Thursday, June 18, 2009

Perangai Syaitan


Hajah dicekup khalwat dengan suami orang

SERI MANJUNG: Seorang wanita bergelar hajah yang sudah berumahtangga ditahan bersama kekasihnya di sebuah hotel dekat Sitiawan, di sini, dalam satu serbuan dilakukan oleh anggota penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Manjung (PAIDM), Ahad lalu.

Bertindak atas maklumat orang awam, Ketua Penguat kuasa Agama Daerah Manjung, Hafez Rezal, bersama empat anggota menyerbu sebuah bilik di hotel itu kira-kira jam 3.50 pagi.

Hafez berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun dan pasangannya berusia 40 tahun dan selepas siasatan mendapati kedua-duanya berasal dari Sabak Bernam, Selangor tidak mempunyai sebarang ikatan sah.

“Sebaik tiba di bilik hotel berkenaan, kami dapati pintu bilik pasangan berkenaan berkunci sebelum kami memberi salam.





“Selepas beberapa minit, seorang lelaki yang hanya berkain pelikat tanpa memakai baju membuka pintu bilik berkenaan dan sebaik memperkenalkan diri, kami meminta izin daripadanya untuk melakukan pemeriksaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menemui seorang wanita yang hanya memakai kemeja-T serta berkain telekung di atas katil dan selepas disoal siasat, pasangan berkenaan mengaku beragama Islam dan tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.

Menurutnya, kedua-dua mereka sudah berumahtangga itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 59, Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 dan dibawa ke Balai Polis Sitiawan untuk tindakan selanjutnya sebelum dibebaskan dengan bon jaminan Penguat kuasa Agama.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung, Azizan Ismail, menasihatkan mereka yang sudah berusia dan mengerjakan haji untuk memberi contoh serta teladan kepada golongan muda.

Azizan berkata, tidak sewajarnya golongan yang sudah berusia melakukan kegiatan tidak bermoral kerana ia hanya menjatuhkan dam merendahkan martabat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails