Sunday, February 14, 2010

Maruah yang dicalar

“Jumpa di mahkamah”

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim akan mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ke mahkamah keranamendakwa membuat fitnah terhadapnya dengan mendakwa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lalu disebabkan gagal mendapat kelulusan tender bernilai RM40 juta.Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu berkata, peguam untuk mengendalikan kes ini telah dilantik dan dalam proses mendakwa Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Kenyataan beliau berunsur fitnah semata-mata untuk memperkecil dan mencemar imej saya dan keluarga. Beliau membuat kenyataan tanpa merujuk kepada saya terlebih dulu.

“Saya hanya Pengerusi (Island Golf Propeties), manakala setiap cadangan dan keputusan berhubung projek itu adalah urusan pihak pengurusan dan perunding syarikat itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.Zahrain berkata, beliau dilantik ketika dalam PKR dan Guan Eng boleh berjumpa dengan ahli lembaga syarikat untuk mengetahui sama ada beliau terlibat atau tidak dalam projek berkenaan.“Saya juga akan menghantar surat meletak jawatan sebagai Pengerusi syarikat itu selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Zahrain berkata, tuduhan Guan Eng terhadapnya itu juga mencemar integriti dan maruah ahli lembaga syarikat.Kelmarin, Guan Eng menyifatkan tindakan Zahrain keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan peribadi setelah gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.Guan Eng berkata, projek tersebut tidak diluluskan kerana syarikat itu ditubuhkan baru dua bulan sebelum tender projek itu dikeluarkan akhir September 2008.Sementara itu, Guan Eng menerusi Setiausaha Akhbarnya, Cheong Yin Fan berkata, beliau hanya akan memberi reaksi berhubung tindakan terbaru Zahrain selepas ianya disiarkan diakhbar.

“Ketua Menteri hanya akan beri komen selepas berita (saman Guan Eng disiarkan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails