Tuesday, February 16, 2010

Mengapa Melayu Tetap Miskin.




Kuok kekal terkaya.

KUALA LUMPUR - Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan semalam, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Tan Sri Robert Kuok, 86, dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkota 'Raja Gula' tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi, Ananda Krishnan, 72, berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Hati-hati Semasa Di Internet

Penipuan e-Perbankan kini makin serius

KUALA LUMPUR - Kes penipuan siber e-Perbankan kini terbukti semakin serius apabila Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendedahkan mereka menerima lebih 100 aduan dalam tempoh dua bulan tahun ini berbanding 200 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Setiausaha Agung FOMCA, Muhammad Shaani Abdullah berkata, selain kes penipuan melibatkan e-Perbankan, terdapat juga aduan yang diterima mengenai usaha mencuri identiti pengguna untuk digunakan dalam perlakuan jenayah siber lain.

"Kes ini semakin meluas dan masalah ini berlaku kerana pengguna kurang mengetahui mengenai perkara ini.

"Sebagai pengguna, kita harus ingat bahawa kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan maklumat identiti diri sama ada kata laluan atau sebagainya kepada pihak kedua," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sunday, February 14, 2010

Maruah yang dicalar

“Jumpa di mahkamah”

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim akan mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ke mahkamah keranamendakwa membuat fitnah terhadapnya dengan mendakwa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lalu disebabkan gagal mendapat kelulusan tender bernilai RM40 juta.Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu berkata, peguam untuk mengendalikan kes ini telah dilantik dan dalam proses mendakwa Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Kenyataan beliau berunsur fitnah semata-mata untuk memperkecil dan mencemar imej saya dan keluarga. Beliau membuat kenyataan tanpa merujuk kepada saya terlebih dulu.

“Saya hanya Pengerusi (Island Golf Propeties), manakala setiap cadangan dan keputusan berhubung projek itu adalah urusan pihak pengurusan dan perunding syarikat itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.Zahrain berkata, beliau dilantik ketika dalam PKR dan Guan Eng boleh berjumpa dengan ahli lembaga syarikat untuk mengetahui sama ada beliau terlibat atau tidak dalam projek berkenaan.“Saya juga akan menghantar surat meletak jawatan sebagai Pengerusi syarikat itu selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Zahrain berkata, tuduhan Guan Eng terhadapnya itu juga mencemar integriti dan maruah ahli lembaga syarikat.Kelmarin, Guan Eng menyifatkan tindakan Zahrain keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan peribadi setelah gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.Guan Eng berkata, projek tersebut tidak diluluskan kerana syarikat itu ditubuhkan baru dua bulan sebelum tender projek itu dikeluarkan akhir September 2008.Sementara itu, Guan Eng menerusi Setiausaha Akhbarnya, Cheong Yin Fan berkata, beliau hanya akan memberi reaksi berhubung tindakan terbaru Zahrain selepas ianya disiarkan diakhbar.

“Ketua Menteri hanya akan beri komen selepas berita (saman Guan Eng disiarkan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian.

Friday, February 12, 2010

Pemimpin Perlu Ada Pendirian. Syabas.

Zahrain tinggalkan PKR
Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

PETALING JAYA 12 Feb. – Tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu serta-merta berkuat kuasa hari ini.Katanya, semasa beliau dijemput oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai parti itu dulu, beliau yakin PKR berjuang untuk reformasi dan perubahan tanpa berkompromi dengan nilai-nilai bangsa serta agama.Namun katanya, beliau kini ragu dengan matlamat dan cara perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang kerana bekerjasama dengan DAP yang disifatkannya mengamalkan politik sempit.

Katanya, ini dapat dilihat melalui gaya kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membelakangkan orang Melayu beragama Islam khususnya golongan penjaja di negeri itu.Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang menambah, dasar cauvinis dan ekstremis yang dibawa DAP di negeri itu turut dibuktikan dengan tindakan Guan Eng mempolitikkan institusi Islam seperti pusat zakat baru-baru ini.‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

‘‘Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Hadir sama bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim dan Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohd. Ali.Zahrain bagaimanapun menegaskan prinsipnya untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) serta belum berjumpa dengan mana-mana pemimpin pembangkang mahupun pemimpin BN mengenai tindakannya hari ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan bahawa tindakannya keluar daripada PKR mempunyai kaitan dengan isu ‘pembelian’ wakil rakyat pembangkang seperti di uar-uarkan Anwar sebelum ini.‘‘16 September itu apa cerita? Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli,” tegasnya.Beliau merujuk kepada janji Anwar sebelum ini untuk merampas kerajaan berikutan dakwaan mempunyai ramai wakil rakyat BN yang akan berpaling tadah menyertai pembangkang tahun lalu.Mengulas lanjut, kata Zahrain, tindakannya meninggalkan PKR antara lain didorong oleh gaya kepimpinan Guan Eng yang membelakangkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia dalam penyingkirannya sebagai Pengerusi Island Golf Properties (IGP) Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, katanya, setelah penyingkiran beliau itu diketahui umum, Guan Eng mengarahkan agar butiran mesyuarat tersebut tidak direkodkan.‘‘Inilah pemimpin yang kononnya mahu menerapkan prinsip dan amalan cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT) dalam pentadbiran beliau,” tegasnya.
Dalam laporan portal berita propembangkang The Malaysian insider semalam, Guan Eng menyatakan Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.Zahrain sebelum itu mendakwa Guan Eng telah memecatnya daripada jawatan berkenaan ekoran kritikan pedas beliau melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya baru-baru ini.Dalam pada itu Salehudin yang ditemui selepas sidang akhbar berkenaan menjelaskan kehadirannya hanyalah sebagai tanda sokongan kepada Zahrain yang merupakan kawan baiknya sambil menafikan beliau turut akan meninggalkan PKR.Zahrain dan Salehudin dikenali sebagai teman dan penyokong kuat Anwar.

