RM220,000 nilai plat TAY 1
Oleh MANIRAH OTHMAN
KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, harga bidaan itu mengatasi harga untuk nombor plat tertinggi sebelum ini iaitu TAN 1 yang bernilai RM200,090 dan TAX 1 sebanyak RM165,000.
"Sejumlah enam bidaan diterima untuk nombor tersebut sepanjang tempoh bidaan yang bermula dari 2 hingga 22 Februari lalu," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan di sini semalam.
Menurutnya, nama pembida yang berjaya akan diumumkan minggu hadapan.
Abdul Rahman memberitahu, bagi plat pendaftaran TAY, sebanyak 534 nombor dibida oleh 1,119 pembida dari seluruh negara dan harga paling tinggi yang diterima ialah bagi TAY 1 diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000.
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment