Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Tunangan Bini Orang

Tunangku isteri orang
Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad, Nor Husaini Nor Majid dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
anyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.
“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.
“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.
“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.
Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.
“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.
Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

Monday, December 28, 2009

Buruh Paksa Di Indon....askar Indon Main Kasar.


SYUKUR...(dari kiri) Ahmad Faizul, Mohd Arif, Musa
dan Akhmadi mengaminkan bacaan doa sebaik tiba
di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.

‘Kami lega dapat pulang’
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu betapa lega dan gembira hati kami apabila diberitahu dapat pulang ke tanah air selepas lebih sebulan berada di pusat tahanan di Pontianak, Indonesia.“Namun, di sebalik kegembiraan ini, kami terkilan kerana Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan dan dia menangis apabila melihat kami keluar dari sana,” kata Ahmad Faizul Sulong, 23, antara empat nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia terhadap dakwaan menceroboh perairan negara berkenaan.

Menceritakan pengalaman ditahan pihak berkuasa negara jiran itu, dia yang ditemui sebaik selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, malam kelmarin, berkata pelbagai pahit getir ditempuhi mereka hingga ada yang tidak masuk akal.Menurutnya, ketika ditahan pada 12 November lalu, Ahmad Faizul dan Che Wan Budiman serta tiga lagi rakan, Musa Mohammad, 33, Akhmadi Daud, 28, Mohd Arif Rosli, 20 sedang menarik bubu dari bot kelas B, kira-kira 148 batu nautika dari pantai Terengganu.
Dia berkata, pada waktu itu, mereka masih berada kira-kira tiga batu nautika dari perairan antarabangsa sebelum ternampak sebuah bot pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembakan ke udara dan menembak bot mereka menyebabkannya terkena lengan kiri Che Wan Budiman.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu begitu mencemaskan hinggakan ada yang bersembunyi di bawah enjin dan tiada harapan hidup kerana operasi penahanan itu dibuat secara besar-besaran disertai ramai anggota pihak berkuasa dalam tiga bot selain dipantau dua helikopter dan sebuah jet yang berlegar di udara.
“Sebaik ditahan, kami hanya mampu berkata ‘ampun pak...ampun pak’ dan meminta supaya tidak dicederakan sebelum kami semua dibawa ke sebuah pusat tahanan di Pontianak.“Ketika di sana, kami ditempatkan di sebuah bangunan bersama sekumpulan nelayan Vietnam dan terpaksa meminta ihsan mereka yang memberikan pakaian dan berkongsi makanan,” kata anak ketujuh daripada 14 beradik itu.

Menurutnya, mereka bersyukur kerana 23 nelayan Vietnam yang turut ditahan membawa bekalan bahan mentah seperti beras dan mereka dikehendaki memasak sendiri selain dibenarkan membeli lauk seperti ikan bilis dan telur menggunakan wang diberikan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang datang melawat pada minggu pertama mereka ditahan.Mohd Arif memberitahu, pengalaman berada di pusat tahanan negara jiran itu sukar dilupakan kerana aktiviti harian dijalaninya di luar jangkaan kerana terpaksa menjadi buruh kasar mengangkat batu untuk membina jalan.“Kami semua terpaksa mengangkat batu berat dan simen untuk membaiki jalan kira-kira 500 meter dari pusat tahanan.

“Kerja dilakukan itu begitu teruk kerana terpaksa berhempas-pulas di tengah panas dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari hampir setiap hari selain membawa motosikal,” katanya.Musa pula berkata, dia tidak menyangka dapat kembali semula ke tanah air meskipun mengambil masa lama dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mengeluarkan mereka dari pusat tahanan itu terutama konsulat Malaysia di Pontianak dan kerajaan negeri.

“Selepas beberapa siri rundingan selesai, kami bertolak keluar dari pusat tahanan jam 6 pagi, 24 Disember lalu menaiki van ke Kuching, Sarawak dan tiba pada jam 3 petang.“Sejurus tiba di Kuching, kami menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur sebelum ke Kuala Terengganu,” katanya sambil memberitahu kejadian itu menyebabkan dia serik dan akan beringat setiap kali turun ke laut bagi mengelak ditahan.
Related Posts with Thumbnails