Kapal Selam Tak boleh menyelam,

KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di pangkalan Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia di Pulau Indah, Klang pada September tahun lalu.
Scorpene tidak boleh menyelam
KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya.

Wednesday, February 10, 2010

Hakim Kena Perlekehkan.


Karpal ditegur kata hakim ‘bohong'

KUALA LUMPUR – Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu semalam ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengadili kes itu.Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.“Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar.“Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

“Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika,” katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.Hakim Mohamad Zabidin yang didakwa pihak pembelaan sebagai berat sebelah.Sebelum itu, Karpal Singh berkata, oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai ‘satu pembohongan oleh Yang Arif’.
Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan pukul 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
sumber kosmo 10/2/1010.

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan Hakim Adalah Muktamad...Jangan Jadi Hakim Sendiri.

Hari yang gelap bagi demokrasi Malaysia
Feb 9, 10 4:06pm
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai hari yang gelap dalam masa depan demokrasi Malaysia.Katanya, rakyat sangat kecewa dengan keputusan itu tetapi bagi PAS, mereka tidak akan patah semangat dan berkempen supaya rakyat lebih memahami isu berkenaan.
“Keputusan ini sudah dijangkakan berdasarkan perjalanan sejarah. Kemelut di Perak tidak akan reda (ekoran keputusan ini), kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini.Tambahnya lagi, ia akan terus cetuskan semangat baru dan memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menolak BN.Anwar: Umno takut berdepan rakyatBagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan mahkamah itu sudah dijangkakan.Menurutnya, keputusan itu menunjukkan Umno tidak berani untuk berdepan dengan rakyat bagi menghadapi pilihan raya.

“Kami secara konsisten menuntut pilihan raya baru dan bebas diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan (negeri) baru yang sah,” katanya.Buat masa ini, Anwar meminta rakyat di Perak untuk mematuhi undang-undang dan memastikan semua pihak memahami isu berkenaan.“Ini adalah isu demokrasi. Siapa yang disokong oleh rakyat? Kita tidak boleh berselindung di sebalik institusi atau sistem-sistem, kecuali kembali mendapat mandat daripada rakyat.
“Saya juga menggesa rakan-rakan di Perak supaya bersabar dan bekerjasama erat bagi memperkuatkan parti kerana media-media yang dimiliki Umno sedang menyerang kita dengan bertubi-tubi,” kata Anwar.

Mahfuz: Kes satu konspirasi

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata pihaknya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi persepsi rakyat dan masyarakat melihat bahawa kes tersebut bermula dengan konspirasi dan sudah tentu juga berakhir dengan konspirasi juga.Rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak melihat hujah-hujah di mahkamah, tetapi mereka melihat keputusan itu mesti mengiyakan konspirasi tersebut.“Keputusan itu membetuk persepsi bahawa mahkamah mahu mempertahankan maruah dan kedaulatan sultan berbanding dengan kedaulatan rakyat. Kalau mahkamah memutuskan kemenangan kepada Nizar, adakah bermakna tindakan sultan memilih Zambry tidak rasional?” soal Mahfuz.Beliau berkata persepsi rakyat juga melihat bahawa mahkamah telah merampas hak rakyat dan sesuatu kerajaan itu mestilah berdiri di atas mahkamah rakyat.

Ahmad: Mengapa 5- 0?
Bekas pesuruhjaya PAS Perak yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang pula mempersoalkan mengapa panel hakim hanya terdiri daripada lima panel penilai dan tidak tujuh.“Kenapa tidak tujuh? Keputusan ini memang sudah dijangkakan, tetapi takkanlah sampai 5-0, sekurang-kuranganya 4-1.“Bila sebula suara, kita lihat maca (hakim) pakat. Majoriti rakyat tidak dapat terima keputusan ini,” katanya.

Karpal: Biar rakyat tentukan
Bagi pengerusi DAP, Karpal Singh, keputusan mahkamah persekutuan itu masih boleh dirayu.“Kita sepatutnya kembali kepada rakyat, rakyat yang seharusnya membuat keputusan, bukannya mahkamah. Biarkan rakyat yang menentukannya,” kata beliau.Malaysiakini melaporkan.
Related Posts with Thumbnails