Saturday, June 5, 2010

Sepandai tupai Melompat...


Misteri benang terbongkar

Oleh NOR SHAFAWATI
shafawati.yup@kosmo.com.my
ABDUL JALIL menunjukkan sebahagian gelung benang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.
AMPANG JAYA - Sebut 'nak beli benang' terus dapat dadah.Itulah taktik terbaru sekumpulan tiga lelaki Aceh yang menjadikan gelung benang sebagai alat untuk mengedar syabu sejak enam bulan lalu.Menjadikan penagih tempatan sebagai pelanggan utama dan penagih senegara mereka sebagai pelanggan sampingan, mereka dipercayai telah mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit hasil penjualan bahan khayal tersebut.
'Pejabat' mereka pula merupakan sebuah kedai runcit dan sebuah rumah di Taman Keramat Permai, Hulu Klang. Oleh itu, mereka dapat mengaburi mata pihak berkuasa.
Lebih licik, pelanggan tetap mereka pula perlu menyebut kata laluan 'hendak beli benang' sekiranya mahu mendapatkan bekalan.Bagaimanapun, taktik itu terbongkar akhirnya apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menyerbu 'pejabat' mereka pada pukul 12.30 malam kelmarin.
Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 45 paket syabu seberat 5.5 gram bernilai RM3,000 daripada suspek-suspek berusia di antara 22 dan 45 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan awal mendapati, suspek menyelitkan syabu seberat di antara 0.5 dan 1 gram di dalam penyedut minuman yang dipotong berharga di antara RM50 dan RM100 sebelum disembunyikan di dalam segelung benang kecil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails