Wednesday, August 19, 2009

Jangan Kita Cuba Mempermainkan Hukum Agama.



Nik Aziz 'lebih daripada manusia biasa'

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan Musyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “lebih daripada manusia biasa” kerana boleh menentukan kelayakan seseorang untuk masuk syurga atau neraka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau juga “berbangga” dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu untuk mengetahui perkara sedemikian.

“Jadi dia satu orang yang cukup lebih daripada manusia biasa. Manusia biasa hanya bila mati boleh pergi syurga atau negara tetapi tidak akan dapat balik untuk cerita...kitapun tak tahu Nik Aziz akan ke syurga atau neraka, itu kita tidak boleh kata.

“Jadi saya berbangga dengan kebolehan Nik Aziz untuk menentukan siapa pergi syurga dan neraka. Sesiapa yang kenal baik beliau, pergilah tanya kepada beliau (sama ada akan ke syurga atau neraka),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dan iman.






3 comments:

  1. salam..bukan semua orang pas masuk syurga dan bukan semua orang umno masuk neraka..nak masuk syurga bukan dengan pahala saja tapi dengan Rahmat ALLAH S.W.T

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails