Tujuh polis kena tahan
Oleh MOHAMAD ISHAK
am@hmetro.com.my
2010/04/11
JERTIH: Bahagian Tatatertib Bukit Aman menahan tujuh anggota polis pelbagai pangkat yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, pemerasan dan salah guna kuasa dalam operasi khas di beberapa daerah di negeri ini, Rabu lalu.Katanya, daripada jumlah itu tiga yang ditahan adalah anggota polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Kemaman dan dua lagi anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang berada di negeri ini.
Mohd Shukri berkata, semua anggota yang ditahan diarah membuat ujian saringan air kencing supaya status mereka dipastikan sama ada positif dadah atau sebaliknya.
“Penahanan ini bertujuan membersihkan imej pasukan polis selain meningkatkan kepercayaan masyarakat tanpa memilih kedudukan dan pangkat,” katanya selepas perasmian Program Pencegahan Jenayah, Polis Bersama Masyarakat, di sini, semalam.
Perasmian majlis itu, yang pertama seumpamanya diadakan di negeri ini, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi Mara.Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Shukri berkata, operasi berkenaan dapat membersihkan jabatan daripada anggota yang terbabit dengan kegiatan salah laku serta memelihara integriti pasukan polis.Beliau memberi jaminan tindakan serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa jika ada laporan anggota polis melakukan kesalahan.
Sehingga ini, katanya, beliau belum pasti bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap tujuh anggota terbabit kerana masih dalam siasatan.Harian Metro semalam melaporkan, beberapa anggota polis ditahan bersama penjawat awam dalam beberapa siri serbuan membabitkan Bahagian Tatatertib Bukit Aman di Kemaman, Marang dan Kuala Terengganu.Sementara itu, mengulas kadar jenayah di negeri ini, beliau berkata, tahun lalu kadar jenayah menurun 11.28 peratus dan 54.3 peratus kes dapat diselesaikan.
Katanya, prestasi menggalakkan itu meletakkan Terengganu sebagai kontinjen polis terbaik di seluruh negara daripada aspek penurunan indeks dan penyelesaian kes jenayah.“Prestasi mantap tahun lalu terus dapat dipertahankan apabila dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini indeks jenayah menurun 27.89 peratus dan 56.2 kes dapat diselesaikan berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Daerah Besut mendahului senarai penurunan kadar jenayah sebanyak 31.8 peratus diikuti Kemaman 30.4 peratus, Marang 30 peratus, Kuala Terengganu 28.8 peratus, Setiu 26 peratus, Hulu Terengganu 25 peratus dan Dungun 19.1 peratus,” katanya.
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment