Sunday, November 23, 2014

SEMUA KITA .. mesti pernah alami masalah terlewat bayar bil Astro gara-gara lewat terima bil Astro kan. Lepas ni korang semua tak perlu risau dah terlewat bayar bil Astro ni. Kali ni aku nak kongsi macam mana cara nak semak bil Astro korang melalui SMS. Korang tak perlu dah pening-pening tunggu bil Astro tiap-tiap bulan. Lepas semak, boleh je terus bayar secara online. Korang boleh la ikut langkah-langkah dekat bawah ni sebagai panduan. Cara 1: Semak Bil Astro melalui SMS Taip ASTRO BAL IC [no kad pengenalan] dan Send ke 66688 * gantikan no kad pengenalan dengan no ic Cara 2: Semak Bil Astro melalui SMS Taip ASTRO BAL AC [No akaun Astro] dan send ke 66688 * gantikan no akaun astro dengan no akaun korang Kalau berjaya, korang akan terima SMS maklum balas daripada pihak Astro berkenaan dengan bil semasa korang. Mudah kan ? Selamat mencuba…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails