Tuesday, January 12, 2010

Jangan Keruhkan Suasana

'Siasat jika ada unsur politik'
Jan 12, 10 3:47pm
Sekumpulan peguam dari Sarawak hari ini menggesa supaya dijalankan siasatan bebas terhadap kemungkinan wujudnya elemen politik yang memainkan peranan dalam insiden serangan ke atas gereja baru-baru ini.

Diketuai Chong Chien Jen yang juga ahli parlimen DAP bagi Bandar Kuching, mereka turut membidas kementerian keselamatan dalam negeri yang didakwa gagal menangani isu itu dengan berkesan."kita mengecam sikap 'double standards' yang diamalkan oleh kementerian dalam negeri yang tidak menghalang demonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi (mengenai isu Allah)," katanya dalam satu sidang akhbaradi luar kompleks makamah Kuching.Mereka yang menyokong keputusan tersebut, menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan seumpama itu yang boleh dianggap menekan bidang kehakiman.Di samping itu, mereka juga menggesa supaya ditubuhkan majlis antara agama dan mengadakan dialog antara agama untuk memupuk sikap tolak ansur dalam soal agama dan menjamin keamanan.

Mereka juga menegaskan bahawa semua bangsa mempunyai hak untuk menyebarkan agama sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.
Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya.Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan kementerian dalam negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut, sementara menunggu rayuan didengar.Sejak Jumaat lalu, sembilan gereja menjadi mangsa serangan bom api dan perbuatan vandalisme di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Bagaimanapun, menurut polis, insiden di Sarawak - di mana sebuah gereja dibaling dengan batu - dipercayai perbuatan budak-budak nakal.

Monday, January 11, 2010

Adakah Ini Cara Kita Bermegah.


Siti dapat beg LV RM40,000

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
hiburan@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat 'hadiah pendahuluan' apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.
Pada tahun 2008, Siti Nurhaliza mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu."Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu."Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,'' katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.

Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:"Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama."Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.

Sunday, January 10, 2010

Siapa Yang Mulakan Isu Ini.

Gereja, pondok pengawal sekolah di Taiping dilempar bom api
Jan 10, 10 1:34pm (Malaysia Kini)
Dua insiden cubaan membakar berlaku membabitkan gereja All Saints dan sebuah sekolah di Taiping awal hari ini selepas dilempar dengan bom api, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah.Manakala akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau pula menghantar SMS berita bahawa polis Melaka mengesahkan bahawa Gereja Baptist Melaka di Durian Dauan, telah disembah dengan cat hitam.
Di Taiping, tiada kerosakan pada gereja All Saints (foto) yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent, kata Zulkifli.Insiden itu hanya disedari penjaga gereja itu pada pukul 7.30 pagi, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Polis yang membuat siasatan selepas menerima aduan, mendapati dua kesan tompok hitam di dinding gereja serta menemui dua botol yang telah pecah dipercayai digunakan dalam kejadian itu, katanya.

Dalam kejadian di Sekolah Menengah Convent, hanya pos pengawal sekolah tersebut mengalami kerosakan kecil selepas dilempar dengan bom api dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi dan disedari oleh pengawal keselamatan sekolah terbabit, katanya.Zulkifli berkata, setakat ini belum ada suspek yang ditahan berikutan insiden itu dan polis sedang menyiasat serta mengambil bahan-bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian.Katanya siasaatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi.

Katanya polis memberi perhatian serius dan meningkatkan pemantauan ke atas rumah-rumah ibadat di negeri ini bagi memastikan keadaan terkawal dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik.Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini, Humayun Kabir, Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling dengan botol mengandungi bahan bakar, tetapi hanya mengakibatkan kerosakan kecil.Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis, polis belum mengesahkan insiden di Gereja St Louis itu.

Di MELAKA, Bernama melaporkan polis sedang menyiasat perbuatan melempar cat hitam ke dinding sebuah gereja di Durian Daun, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Sallehhudin Abd Rahman.Katanya kejadian itu disedari pihak gereja itu kira-kira pukul 9 pagi dan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah pada pukul 12.30 tengahari."Kita melihat kes ini secara serius memandangkan ini adalah isu sensitif, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian di negara ini," katanya kepada pemberita.Sallehhudin berkata polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihati orang ramai supaya bertenang dengan tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan ketegangan serta melanggar undang-undang negara.Sambil meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang cuba menggugat keharmonian kaum yang dinikmati selama ini, beliau mahu semua pemilik rumah ibadat menjaga rumah ibadat masing-masing dan dalam masa sama polis membuat pemantauan.

