Zulklifi: Saya akan letak jawatan hari ini
Rahmah Ghazali
Feb 3, 10
10:38am
Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.
Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.
“Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amat kagum
ReplyDeletetak rugi siapa yg undi...