Friday, February 19, 2010

Cinta Lombok Berulang Lagi..


'Kesal ikut Abang Jo'
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
2010/02/20

GOMBAK: Rasa bersalah dan naluri sayangkan keluarga menghalang hasrat seorang remaja lari mengikut kekasih ke Indonesia apabila dia pulang ke pangkuan keluarga di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini, awal pagi semalam.Norlaili Afizah Omar, 19, kembali ke pangkuan keluarga jam 2.30 pagi semalam selepas melarikan diri jam 7.30 malam, Jumaat lalu kerana mengikut kekasih warga Indonesia yang dikenali sebagai Sarjo atau Abang Jo.Katanya, dia bersama kekasih merancang menyeludup secara haram ke Jawa Timur, Indonesia sejak 2008 selepas berkenalan empat tahun lalu.Menurutnya, sejak sebulan lalu selepas nekad mahu melarikan diri, setiap kali keluar bertemu lelaki itu secara sembunyi, dia turut membawa pakaiannya sedikit demi sedikit dan apabila wang dikumpul kekasih bernilai RM4,000 cukup menampung kos menyeludup keluar mereka secara haram.
Fizah berkata, dia menaiki teksi ke stesen LRT Taman Melati sebelum bertemu Abang Jo yang menunggu di Pasar Seni dan mereka ke Sungkai, Perak menumpang di rumah sewa milik rakan kekasihnya.“Ketika melarikan diri saya langsung tidak fikirkan orang lain termasuk keluarga, apa yang saya mahu hanya berada dekat Abang Jo kerana saya cintakannya.“Selepas tinggal beberapa hari di rumah sewa, saya tidak menonton televisyen dan membaca surat khabar tetapi hanya berbincang bagaimana hendak melarikan diri secara haram ke Indonesia.

“Tiba-tiba pada Rabu lalu, seorang kawan Abang Jo menghubungi maklumkan polis menjejaknya dan keluarga pula kerisauan dan sedih sehingga menyebabkan ayah tidak mampu lelap dan tidak boleh bekerja.“Saya menangis kerana kesal dan Abang Jo menyuruh pulang ke pangkuan keluarga kerana katanya perkahwinan tidak mendapat restu belum pasti dapat hidup bahagia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Turut serta keluarga termasuk bapanya, Omar Mahmud, 55, dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh.Menurutnya, sepatutnya pada hari dia balik ke pangkuan keluarga dia bersama kekasih bertolak ke Johor Bahru sebelum menyeludup secara haram ke Indonesia tetapi saat-saat akhir membatalkan hasrat kerana terlalu sayangkan keluarga selama ini banyak berkorban.Katanya, dia rela berpisah dengan kekasihnya yang sudah kembali ke negara asalnya tetapi tidak sanggup terputus hubungan dengan keluarganya.“Saya benar-benar menyesal perbuatan melarikan diri kerana mengikut kekasih dan saya berjanji tidak akan mengulangi semula, saya minta ampun dan maaf kepada keluarga, insya-Allah saya tidak akan membelakangkan keluarga masa depan terutama membabitkan jodoh,” katanya

Dia turut menasihatkan remaja dan wanita yang bercadang melarikan diri mengikut kekasih supaya berfikir dengan waras bukannya mengikut perasaan dan emosi.Sementara itu, Omar berkata, dia bersyukur anaknya balik ke rumah dengan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan.“Saya sekeluarga bersyukur dan gembira dia balik dengan selamat,” katanya.

1 comment:

  1. Salam.
    Berkorban demi cinta....entah la.
    Dunia...dunia....Cinta kepada ALLAH SWT cinta sejati, tanpa terluka, tanpa takut dikecewa kerana ALLAH SWT tidak akan mengecewakan hamba Nya yang bertakwa kepada NYA.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails