Wednesday, March 24, 2010

Lelaki Bijak Tak Perlu Wang.

Lelaki paling bijak dunia tolak hadiah AS$1 juta


ST PETERSBURG - Walaupun memenangi hadiah wang sebanyak AS$1 juta (RM3.3 juta) kerana menyelesaikan masalah matematik paling sukar sejak 100 tahun lalu, hadiah itu ditolak bulat-bulat oleh pakar matematik Rusia, Dr Grigory Perelman.Bukan sahaja hadiah, lelaki berkenaan turut menolak gelaran manusia paling bijak di dunia yang diberikan kepadanya."Saya tidak memerlukan hadiah. Apa yang saya miliki sudah mencukupi," kata Perelman berhubung tawaran oleh Institut Matematik Clay di Cambridge, Negeri Massachusetts iaitu sebuah institut berprestij dari Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.Dia yang berusia 44 tahun, diberikan hadiah itu kerana berjaya menyelesaikan masalah geometri sukar yang dinamakan Poincaré conjecture.Empat tahun lalu, setelah dia menghantar jawapan bagi masalah matematik itu di Internet, Perelman tidak hadir untuk menerima anugerah penghargaan daripada Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU) di Madrid.

Pakar matematik itu yang tidak lagi bekerja dengan institut Steklov kini tinggal berseorangan di sebuah flat kecil di sini yang kotor dan dipenuhi lipas."Saya tidak berminat dengan wang atau pun nama," kata lelaki itu.Seorang jirannya, Vera Petrovna berkata, dia terkejut melihat keadaan daif di flat Perelman."Lelaki itu cuma memiliki sebuah meja, kerusi dan katil dengan cadar kotor,"."Kami cuba menghapuskan lipas di blok kami tetapi semua serangga itu bersembunyi di flatnya," kata wanita tersebut.
Perelman mula menghantar jawapan untuk masalah matematik itu semasa bekerja sebagai penyelidik di Institut Matematik Steklov, di sini pada 2003. - Agensi

Sunday, March 21, 2010

Tay 1...cecah RM220000.

RM220,000 nilai plat TAY 1

Oleh MANIRAH OTHMAN

KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, harga bidaan itu mengatasi harga untuk nombor plat tertinggi sebelum ini iaitu TAN 1 yang bernilai RM200,090 dan TAX 1 sebanyak RM165,000.

"Sejumlah enam bidaan diterima untuk nombor tersebut sepanjang tempoh bidaan yang bermula dari 2 hingga 22 Februari lalu," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan di sini semalam.

Menurutnya, nama pembida yang berjaya akan diumumkan minggu hadapan.

Abdul Rahman memberitahu, bagi plat pendaftaran TAY, sebanyak 534 nombor dibida oleh 1,119 pembida dari seluruh negara dan harga paling tinggi yang diterima ialah bagi TAY 1 diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000.

Thursday, March 18, 2010

Punca Mengamuk...

Mengamuk lepas bertengkar
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KANGAR - Air ketum, arak, wanita dan disko mewarnai malam berhibur Mohammad Taufik Noorzan (gambar), 22, sebelum dia mengamuk dan ditembak mati oleh polis di Guar Sanji dekat Arau 14 November lalu.

Demikian keterangan saksi pertama, Mohd. Rashidi Abd. Rahman, 24, pada hari kedua prosiding inkues mengenai punca kematian peniaga tersebut.

Mohd. Rashidi turut berada bersama allahyarham semasa mereka sama-sama pergi berhibur di Alor Setar, Kedah sepanjang malam tersebut.

Ceritanya, pada malam itu, Mohammad Taufik begitu mabuk sehinggakan dia sendiri cedera di kepala dan tangan akibat dibelasah peniaga itu dengan menggunakan benda tumpul.

"Sebelum itu kami ada bertengkar selepas Mohammad Taufik tidak berpuas hati ditinggalkan oleh saya ketika berhibur di sebuah disko di Alor Setar.

Sunday, March 14, 2010

Musim Kenduri Kahwin...Kerbau Mengamuk.

Cedera diserang kerbau mengamuk
14/03/2010 7:04pm

KANGAR – Seorang petani, Osman Mat Ya, 70, parah selepas diserang oleh seekor kerbau jantan yang mengamuk di Kampung Alor Redis dekat sini hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 10 pagi ketika warga tua itu terserempak dengan haiwan itu, yang sedang bersembunyi dalam semak berhampiran rumahnya.

Lelaki itu yang parah pada bahagian rusuk kirinya akibat ditanduk oleh haiwan itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pemilik haiwan itu, Yusni Hat 35, berkata, kerbau itu sepatutnya disembelih awal hari ini bersama seekor lembu bagi tujuan kenduri di Kodiang, Kedah.

Bagaimanapun kerbau jantan itu mengamuk ketika menunggu masa untuk disembelih, menyebabkan ikatannya terputus dan berlari sejauh 20 kilometer dari Kodiang di Kedah ke Alor Redis di Perlis.

Selepas menanduk mangsa, haiwan itu dikatakan melarikan diri ke tengah sawah dan anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang membantu hampir menjadi mangsa serangan kerbau itu.

Bagaimanapun hasrat mengendurikan kerbau itu akhirnya tercapai juga apabila haiwan itu ditembak dengan bahan pelali oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum disembelih penduduk tempatan dan dijadikan hidangan. – Bernama

Wednesday, March 10, 2010

Keju Ciptaan Baru

Chef hidang keju daripada susu isterinya

NEW YORK - Seorang chef di sebuah restoran di kawasan perumahan Chelsea di sini, Daniel Angerer menghidangkan kepada pelanggan-pelanggan keju yang diperbuat dari susu badan isterinya, lapor akhbar New York Post semalam."Rasanya seperti keju susu lembu. Terasa sedikit manis," katanya."Perasa keju itu bergantung kepada bahan-bahan yang dihidangkan bersama dan apa yang dimakan oleh ibu tersebut," kata Angerer.Menurutnya, susu badan tidak menjadi dadih dengan baik kerana ia mengandungi kandungan rendah protein.Dia berkata, susu lembu perlu ditambah sedikit bagi melengkapkan teksturnya.

Katanya, selepas menyebarkan kisah mengenai usahanya menghasilkan keju susu badan manusia di Internet, beberapa pelanggan mula membuat tempahan untuk merasai keju berkenaan.Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah mencuba keju tersebut sangat positif walaupun ada pelanggan yang terasa geli untuk menjamahnya.
Pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan New York menyatakan mereka telah menasihati Angerer tidak berkongsi susu badan isterinya dengan orang lain kerana tidak ada peraturan yang menghalangnya untuk berbuat demikian.
"Pihak pengurusan restoran itu tahu bahawa keju diperbuat daripada susu payu dara bukan untuk kegunaan awam sama ada ia dijual atau diberikan," kata jurucakap jabatan tersebut. - Agensi

Saturday, March 6, 2010

Inilah Pemimpin yang ada pendirian..

Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi
06/03/2010 6:49pm

PETALING JAYA 6 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.

Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.

Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung. – Utusan

Friday, February 26, 2010

Budak Jadi Bola...sedih..

Tendang macam bola
Oleh Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Md Fuzi Lateh
am@hmetro.com.my
2010/02/27
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.
DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah dibelasah sehingga mati.
DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah dibelasah sehingga mati.
PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu.
PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu.
Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.
Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.
“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.
“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.
“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.
“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.
Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.
“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.
Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.
Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.
Related Posts with Thumbnails