Wednesday, April 20, 2016

Jangan Tipu X baik

KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Kelantan membongkar satu sindiket penerokaan tanah secara haram yang menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mengaburi kegiatan mereka sejak tiga tahun lalu di Hutan Simpan Ulu Galas, Gua Musang. Sindiket didalangi individu yang menggelarkan dirinya sebagai Ku Yaacob itu turut menjanjikan geran tanah yang dipecahkan mengikut lot kepada 198 peneroka seluas 404 hektar atau bersamaan 560 padang bola sepak. Lebih melampau, sindiket yang telah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu bukan sahaja menggunakan nama Sultan Muhammad V dalam surat menyurat mereka, bahkan berani menaikkan papan tanda tertera nama Sultan Kelantan di kawasan tersebut sebagai taktik penyamaran. Pengarah Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim ketika mendedahkannya berkata, melalui risikan selama dua bulan, sindiket berkenaan didapati menipu orang ramai dengan mendakwa telah mendapat kelulusan kerajaan negeri kononnya untuk membuka perkampungan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails