Friday, April 12, 2013
JANGAN GANGGU PRU 13 DGN KEKECOHAN.
Polis kenal pasti kumpulan yang bakal ganggu proses PRU-13
12/04/2013 4:31pm
GEORGE TOWN - Polis sudah mengenal pasti kumpulan yang akan mencetuskan kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung termasuk cuba menganggu pengundi semasa proses membuang undi nanti.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang memantau pergerakan mereka yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta penyokong parti-parti tertentu.
Menurut beliau, pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan sekiranya terdapat dalam kalangan mereka cuba memeriksa kad pengenalan pengundi termasuk melambatkan proses mengundi.
“Kita tidak peduli siapa mereka atau penyokong dari parti mana. Sekiranya didapati mengganggu proses PRU-13, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Pengundi dinasihatkan supaya jangan takut untuk keluar mengundi, dapatkan maklumat daripada saluran mengundi yang betul. Pihak kita menjamin keselamatan pengundi," katanya selepas mengadakan taklimat persiapan PRU-13 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini hari. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_24.htm#ixzz2QF5rb2g8
Hakcipta terpelihara
Terima kasih semua...
Thursday, January 10, 2013
SEMAKIN CANGGIH
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.
TELEFON PINTAR PALING NIPIS DI DUNIA
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2HcwhE1tB
Hakcipta terpelihara
Tuesday, October 23, 2012
Nasib Si Suami...
ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.
Suami tangkap isteri berkhalwat di rumah sendiri
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my
MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.
Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.
Friday, October 5, 2012
DARAH JADI CAT...blood paint
Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan
VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York.
NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya.
Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini.
Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu.
Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. - Reuters
Saturday, August 4, 2012
BELUM CUBA BELUM TAHU..
PERHATIAN...
CARA MUDAH....DAFTAR DAN DAPAT..
THIS LINK..
anda cuma perlu klik link iniiii untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012.. kemudian klik 'Sign Up'
pastu isikan Username anda suka..pastu isikan email anda sendiri serta password anda..selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi.
02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri....anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK". anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." Isikan email anda tadi utk "
FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription.
03) ketiga,Klik petak I have subscribed dan klik "clear task".
Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudia di page Task lIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task.
04) anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda, kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link". Skrg link tu dah jadi milik anda. anda dah boleh promosi link anda. Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda. kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan. Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen. Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda. Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5.
Saturday, July 28, 2012
Perang Saudara Di Syria - Siapa Rugi?
Pertempuran sengit di Aleppo
BEBERAPA orang yang tidak mahu terperangkap dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak menaiki sebuah lori kecil untuk keluar dari bandar Aleppo kelmarin.
ALEPPO - Pasukan pemberontak Syria menghadapi serangan paling sengit di sini semalam ketika bekas ketua misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mejar Jeneral Robert Mood menyatakan Presiden Bashar Al-Assad hanya menunggu masa untuk tersingkir.
Menurut seorang pegawai keselamatan Syria, anggota-anggota pasukan tentera Syria menuju ke Aleppo pada Rabu lalu dan kelmarin.
Beberapa helikopter melancarkan serangan di kawasan perumahan yang didiami pemberontak di bandar kedua terbesar Syria itu.
Tiga orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di barat daya bandar tersebut.
Pertempuran turut berlaku di daerah Al-Jamaliya.
"Tentera Syria telah tiba di Aleppo," kata jurucakap Tentera Pembebasan Syria, Abdel Jabbar al-Okaidi.
Beliau yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, tentera Syria itu dibantu 100 buah kereta kebal.
Sementara itu, Mood berkata, kejatuhan Bashar tidak akan menamatkan perang saudara di Syria.
"Cepat atau lewat, rejim Bashar akan jatuh," katanya yang pernah mengetuai 300 anggota misi pemantau PBB di negara ini.
"Namun, adakah kejatuhan itu akan berlaku dalam tempoh seminggu atau setahun?
"Itu merupakan jawapan yang saya tidak berani untuk jawab," tambahnya.
"Ramai pihak yang berpendapat jika Bashar jatuh atau jika beliau diberikan penghormatan untuk keluar dari Syria, masalah (di negara tersebut) akan selesai.
"Namun, situasi di negara ini mungkin akan menjadi lebih buruk," jelasnya.
Pertempuran antara pemberontak dengan tentera Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan pentadbiran.
Pertempuran antara kedua-dua pihak itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 19,000 orang. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)








