Friday, June 21, 2013

JEREBU MELANDA JOHOR....PEMBAKARAN TERBUKA

BANDAR Muar di Johor diselubungi jerebu teruk semalam. NUSAJAYA – Sebanyak 211 buah sekolah di Muar dekat sini ditutup dua hari bermula tengah hari semalam disebabkan keadaan berjerebu di daerah tersebut yang kini pada tahap bahaya. Ini bermakna sebanyak 76,940 murid di sekolah terbabit akan mendapat rehat selama empat hari. Mereka akan kembali bersekolah pada Isnin ini sekiranya tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali baik. Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani (gambar kecil) berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya menerima pekeliling mengenai garis panduan menangani jerebu yang membenarkan sekolah memberi cuti kepada pelajar sekiranya bacaan IPU melebihi 300. “Kita telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di kawasan yang mempunyai IPU melebihi 300 iaitu di tahap berbahaya. “Setakat pukul 11 pagi semalam, IPU di Muar mencatatkan bacaan sehingga 383. Atas sebab ini maka keputusan menutup sekolah tersebut dilakukan,” katanya. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2WqswHT7C Hakcipta terpelihara

Friday, April 12, 2013

JANGAN GANGGU PRU 13 DGN KEKECOHAN.

Polis kenal pasti kumpulan yang bakal ganggu proses PRU-13 12/04/2013 4:31pm GEORGE TOWN - Polis sudah mengenal pasti kumpulan yang akan mencetuskan kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung termasuk cuba menganggu pengundi semasa proses membuang undi nanti. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang memantau pergerakan mereka yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta penyokong parti-parti tertentu. Menurut beliau, pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan sekiranya terdapat dalam kalangan mereka cuba memeriksa kad pengenalan pengundi termasuk melambatkan proses mengundi. “Kita tidak peduli siapa mereka atau penyokong dari parti mana. Sekiranya didapati mengganggu proses PRU-13, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya. "Pengundi dinasihatkan supaya jangan takut untuk keluar mengundi, dapatkan maklumat daripada saluran mengundi yang betul. Pihak kita menjamin keselamatan pengundi," katanya selepas mengadakan taklimat persiapan PRU-13 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini hari. - KOSMO! Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_24.htm#ixzz2QF5rb2g8 Hakcipta terpelihara

Terima kasih semua...

Salam 1 Malaysia...terima kasih utk semua pengujung blog ini....selamat mengundi pada 5.5.2013....semoga Malaysia terus aman dan stabil dan bebas dari bencana....pilihan yg tepat dapat mengubah masa depan Malaysia.

Thursday, January 10, 2013

SEMAKIN CANGGIH

TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin. TELEFON PINTAR PALING NIPIS DI DUNIA PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile. Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean. Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2HcwhE1tB Hakcipta terpelihara
Related Posts with Thumbnails