Wednesday, February 10, 2010

Hakim Kena Perlekehkan.


Karpal ditegur kata hakim ‘bohong'

KUALA LUMPUR – Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu semalam ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengadili kes itu.Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.“Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar.“Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

“Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika,” katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.Hakim Mohamad Zabidin yang didakwa pihak pembelaan sebagai berat sebelah.Sebelum itu, Karpal Singh berkata, oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai ‘satu pembohongan oleh Yang Arif’.
Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan pukul 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
sumber kosmo 10/2/1010.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails