Ikan air tawar sepanjang 1.82 meter yang dipancing Smith itu turut mengatasi rekod ikan kerakap terbesar sebelum ini dan pernah ditangkap di kawasan sama yang beratnya 104 kilogram. - Agen

Saturday, October 10, 2009

Salah Siapa...


Mangsa lelaki jahanam
Oleh NAZARALI SAERIL

KUALA LUMPUR: Dia hanya berusia 14 tahun tetapi masa depannya diragut akibat dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah ‘membaham’ tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan. Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.

“Segala-galanya bermula awal tahun ini apabila teman lelaki mengajak saya ke Kuala Lumpur. Sampai di stesen bas, dia tiba-tiba menukar fikiran dan memberi alasan ada urusan kecemasan. “Saya ditinggalkannya bersendirian dan tidak lama kemudian saya disapa seorang lelaki berusia 40-an yang memberitahu dia mahu berkenalan,” katanya yang berasal dari utara tanah air. Menurut Roslina, lelaki itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah dan dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju. “Namun dalam perjalanan, dia menukar haluan dan berhenti di sebuah hotel. Dia ajak saya masuk ke hotel, bila saya tak mahu, dia paksa saya. Di dalam bilik, dia mengajak saya melakukan hubungan seks, sekali lagi saya enggan. “Akibatnya pakaian saya disentap dan saya dirogol. Selepas itu dia menghantar saya pulang, tetapi dalam perjalanan kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebuah lebuh raya dan dia merogol saya sekali lagi di dalam kereta,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Sampai di rumah, Roslina memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarga. Mereka kemudian membuat laporan polis dan ketika itulah dia mengetahui lelaki terbabit beristeri empat.Ditanya adakah lelaki itu kemudian ditahan polis, Roslina berkata, dia tidak tahu hal itu dan tiada siapa memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan lanjut.Roslina berkata, selepas kejadian itu dia mulai murung, berasakan diri tidak berguna kepada keluarga dan tiada masa depan lagi.“Saya mula ponteng sekolah, merokok dan meneguk arak dengan rakan. Lebih teruk lagi, saya terjebak mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki.“Kerana ketagih, saya sanggup mengadakan hubungan seks secara berkumpulan iaitu bersama teman lelaki dan rakan lain di sekolah, biasanya antara tujuh hingga lapan orang serentak.

“Kami mencari lokasi sesuai dan akhirnya melakukan kegiatan itu di sebuah stor di sekolah,” katanya.Menurut Roslina, dia dan kumpulan seksnya melepaskan nafsu serakah mereka asal ada peluang dan tanpa mengira waktu.“Ada kalanya kami lakukan pada waktu pagi ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan, namun biasanya kami buat pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak memikirkan dosa dan perkara negatif lain kerana yang penting hanya puaskan nafsu,” katanya.Menurutnya, kegiatan seks rambang itu dilakukannya bersama rakan hampir empat bulan sebelum ia dihidu pihak sekolah.“Kami dicekup ketika ‘beraksi’ di stor. Saya dibuang sekolah dan kini menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya memalukan keluarga dan memusnahkan masa depan sendiri.“Namun saya bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik tidak membuang saya, sebaliknya tabah membimbing dan menyokong saya untuk membina hidup baru. Saya bertaubat dan berjanji tidak mahu mengecewakan lagi ibu, ayah serta adik beradik,” katanya.

Wednesday, October 7, 2009

Guru saman pengetua RM228,000


SEKOLAH Menengah Kebangsaan Seri Mahkota di Jalan Gambang, Kuantan tempat
Rozilah mengajar.

KUANTAN - Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan. Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada semalam, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 November ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan pernyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan. Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya. Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Februari 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009. - Bernama

Sunday, October 4, 2009

Bencana Ujian Allah


Lebih empat kampung lenyap


SEKURANG-KURANGNYA empat buah kampung di Padang dipercayai lenyap akibat ditimpa tanah runtuh menyebabkan lebih 4,644 dipercayai tertimbus termasuk satu rombongan perkahwinan, kata seorang pegawai semalam.

Gegaran kuat berukuran 7.6 skala Richter pada Rabu itu menyaksikan ratusan buah kampung di kawasan berbukit Padang mengalami kerosakan menyeluruh.Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, perkampungan di Pulau Aiya, Lubuk Lawe dan Jumena di daerah Pariaman lenyap ditimbus tanah runtuh.Tinjauan agensi berita AFP mendapati puluhan rumah penduduk dari bandar raya itu ke kawasan tanah tinggi hancur.Pasukan pencari dan penyelamat tempatan berkata, dianggar lebih 400 orang dikhuatiri maut apabila empat buah kampung di tepi bukit itu runtuh tertimbus.

"Operasi menyelamat mangsa amat sukar kerana rumah mereka 'disedut' ke bawah tanah sedalam empat meter," kata seorang pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Topan."Setakat ini, kami terpaksa menggunakan tangan untuk menggali tanah," katanya. Beberapa mayat ditemui di sebuah sungai berdekatan dan dijangka banyak lagi akan timbul.Satu pasukan 100 anggota telah tiba namun mereka tidak mampu mengalihkan pelbagai jentera berat ekoran kebanyakan jalan terputus dan sempit untuk dilalui.Ketua delegasi Indonesia untuk Persekutuan Bulan Sabit dan Palang Merah Antarabangsa, Bob McKerrow berkata, rakaman foto udara menunjukkan kawasan pedalaman terjejas teruk.Ratusan buah kampung ujarnya, terletak di dalam zon bencana dan sebahagian yang ditinjau melaporkan semua penduduk maut manakala yang hidup mengalami cedera parah.Di bandar Padang, pasukan-pasukan penyelamat bersaing dengan masa untuk mencari mangsa yang hidup.Harapan menemui mangsa selamat mulai timbul apabila polis menerima mesej ringkas (SMS) memberitahu ada lapan orang masih hidup terperangkap di bawah runtuhan Hotel Ambacang.

Sebelum itu, penyelamat menganggar 100 orang dipercayai tertimbus di dalam hotel tersebut manakala ratusan lagi di beberapa hotel, sekolah dan kediaman penduduk."Saya berasa yakin tentu ada yang masih hidup," kata ketua pasukan pakar dari Jepun, Yoshiaki Shimazu, yang datang dengan beberapa ekor anjing penyelamat.

Seorang pekerja bantuan, David Lange antara yang selamat. Lange yang berkhidmat dengan sebuah pertubuhan perubatan kecemasan SurfAid menceritakan pengalaman membawa keluar seorang wanita hamil sejurus sebelum bangunan runtuh."Saya tidak percaya masih hidup kerana mereka di belakang saya gagal keluar apabila hotel runtuh. Malah saya sempat menyambut seorang bayi dilahirkan wanita itu," katanya.Ramai warga Barat dikhuatiri terperangkap di beberapa buah hotel sekali gus pasukan penyelamat asing dengan anjing pengesan dan peralatan inframerah mula memasuki Padang.Ini kerana kumpulan penyelamat tempatan kurang peralatan dan ramai anggota turut terkorban. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan ribuan masih lagi terperangkap.

"Kami menganggarkan di antara 3,000 hingga 4,000 orang terkandas di bawah runtuhan dan 1,100 lagi maut, kata Koordinator Kemanusiaan PBB di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih. - Agensi

Monday, September 28, 2009

Kahwin 4 Sekaligus.


MBHELE bersama empat isterinya yang dikahwininya secara serentak pada Jumaat lalu.

JOHANNESBURG - Seorang lelaki keturunan Zulu di Afrika Selatan berkahwin dengan empat wanita serentak dengan alasan untuk menjimatkan wang dan mengelakkan penipuan, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki itu, Milton Mbhele, 44, memutuskan berkahwin empat wanita serentak sebagai tanda cinta kepada isterinya. "Ini merupakan hari yang paling saya tunggu sepanjang hidup saya," kata Mbhele sebelum membuat ikrar perkahwinan. Mbhele memakai sut putih dan empat isterinya yang memakai gaun warna yang sama dengan suaminya itu tiba pada majlis perkahwinan dengan menggunakan limousin pada Jumaat lalu.

Dia yang bekerja sebagai pengurus di Majlis Perbandaran Indaka mempunyai 10 anak iaitu tujuh daripada empat isterinya dan tiga menerusi perkahwinan sebelumnya. "Saya berasa bangga dengan amalan poligami yang diamalkan oleh kaum Zulu. Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain," katanya. Majlis perkahwinannya dihadiri oleh 500 orang.
Amalan poligami adalah dibenarkan di bawah undang-undang Afrika Selatan.
Sebanyak lapan ekor lembu disembelih dan kemudian dihidangkan pada satu majlis jamuan di rumah pengantin lelaki itu semalam. - AFP

Friday, September 25, 2009

PADAH AKIBAT CINTA...TERLARANG

Larikan gadis, bapa berang bakar rumah

Oleh ali mahmood
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 25 Sept. – Kerana cinta, seorang pemuda bertindak nekad melarikan teman wanitanya. Namun perbuatan itu mengundang padah apabila bapa wanita berkenaan berang lalu membakar rumah keluarga pemuda tersebut. Malah suspek sanggup memandu dari Cheras, Kuala Lumpur, bersama seorang rakannya ke Kampung Kemuning di sini, untuk membakar rumah itu dalam kejadian pada 18 September lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood berkata, suspek berusia 44 tahun telah datang ke rumah bapa pemuda itu semata-mata untuk berbuat demikian. “Suspek dan rakannya turut memukul bapa pemuda itu dengan menggunakan paip getah hingga pengsan sebelum menghumban motosikal mangsa ke dalam rumah dan membakar kenderaan itu.

“Akibatnya, keseluruhan perabot dan barangan dalam rumah mangsa rosak dan mengakibatkan kerugian kira-kira RM80,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam. Beliau berkata, mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan kini telah pulih serta dibenarkan pulang. Menurutnya, polis menerima laporan pada 12.10 tengah malam pada hari kejadian dan terus menjejaki kedua-dua suspek. Kata beliau, berdasarkan maklumat awam, polis berjaya memberkas suspek bersama rakannya di Kuala Lumpur tidak sampai 24 jam selepas itu. Menurutnya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman tujuh tahun penjara jika sabit kesalahan. Tambah Zundin, kedua-dua suspek berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Zundin menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang membelakangi undang-undang jika berlaku perselisihan faham.
Related Posts with Thumbnails