Tuesday, October 23, 2012

Nasib Si Suami...

ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu. Suami tangkap isteri berkhalwat di rumah sendiri Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN zulsham@kosmo.com.my MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja. Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu. Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit. Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut. Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan. "Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.

Friday, October 5, 2012

DARAH JADI CAT...blood paint

Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York. NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya. Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini. Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu. Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. - Reuters

Saturday, August 4, 2012

BELUM CUBA BELUM TAHU..

PERHATIAN... CARA MUDAH....DAFTAR DAN DAPAT.. THIS LINK.. anda cuma perlu klik link iniiii untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012.. kemudian klik 'Sign Up' pastu isikan Username anda suka..pastu isikan email anda sendiri serta password anda..selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi. 02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri....anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK". anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." Isikan email anda tadi utk " FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription. 03) ketiga,Klik petak I have subscribed dan klik "clear task". Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudia di page Task lIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task. 04) anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda, kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link". Skrg link tu dah jadi milik anda. anda dah boleh promosi link anda. Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda. kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan. Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen. Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda. Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5.

Saturday, July 28, 2012

Perang Saudara Di Syria - Siapa Rugi?

Pertempuran sengit di Aleppo BEBERAPA orang yang tidak mahu terperangkap dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak menaiki sebuah lori kecil untuk keluar dari bandar Aleppo kelmarin. ALEPPO - Pasukan pemberontak Syria menghadapi serangan paling sengit di sini semalam ketika bekas ketua misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mejar Jeneral Robert Mood menyatakan Presiden Bashar Al-Assad hanya menunggu masa untuk tersingkir. Menurut seorang pegawai keselamatan Syria, anggota-anggota pasukan tentera Syria menuju ke Aleppo pada Rabu lalu dan kelmarin. Beberapa helikopter melancarkan serangan di kawasan perumahan yang didiami pemberontak di bandar kedua terbesar Syria itu. Tiga orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di barat daya bandar tersebut. Pertempuran turut berlaku di daerah Al-Jamaliya. "Tentera Syria telah tiba di Aleppo," kata jurucakap Tentera Pembebasan Syria, Abdel Jabbar al-Okaidi. Beliau yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, tentera Syria itu dibantu 100 buah kereta kebal. Sementara itu, Mood berkata, kejatuhan Bashar tidak akan menamatkan perang saudara di Syria. "Cepat atau lewat, rejim Bashar akan jatuh," katanya yang pernah mengetuai 300 anggota misi pemantau PBB di negara ini. "Namun, adakah kejatuhan itu akan berlaku dalam tempoh seminggu atau setahun? "Itu merupakan jawapan yang saya tidak berani untuk jawab," tambahnya. "Ramai pihak yang berpendapat jika Bashar jatuh atau jika beliau diberikan penghormatan untuk keluar dari Syria, masalah (di negara tersebut) akan selesai. "Namun, situasi di negara ini mungkin akan menjadi lebih buruk," jelasnya. Pertempuran antara pemberontak dengan tentera Bashar bermula pada Mac tahun lalu. Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan pentadbiran. Pertempuran antara kedua-dua pihak itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 19,000 orang. - Agensi

Wednesday, July 25, 2012

Anak Melayu..Hebat dan penuh jati diri.

Suryani gamit tumpuan dunia SURYANI muncul penembak tunggal negara yang akan beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. NEW YORK - Keazaman penembak wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London, bukan sahaja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily News, New York Times dan Columbus Despatch. Menang atau kalah memang adat pertandingan tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter Air Rifle, sudah berjaya menarik perhatian kolumnis dan pemberita yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai Sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan. Dalam laporannya mengenai Suryani, New York Daily News antara lain menulis 'penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini.' Perkara yang mengagumkan peminat Suryani di seluruh dunia ialah sikapnya yang berpegang teguh dengan semangat Malaysia Boleh - azimat yang menjadi pembakar semangat kebanyakan rakyat Malaysia untuk maju dalam segenap lapangan. Kata-kata Suryani kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal. "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi," jelasnya. New York Times turut memetik Suryani sebagai berkata, apabila tua kelak, dia akan mengatakan kepada anaknya: "Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai Sukan Olimpik!" Penyertaan Suryani mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai Sukan Olimpik setakat ini. Namun, fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu. Menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil telah beraksi pada Sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa. Kali terakhir ialah melibatkan jaguh acara curling dari Kanada, Kristie Moore yang bertanding pada Olimpik 2010 di Vancouver ketika hamil lima bulan sete- ngah. Penyertaan Moore menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan selain Sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai perlumbaan Maraton Chicago tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara tersebut. - Bernama

Negara Bergolak Rakyat Tak Selamat

Israel akan serang Syria BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria. Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam. Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah. Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon. Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria. Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria. Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia. Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk. Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar. Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir. Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar. Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar. - Agensi

Wednesday, July 11, 2012

AKIBAT TAKSUB

Bercerai angkara fahaman politik CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam. PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing. Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam. Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik. Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan. Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak. "Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu. "Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Monday, May 14, 2012

Belajar Biar Pun Tua...

Pencuci tandas peroleh ijazah FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York kelmarin. NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu. Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini. Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu. Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan. Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992. Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia. Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan. Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi

Sunday, May 13, 2012

Budak lapan tahun pandu BMW ANGGOTA-ANGGOTA bomba menyaksikan kereta BMW yang dipandu seorang budak lelaki berusia lapan tahun selepas ia merempuh rumah jirannya di Boston kelmarin. BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta. Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam. Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390). Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi

Monday, April 23, 2012

Pauh Putih...


Misi mencari ikan paus berwarna putih

GAMBAR fail menunjukkan seekor ikan paus berwarna putih (dalam bulatan) yang bernama Iceberg berenang dekat Pulau Bering di Rusia.

PARIS - Sepasukan saintis Rusia mengumumkan mereka akan melancarkan satu operasi untuk mengkaji seekor ikan paus pembunuh jantan berwarna putih yang dinamakan Iceberg pada minggu depan.

Saintis-saintis Universiti Moscow dan Universiti Saint Petersburg pernah menyaksikan ikan paus spesies Orca itu muncul di permukaan laut berhampiran Kepulauan Commander di Lautan Pasifik Utara pada Ogos 2010.

Pengarah Bersama Projek Orca Timur Jauh Rusia (FEROP) Erich Hoyt berkata, Iceberg yang memburu bersama 12 ikan paus itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 16 tahun berdasarkan saiz sirip mamalia berkenaan.

"Ini kali pertama kami melihat ikan paus pembunuh jantan dewasa yang keseluruhan berwarna putih," kata Hoyt.

Para saintis itu akan mengkaji sama ada Iceberg menghidap penyakit genetik albino.

Haiwan albino tidak boleh mengeluarkan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.

Kebanyakan haiwan albino tidak dapat hidup sehingga dewasa kerana warna terang tersebut menyebabkan ia mudah dibunuh haiwan lain.

Terdapat dua ikan paus pembunuh berwarna putih yang diketahui tinggal di Semenanjung Kamtchatka, timur Rusia yang merupakan tempat Iceberg ditemui.

Pada tahun 1970, seekor ikan paus pembunuh berwarna putih berusia dua tahun, Chimo ditangkap di Kanada sebelum ia mati dua tahun kemudian.

Selepas satu pemeriksaan dilakukan ke atas bangkai haiwan itu, ia didapati menghidap albino. - AFP

Sunday, March 11, 2012

Penjual Karpet Naik Minyak

Baling - “Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.

Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.

“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.

Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.

Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.

“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.

“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.

“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.

Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. -SH

Saturday, March 10, 2012

Gaji Naik....belanja banyak.

Tambahan RM6 bilion selaras gaji
JOHOR BAHRU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya kelmarin berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu disediakan kerana kerajaan mahukan lebih ramai penjawat awam menikmati pelarasan gaji maksimum terutama golongan dalam kategori kumpulan pelaksana ataupun sokongan.

“Kali ini kita nak ramai yang menikmati pelarasan gaji maksimum sehingga 13 peratus, jadi kita naikkan sampai kepada Gred 54. Dengan ini kita terpaksa cari peruntukan tambahan yang kesemuanya lebih RM6 bilion tetapi jumlah sebenar kita sedang tentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Taman Molek di sini semalam. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan SBPA yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dibatalkan dan mengekalkan SSM yang ditambah baik.

Seiring dengan itu, beliau mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana daripada Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C, B dan A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus) selain kenaikan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Saturday, January 14, 2012

Belum Beli Kena Baiki..


Kereta Ferrari RM2 juta remuk ketika pandu uji

BEGINILAH keadaan kereta Ferrari F430 yang mengalami kerosakan akibat kemalangan di Lebuh Raya KLIA kelmarin.

SEPANG - Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.

"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalam

Tuesday, January 10, 2012

Dunia Politik Selangor

Abdul Khalid nafi didesak gugurkan Hasan Ali

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


KLANG – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menafikan beliau telah didesak pihak tertentu supaya menggugurkan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Menurutnya, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu hanya dinasihatkan berbuat demikian kerana beliau tidak lagi mewakili Pas setelah dipecat serta-merta.

“Ini bukan soal (menerima desakan pihak tertentu) kerana sebagai Menteri Besar, saya menasihatkan (Hasan) kalau kita tidak diterima mewakili parti, lebih baik letak jawatan,” katanya selepas merasmikan Seminar Kelestarian Pemuliharaan Sumber Air di sini semalam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, biarpun Pas sebahagian daripada jentera parti pentadbiran negeri, parti itu tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan siapa yang layak mengisi jawatan dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Kosmo! kelmarin melaporkan Hasan dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

Pemecatan itu berdasarkan Fasal 82 (9) perlembagaan parti dan ia ekoran daripada beberapa tindakan Hasan yang bertentangan dengan dasar dan merugikan parti.

Tuesday, January 3, 2012

Hati-hati berkawan dgn Isteri orang

Padah keluar dengan isteri rakan baik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.


Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.

Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.


Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.


Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam.


“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.


Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Related Posts with Thumbnails