Friday, April 12, 2013

JANGAN GANGGU PRU 13 DGN KEKECOHAN.

Polis kenal pasti kumpulan yang bakal ganggu proses PRU-13 12/04/2013 4:31pm GEORGE TOWN - Polis sudah mengenal pasti kumpulan yang akan mencetuskan kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung termasuk cuba menganggu pengundi semasa proses membuang undi nanti. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang memantau pergerakan mereka yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta penyokong parti-parti tertentu. Menurut beliau, pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan sekiranya terdapat dalam kalangan mereka cuba memeriksa kad pengenalan pengundi termasuk melambatkan proses mengundi. “Kita tidak peduli siapa mereka atau penyokong dari parti mana. Sekiranya didapati mengganggu proses PRU-13, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya. "Pengundi dinasihatkan supaya jangan takut untuk keluar mengundi, dapatkan maklumat daripada saluran mengundi yang betul. Pihak kita menjamin keselamatan pengundi," katanya selepas mengadakan taklimat persiapan PRU-13 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini hari. - KOSMO! Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_24.htm#ixzz2QF5rb2g8 Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails