Sunday, January 31, 2010

Celik IT

UNIGIRL

Lelong dara bayar yuran

KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.

Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.

Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.

"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.

Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat. - AFP

Friday, January 29, 2010

Orang Tak Siuman Buat Hal

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bermain dengan seekor ayam di dalam sebuah tren di New York pada Selasa lalu.
Lelaki Cium Ayam
NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu."Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube. - AP

Thursday, January 28, 2010

Cegah Sebelum Parah.

Pasukan khas ditubuhkan untuk siasat kepala babi
Jan 28, 10 2:48pm
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.
"Kes ini melibatkan keselamatan dan keamanan negara, dan perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan berhemat di Kuala Lumpur hari ini.Muhammad Sabtu berkata siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.
"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita," katanya.Semalam dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.Pada ucapannya pada majlis itu pula, Muhammad Sabtu berkata penyelia kewangan di setiap balai dan ibu pejabat polis telah diarah untuk mengenal pasti pegawai-pegawai dan anggota di bawah selian masing-masing yang dibebani hutang."Langkah perlu diambil agar masalah hutang tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada mereka yang terlibat," katanya.
Muhammad Sabtu berkata pemantauan secara berterusan dan berkala juga hendaklah dibuat terhadap gaya hidup pegawai dan anggota supaya mereka yang terlibat dengan masalah ini hidup secara sederhana dan mengikut kemampuan.
- Bernama

Tuesday, January 26, 2010

Hidup Perlu Ada Kesepakatan.

Penduduk lari korban agama 450 orang

JOS, Nigeria - Penduduk Nigeria yang ketakutan memenuhi sebuah pos pemeriksaan tentera di sempadan selepas melarikan diri dari bandar Jos, Nigeria semalam.Beberapa laporan akhbar menyatakan keadaan itu berlaku selepas perbalahan agama di antara penduduk Islam dan Kristian tercetus yang mengorbankan 450 orang manakala beberapa bangunan terbakar.Semasa perbalahan mula merebak ke kawasan pusat bandar dan pasukan tentera mula dikerahkan untuk mengawal pergolakan, penduduk menyatakan mereka berasa amat takut berada di bandar Jos.Di sebuah pos pemeriksaan tentera di sempadan Jos di sini banyak kereta dan bas membawa sejumlah penduduk yang mahu melarikan diri dari bandar Jos.Beberapa pegawai negeri tidak memberikan angka kematian berhubung keganasan yang berlaku pada 17 Januari lalu di bandar tersebut.
Berpuluh-puluh kereta, rumah dan gereja serta masjid dibakar dalam keganasan itu.

Perintah berkurung dikenakan antara pukul 5 petang sehingga 10 pagi waktu tempatan.Menurut seorang pegawai polis, perbalahan berlaku selepas sekumpulan pemuda Islam membakar sebuah gereja tetapi pemimpin-pemimpin Muslim menafikannya.Beberapa pemimpin komuniti lain menyatakan keganasan berlaku setelah satu perbalahan berhubung sebuah rumah penduduk Muslim di sebuah kawasan perumahan penduduk Kristian. - Agensi

Monday, January 25, 2010

Masa Baik semuanya cantik

Fahrin tuntut Linda Onn mohon maaf

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Mohon maaf secara terbuka atau jumpa di mahkamah. Itu kata putus yang diberikan oleh aktor popular, Fahrin Ahmad yang sudah tidak mampu lagi membendung kemarahannya terhadap penyampai radio popular, Linda Onn.Kemuncak kemarahan terhadap bekas kekasihnya itu dizahirkan oleh Fahrin yang turut menitiskan air mata pada sidang akhbar hari ini bagi meminta Linda memohon maaf secara terbuka dan menarik balik pernyataan fitnah yang dibuatnya.Fahrin, 31, menerusi peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor daripada firma guaman Tetuan Naufal & Co. juga memberi tempoh selama seminggu kepada Linda, 33, untuk berbuat demikian.Notis tuntutan tersebut telah dikeluarkan oleh Fahrin melalui peguamnya pada 22 Januari lalu.
Menurut Tengku Naufal, selain dua tuntutan berkenaan yang perlu disiarkan di akhbar, Linda turut diminta mengeluarkan surat akujanji secara bertulis untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang memburukkan imej Fahrin.

Tuntutan itu juga menyebut Fahrin menuntut ganti rugi dan kos atas kenyataan berbau fitnah oleh Linda yang disiarkan dua buah akhbar, masing-masing akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris bertarikh 19 serta 20 Januari lalu.Linda yang kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM didakwa mengeluarkan kenyataan dalam dua akhbar berkenaan bahawa bekas kekasihnya seorang yang panas baran serta ‘cepat naik tangan’ selain pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta.Sementara itu, Linda ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, dia menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.“Selebihnya tiada apa yang mahu saya ulas mengenai tindakan Fahrin terhadap saya,” katanya.Menurut Linda, dia bersyukur kerana segala tuntutan Fahrin terhadapnya tidak memberi sebarang tekanan kepadanya.

Sunday, January 24, 2010

Isteri Tak Cukup Makan.

Isteri bernafsu besar, suami tak mampu
2010/01/24

KUALA LUMPUR: Isteri ‘makan luar’ kini bukan lagi perkara aneh dan hakikat ini diakui Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammad Khusrin Munawi.Menurutnya, ada pelbagai sebab perkara itu berlaku dan satu daripadanya ialah kegagalan suami memenuhi kehendak mereka, sama ada kemewahan material atau naluri seksual.“Ada isteri bernafsu besar sama ada kehendak material mahupun kepuasan batin, manakala suami pula gagal memenuhi kehendak itu. Akibatnya, isteri hilang pertimbangan dan mula mencari lelaki lain yang mereka anggap lebih hebat,” katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, biarpun kes wanita berstatus isteri ditangkap khalwat dengan lelaki bukan muhrim di Selangor masih dalam jumlah kecil, ia dianggap masalah yang serius.

“Kerana itu setiap masalah dalam rumah tangga perlu diselesaikan dengan baik dan bukan menurut hati hingga membawa kepada kemudaratan.“Jangan jadikan lelaki lain seperti teman sepejabat, sahabat atau sesiapa saja sebagai bahan rujukan meluahkan masalah rumah tangga, khasnya berkaitan nafkah batin, kerana ia pasti boleh menimbulkan suasana tidak sihat sesama mereka hingga akhirnya terjerumus dalam zina,” katanya.Khusrin turut menasihatkan isteri yang terlanjur supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Di dunia mungkin mereka boleh terlepas daripada hukuman, tetapi tidak di akhirat.
Khusrin turut tidak menolak ada suami menutup mata dengan perlakuan isteri makan luar kerana sedar kekurangan diri.Menurutnya, itu kesalahan besar daripada segi agama kerana suami terbabit dianggap subahat dengan dosa isteri mereka.“Mengikut hukum Islam, isteri yang berzina boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati manakala suami pula jika mengetahui perkara seperti itu sama ada menasihati si isteri atau jika gagal menuruti nasihat itu hendaklah menceraikannya,” katanya.Sementara itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain, turut mengakui kes isteri orang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain semakin meningkat.
Menurutnya, sebagai bukti, didapati kini semakin banyak kes tuntutan penceraian dimulakan oleh suami di mahkamah dan kebanyakannya adalah alasan berkaitan isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.“Sebelum ini kita banyak lihat kebanyakan isteri yang sering memulakan fail penceraian, tetapi keadaan sebaliknya berlaku sekarang kerana ramai pula suami berbuat demikian, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada si isteri,” katanya.Zaidi berkata, kes seperti itu kini semakin banyak dilaporkan dan beliau banyak mewakili suami dalam kes seumpamanya berbanding sebelum ini.Katanya, keadaan itu wujud kerana ada sesetengah wanita mahu ‘test market’ mungkin kerana sebelum ini mereka tidak mampu bergaya tetapi sekarang dengan kerjayanya yang baik serta penggunaan pelbagai produk kecantikan, mereka mudah mencari teman baru.“Mungkin pada peringkat awal mereka hanya sekadar mahu berkawan, tetapi lama-kelamaan mereka hanyut hingga terlanjur,” katanya.

Friday, January 22, 2010

Dara Pun Boleh Lelong Di internet.

Pelelong dara dapat tawaran berlakon

SAN DIEGO - Pelelong dara, Natalie Dylan mendedahkan bahawa dia menerima banyak tawaran untuk berlakon termasuk dalam filem lucah, lapor sebuah akhbar semalam.Gadis berusia 22 tahun itu berkata, tawaran lumayan itu diperoleh sejak kisah dia melelong dara di Internet baru-baru ini terbongkar. Bagaimanapun, kata Natalie, dia terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem lucah."Saya tidak membenci filem lucah. Saya juga menonton filem lucah tetapi saya tidak bercita-cita untuk melakukannya," kata gadis tersebut.Dia turut mendedahkan mendapat tawaran menulis buku mengenai kisah hidupnya.Natalie menegaskan tujuan dia melelong dara adalah semata-mata untuk memperoleh wang mencukupi bagi membiayai pengajiannya ke peringkat sarjana.

Dia berkata, ibunya masih menyayangi dirinya walaupun tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menjual tubuh.Setakat ini seorang pembida membuat tawaran tertinggi iaitu £2.6 juta (RM13.1 juta) bagi memperoleh daranya."Jika saya berjaya mendapatkan wang yang banyak, saya tidak akan melelong dara," katanya. - Agensi
Related Posts with Thumbnails