Wednesday, February 10, 2010

Hakim Kena Perlekehkan.


Karpal ditegur kata hakim ‘bohong'

KUALA LUMPUR – Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu semalam ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengadili kes itu.Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.“Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar.“Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

“Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika,” katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.Hakim Mohamad Zabidin yang didakwa pihak pembelaan sebagai berat sebelah.Sebelum itu, Karpal Singh berkata, oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai ‘satu pembohongan oleh Yang Arif’.
Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan pukul 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
sumber kosmo 10/2/1010.

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan Hakim Adalah Muktamad...Jangan Jadi Hakim Sendiri.

Hari yang gelap bagi demokrasi Malaysia
Feb 9, 10 4:06pm
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai hari yang gelap dalam masa depan demokrasi Malaysia.Katanya, rakyat sangat kecewa dengan keputusan itu tetapi bagi PAS, mereka tidak akan patah semangat dan berkempen supaya rakyat lebih memahami isu berkenaan.
“Keputusan ini sudah dijangkakan berdasarkan perjalanan sejarah. Kemelut di Perak tidak akan reda (ekoran keputusan ini), kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini.Tambahnya lagi, ia akan terus cetuskan semangat baru dan memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menolak BN.Anwar: Umno takut berdepan rakyatBagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan mahkamah itu sudah dijangkakan.Menurutnya, keputusan itu menunjukkan Umno tidak berani untuk berdepan dengan rakyat bagi menghadapi pilihan raya.

“Kami secara konsisten menuntut pilihan raya baru dan bebas diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan (negeri) baru yang sah,” katanya.Buat masa ini, Anwar meminta rakyat di Perak untuk mematuhi undang-undang dan memastikan semua pihak memahami isu berkenaan.“Ini adalah isu demokrasi. Siapa yang disokong oleh rakyat? Kita tidak boleh berselindung di sebalik institusi atau sistem-sistem, kecuali kembali mendapat mandat daripada rakyat.
“Saya juga menggesa rakan-rakan di Perak supaya bersabar dan bekerjasama erat bagi memperkuatkan parti kerana media-media yang dimiliki Umno sedang menyerang kita dengan bertubi-tubi,” kata Anwar.

Mahfuz: Kes satu konspirasi

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata pihaknya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi persepsi rakyat dan masyarakat melihat bahawa kes tersebut bermula dengan konspirasi dan sudah tentu juga berakhir dengan konspirasi juga.Rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak melihat hujah-hujah di mahkamah, tetapi mereka melihat keputusan itu mesti mengiyakan konspirasi tersebut.“Keputusan itu membetuk persepsi bahawa mahkamah mahu mempertahankan maruah dan kedaulatan sultan berbanding dengan kedaulatan rakyat. Kalau mahkamah memutuskan kemenangan kepada Nizar, adakah bermakna tindakan sultan memilih Zambry tidak rasional?” soal Mahfuz.Beliau berkata persepsi rakyat juga melihat bahawa mahkamah telah merampas hak rakyat dan sesuatu kerajaan itu mestilah berdiri di atas mahkamah rakyat.

Ahmad: Mengapa 5- 0?
Bekas pesuruhjaya PAS Perak yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang pula mempersoalkan mengapa panel hakim hanya terdiri daripada lima panel penilai dan tidak tujuh.“Kenapa tidak tujuh? Keputusan ini memang sudah dijangkakan, tetapi takkanlah sampai 5-0, sekurang-kuranganya 4-1.“Bila sebula suara, kita lihat maca (hakim) pakat. Majoriti rakyat tidak dapat terima keputusan ini,” katanya.

Karpal: Biar rakyat tentukan
Bagi pengerusi DAP, Karpal Singh, keputusan mahkamah persekutuan itu masih boleh dirayu.“Kita sepatutnya kembali kepada rakyat, rakyat yang seharusnya membuat keputusan, bukannya mahkamah. Biarkan rakyat yang menentukannya,” kata beliau.Malaysiakini melaporkan.

Monday, February 8, 2010

Kampung Melayu Yang Akan Lenyap


RM4j bagi setiap pemilik tanah

KUALA LUMPUR - Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar."Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi tetapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam.

Friday, February 5, 2010

Lagak Pemimpin Melayu - Dulu Kutuk....kini...


Nik Aziz mahu Pas, UMNO berbincang

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Feb. - Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.
"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.
"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini."Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO."Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku."Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO."Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia."Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.
Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

Wednesday, February 3, 2010

Mangsa Ragut...kena tikam

GAMBAR menunjukkan pisau yang terpacak pada tengkuk Popova.

MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya baru-baru ini.

Popova bergelut dengan perompak itu yang meragut beg tangannya semasa mangsa dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di sini, Rusia.Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia terkejut sehingga tidak menyedari sebilah pisau tertusuk pada tengkuknya dan hampir mengenai tulang belakang mangsa.

Setibanya di rumah, ibu bapa Popova terkejut melihat anak mereka berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital manakala beberapa pakar bedah berjaya mengeluarkan pisau itu tanpa merosakkan tulang belakangnya. - Agensi

Nak Belajar Ke Nak Berpolitik...belum sampai masa lagi....

Penyokong Pro-M UM anjur perarakan aman esok
Abdul Rahim Sabri
Feb 4, 10
12:34pm
Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) akan mengadakan perarakan aman esok sebagai kesinambungan tidak puas hati mereka terhadap keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) minggu lalu.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, perarakan aman akan diadakan selepas solat Jumaat esok.

Beliau memberitahu Malaysiakini, mereka akan berarak dari Masjid al-Rahman menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) UM.

"Perarakan tersebut bagi menggambarkan rasa tidak puas hati mahasiswa terhadap demokrasi kampus yang dianggap mereka sudah mati," katanya.

Ketegasan Zulkefli Dikagumi..

Zulklifi: Saya akan letak jawatan hari ini
Rahmah Ghazali
Feb 3, 10
10:38am
Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.
Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur.

“Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.
Related Posts with Thumbnails