Monday, February 8, 2010

Kampung Melayu Yang Akan Lenyap


RM4j bagi setiap pemilik tanah

KUALA LUMPUR - Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar."Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi tetapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam.

Friday, February 5, 2010

Lagak Pemimpin Melayu - Dulu Kutuk....kini...


Nik Aziz mahu Pas, UMNO berbincang

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Feb. - Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.
"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.
"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini."Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO."Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku."Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO."Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia."Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.
Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

Wednesday, February 3, 2010

Mangsa Ragut...kena tikam

GAMBAR menunjukkan pisau yang terpacak pada tengkuk Popova.

MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya baru-baru ini.

Popova bergelut dengan perompak itu yang meragut beg tangannya semasa mangsa dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di sini, Rusia.Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia terkejut sehingga tidak menyedari sebilah pisau tertusuk pada tengkuknya dan hampir mengenai tulang belakang mangsa.

Setibanya di rumah, ibu bapa Popova terkejut melihat anak mereka berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital manakala beberapa pakar bedah berjaya mengeluarkan pisau itu tanpa merosakkan tulang belakangnya. - Agensi

Nak Belajar Ke Nak Berpolitik...belum sampai masa lagi....

Penyokong Pro-M UM anjur perarakan aman esok
Abdul Rahim Sabri
Feb 4, 10
12:34pm
Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) akan mengadakan perarakan aman esok sebagai kesinambungan tidak puas hati mereka terhadap keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) minggu lalu.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, perarakan aman akan diadakan selepas solat Jumaat esok.

Beliau memberitahu Malaysiakini, mereka akan berarak dari Masjid al-Rahman menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) UM.

"Perarakan tersebut bagi menggambarkan rasa tidak puas hati mahasiswa terhadap demokrasi kampus yang dianggap mereka sudah mati," katanya.

Ketegasan Zulkefli Dikagumi..

Zulklifi: Saya akan letak jawatan hari ini
Rahmah Ghazali
Feb 3, 10
10:38am
Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.
Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur.

“Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.

Sunday, January 31, 2010

Celik IT

UNIGIRL

Lelong dara bayar yuran

KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.

Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.

Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.

"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.

Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat. - AFP

Friday, January 29, 2010

Orang Tak Siuman Buat Hal

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bermain dengan seekor ayam di dalam sebuah tren di New York pada Selasa lalu.
Lelaki Cium Ayam
NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu."Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube. - AP
Related Posts with Thumbnails