Saturday, January 9, 2010

Isteri Kuat Seks

Isteri durjana
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim

KEPONG: Gerak hati yang kurang tenteram ketika sedang memandu ke pejabat menyebabkan seorang lelaki mengambil keputusan berpatah balik untuk menjenguk keadaan isterinya di rumah.Tindakan itu bagaimanapun membongkar rahsia skandal seks isteri yang dinikahinya hampir setahun lalu bersama seorang lelaki lain.Lebih geram, hati suami mana tidak hancur luluh apabila menyaksikan dengan mata sendiri isteri sedang berasmara dengan lelaki lain dalam bilik tidurnya sendiri.Perbuatan curang wanita itu dilakukan tanpa menyedari dia sedang diperhatikan suaminya yang meninjau secara diam-diam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Rabu lalu.Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suami berusia 30-an berkenaan berpatah balik ke rumahnya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja apabila berasakan ada sesuatu tidak kena di rumahnya.

Sumber polis memberitahu, ketika tiba di rumah, wanita itu sedang mandi menyebabkan dia tidak menyedari kepulangan suaminya."Lelaki itu terus masuk ke bilik tidurnya, namun terkejut apabila mendapati semua gambar perkahwinannya tiada di tempat biasa, dipercayai disembunyikan isterinya.
"Curiga dengan perubahan itu, suami berkenaan bersembunyi dalam bilik bersebelahan sebelum seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya tidak lama selepas itu lalu disambut mesra isteri durjana terbabit," katanya.
Bagaimanapun, ketika asyik bermesra dengan kekasih gelapnya, wanita berusia lingkungan 30-an terbabit terpandang kereta suaminya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri itu.Bagi mendapatkan kepastian, wanita terbabit segera menghubungi suaminya bertanyakan dia berada di mana selain bertanyakan sama ada sudah ke pejabat.Namun, si suami yang sedang bersembunyi dalam bilik bersebelahan terlebih dulu mengaktifkan mod senyap pada telefon bimbitnya dan menjawab SMS isterinya dengan menyatakan dia pergi kerja dengan menumpang kereta rakan sepejabatnya.

Lega dengan jawapan suami, wanita terbabit menyambung semula aksi seks bersama kekasih Serani dipercayai bukan Islam tanpa menyedari tingkah laku kedua-dua mereka sedang diperhatikan."Si suami kemudian menyusup keluar rumah selepas melihat perbuatan keji isterinya sebelum mengunci pintu kediamannya dari luar dan segera memaklumkan kepada jiran dan polis bagi membantu memberkas pasangan berkenaan."Sejurus menerima maklumat, anggota polis daripada Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan kedua-dua pasangan gelap itu sebelum membawa mereka ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.Suami terbabit membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya di sini.

Thursday, January 7, 2010

Jangan Sentuh Isu Agama Ada Kesannya.


Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 10 9:00am
kemaskini 12.10pm Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.
Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu."Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.

2010 Yang Memilukan..




Cerita ngeri adik mangsa bunuh
Oleh RAIS YEOP JOHARI,
SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI dan NORHAYATI YAHYA
berita@kosmo.com.my
TAMPIN - "Selepas menukar pakaian sekolah, saya ke ruang tamu dan nampak kakak (Siti Khatijah) baring di situ."Saya ingat dia tidur tetapi apabila saya hampiri, saya terkejut nampak ada pisau terpacak pada dada kakak dan dia sudah pun meninggal dunia."Demikian cerita sedih, Siti Mariam Ismail, 19, yang menemui mayat kakaknya, Khatijah Ismail, 22, di Kampung Batang Rokan di Gemencheh di sini kelmarin.Dalam keadaan menangis, Mariam berlari ke rumah nenek dan datuk yang terletak bersebelahan rumahnya dengan harapan untuk mendapatkan pertolongan.Bagaimanapun, cerita gadis itu, di rumah tersebut dia menemui tiga lagi mayat iaitu mayat ayahnya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 90, dan nenek, Sufiah Keatas, 80.

Dia sangat sedih melihat keadaan empat mayat ahli keluarganya yang mati dalam keadaan sungguh ngeri terutama mayat bapanya yang tiada kepala.Sebelum kejadian, katanya, dia tidak sedap hati apabila bapanya tidak menjemputnya dari sekolah di Sekolah Menengah Datuk Taha Gemencheh yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah."Biasanya ayah jemput saya tetapi kali ini selepas sejam menunggu ayah tidak muncul malah dia dan kakak juga gagal dihubungi sebelum saya pulang menaiki bas," katanya sambil menangis.Sampai di rumah, abangnya, Rashidi Ismail, 34, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor tiada di rumah dan kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya pada malam sebelum kejadian ketika abangnya baru sampai ke rumah dari Kuala Lumpur."Abang tiada masalah dengan keluarga. Tiada langsung pergaduhan cuma dia pernah putus tunang dua kali," katanya

Sunday, January 3, 2010

Dulu setuju sekarang Tak setuju.....boleh blahlah.

Nik Aziz tidak setuju

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.
“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan.Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.Pada 1 Mac 2009, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di sini menegaskan, tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.Ini kerana, kata beliau, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Related Posts with Thumbnails