Rahsia lelaki 14 isteri terbongkar
MUMBAI: Seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan berusia 40 tahun ditahan polis semalam kerana mempunyai 14 isteri.
Tushar Waghmare yang berasal dari Mumbai menipu semua isterinya dengan mendakwa dia sentiasa sibuk kerana tugas.
Tembelang kakitangan Air India itu yang menggunakan Internet untuk mengatur semua perkahwinannya terbongkar apabila seorang daripada isterinya bertembung dengan seorang lagi ketika meninggalkan rumah lelaki itu.
Lima daripada 14 wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis sementara sembilan lagi memilih untuk berdiam diri kerana malu.
Tushar mendakwa dia tidak boleh duduk serumah dengan setiap isterinya kerana tugasnya tidak membenarkan dia berbuat demikian.
Dia sebaliknya menempatkan isterinya di merata negeri di seluruh India, dari Mumbai di selatan hingga ke Rajasthan di utara.
Dia mengaku kepada polis bahawa dia melayani setiap isterinya dengan adil tetapi menghadapi masalah kewangan kerana hanya berpendapatan RM4,600 sebulan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, R M Vhatkar, berkata, kerana tertarik dengan jawatannya, tidak seorangpun isteri atau ibu bapa mereka menyelidik latar belakang lelaki itu.
Laman web mencari jodoh semakin popular di India.
Tushar mendaftarkan diri dalam satu laman web itu dengan mengguna nama samaran dan menyatakan dia baru bercerai serta ingin mencari pengganti tanpa mengira balu atau janda.
Dia akan menghabiskan masa tiga hari dengan setiap isterinya sebelum meneruskan kegiatannya.
Sementara itu, Air India mengambil tindakan disiplin terhadap lelaki itu dengan memecatnya. - Agensi
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia
2 days ago
No comments:
Post a Comment