Thursday, January 7, 2010
2010 Yang Memilukan..
Cerita ngeri adik mangsa bunuh
Oleh RAIS YEOP JOHARI,
SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI dan NORHAYATI YAHYA
berita@kosmo.com.my
TAMPIN - "Selepas menukar pakaian sekolah, saya ke ruang tamu dan nampak kakak (Siti Khatijah) baring di situ."Saya ingat dia tidur tetapi apabila saya hampiri, saya terkejut nampak ada pisau terpacak pada dada kakak dan dia sudah pun meninggal dunia."Demikian cerita sedih, Siti Mariam Ismail, 19, yang menemui mayat kakaknya, Khatijah Ismail, 22, di Kampung Batang Rokan di Gemencheh di sini kelmarin.Dalam keadaan menangis, Mariam berlari ke rumah nenek dan datuk yang terletak bersebelahan rumahnya dengan harapan untuk mendapatkan pertolongan.Bagaimanapun, cerita gadis itu, di rumah tersebut dia menemui tiga lagi mayat iaitu mayat ayahnya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 90, dan nenek, Sufiah Keatas, 80.
Dia sangat sedih melihat keadaan empat mayat ahli keluarganya yang mati dalam keadaan sungguh ngeri terutama mayat bapanya yang tiada kepala.Sebelum kejadian, katanya, dia tidak sedap hati apabila bapanya tidak menjemputnya dari sekolah di Sekolah Menengah Datuk Taha Gemencheh yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah."Biasanya ayah jemput saya tetapi kali ini selepas sejam menunggu ayah tidak muncul malah dia dan kakak juga gagal dihubungi sebelum saya pulang menaiki bas," katanya sambil menangis.Sampai di rumah, abangnya, Rashidi Ismail, 34, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor tiada di rumah dan kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya pada malam sebelum kejadian ketika abangnya baru sampai ke rumah dari Kuala Lumpur."Abang tiada masalah dengan keluarga. Tiada langsung pergaduhan cuma dia pernah putus tunang dua kali," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment