Wednesday, September 2, 2009

Sedih sungguh....

Tragedi baju raya
Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my

GUA MUSANG: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mencuba pakaian baru dibeli bapanya sempena Aidilfitri yang bakal tiba, bertukar tragedi menyayat hati apabila dia mati ditikam bapa saudara sendiri di Kampung Melayu di sini, semalam.

Mohd Adam Azrai Rosman, sedang asyik menunjukkan baju raya sambil menonton televisyen bersama nenek saudaranya di ruang tamu rumah keluarganya sebelum ditikam secara tiba-tiba oleh bapa saudaranya berusia 22 tahun dengan sebilah pisau di rusuk kanan menyebabkan mangsa terus rebah dan menjerit kesakitan.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berlaku ketika mangsa yang terlalu gembira mencuba pakaian rayanya didatangi suspek yang muncul dari dapur lalu terus menikam kanak-kanak itu menyebabkan badannya berlumuran darah.

Lebih menyedihkan, kejadian itu disaksikan sendiri nenek saudara mangsa, Norasma Che Daud, 29, yang juga pengasuh kanak-kanak berkenaan sebelum memeluknya yang meraung kesakitan akibat ditikam.

Dalam keadaan cemas itu, Norasma terus memangku cucu saudaranya itu ke depan rumah sebelum meminta bantuan orang ramai yang kebetulan melalui berhampiran rumah untuk membawa kanak-kanak berkenaan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, ajal menjemput kanak-kanak tidak berdosa itu apabila disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

Menurut Norasma, dia sama sekali tidak menyangka anak saudaranya yang dipercayai penagih dadah, tergamak melakukan perbuatan kejam berkenaan kerana hubungan mereka berdua baik.

Katanya, ketika kejadian, suspek yang demam berada di dapur manakala bapa mangsa, Rosman Mohd Noor, 41, sedang tidur tidak jauh dari tempat kejadian kerana sakit mata.

“Memang saya tak menduga perkara ini berlaku. Ketika itu saya bergurau dengan Mohd Adam sambil menonton televisyen dan mengacah mahu mengambil baju rayanya.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila suspek tiba-tiba datang dan mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam rusuk kanan Mohd Adam menyebabkannya luka parah,” katanya ketika ditemui di HGM di sini, semalam.

Sebelum kejadian, Norasma berkata mangsa begitu gembira sambil menunjuk dan mencuba beberapa pakaian baru dibeli bapanya Jumaat lalu, seolah-olah tidak sabar menyambut 1 Syawal.

“Beberapa hari selepas baju raya itu dibeli ayahnya, Mohd Adam sentiasa dilihat menarik perhatian keluarga dan pakaian itu diletakkan tidak jauh darinya selain menangis sekiranya diusik.

“Malah, beberapa minit sebelum kejadian, bapa saudaranya masih terus bergurau dengannya untuk mengambil pakaian berkenaan menyebabkan mangsa menangis,” katanya sambil menambah suspek tidak lari selepas kejadian berkenaan.

Sementara itu, Rosman ketika ditemui berkata, kejadian itu disedarinya sebaik terdengar riuh rendah dari luar rumah.

“Sebelum kejadian saya menonton televisyen bersama Mohd Adam dan melihat dia bergurau bersama beberapa bapa saudaranya yang mengusiknya.

“Kebetulan mata saya terlalu mengantuk sebelum terlelap tidak jauh dari tempat itu selepas mendapatkan rawatan di klinik,” katanya.

Menurutnya, dia yang meluru ke depan rumah terkejut sebaik melihat anak lelakinya itu berlumuran darah sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan.

Katanya, ketika kejadian, isterinya, Yusnisuhaila Yusoff, 36, ada bersama dan tidak menyedari kejadian itu sehingga menyebabkan wanita terbabit pengsan di rumah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana mahu menunggu hasil siasatan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya menahan suspek berusia 22 tahun dipercayai penagih dadah di rumahnya, kira-kira dua jam selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Friday, August 28, 2009

Power Of India

Rahsia lelaki 14 isteri terbongkar

MUMBAI: Seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan berusia 40 tahun ditahan polis semalam kerana mempunyai 14 isteri.

Tushar Waghmare yang berasal dari Mumbai menipu semua isterinya dengan mendakwa dia sentiasa sibuk kerana tugas.

Tembelang kakitangan Air India itu yang menggunakan Internet untuk mengatur semua perkahwinannya terbongkar apabila seorang daripada isterinya bertembung dengan seorang lagi ketika meninggalkan rumah lelaki itu.

Lima daripada 14 wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis sementara sembilan lagi memilih untuk berdiam diri kerana malu.

Tushar mendakwa dia tidak boleh duduk serumah dengan setiap isterinya kerana tugasnya tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Dia sebaliknya menempatkan isterinya di merata negeri di seluruh India, dari Mumbai di selatan hingga ke Rajasthan di utara.

Dia mengaku kepada polis bahawa dia melayani setiap isterinya dengan adil tetapi menghadapi masalah kewangan kerana hanya berpendapatan RM4,600 sebulan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, R M Vhatkar, berkata, kerana tertarik dengan jawatannya, tidak seorangpun isteri atau ibu bapa mereka menyelidik latar belakang lelaki itu.

Laman web mencari jodoh semakin popular di India.

Tushar mendaftarkan diri dalam satu laman web itu dengan mengguna nama samaran dan menyatakan dia baru bercerai serta ingin mencari pengganti tanpa mengira balu atau janda.

Dia akan menghabiskan masa tiga hari dengan setiap isterinya sebelum meneruskan kegiatannya.

Sementara itu, Air India mengambil tindakan disiplin terhadap lelaki itu dengan memecatnya. - Agensi

Wednesday, August 26, 2009

Alfatihah....Dr Ismail Pakar Ekonomi Meninggal.

Pakar ekonomi meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail
disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira jam 8 pagi.

"Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian," katanya ketika dihubungi Bernama.Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech
Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah
mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah. -Bernama

Saturday, August 22, 2009

Tanda Orang Beriman Yang Membimbing Masyarakat Kearah Kebaikan.

Mayat harum selepas 26 tahun ditanam

KUBUR Kiai Abduulah di Tangerang, Jakarta.

JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.

Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu.

Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.

Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut.

“Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983.

“Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar.

GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah.

Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi.

Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi.

Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut.

Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan.

Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.

Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi

Wednesday, August 19, 2009

Jangan Kita Cuba Mempermainkan Hukum Agama.



Nik Aziz 'lebih daripada manusia biasa'

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan Musyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “lebih daripada manusia biasa” kerana boleh menentukan kelayakan seseorang untuk masuk syurga atau neraka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau juga “berbangga” dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu untuk mengetahui perkara sedemikian.

“Jadi dia satu orang yang cukup lebih daripada manusia biasa. Manusia biasa hanya bila mati boleh pergi syurga atau negara tetapi tidak akan dapat balik untuk cerita...kitapun tak tahu Nik Aziz akan ke syurga atau neraka, itu kita tidak boleh kata.

“Jadi saya berbangga dengan kebolehan Nik Aziz untuk menentukan siapa pergi syurga dan neraka. Sesiapa yang kenal baik beliau, pergilah tanya kepada beliau (sama ada akan ke syurga atau neraka),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dan iman.






Tuesday, August 11, 2009

Tempahlah Sekarang untuk keselesaan anda.


FC Bio Sanitary Pad

Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi.

FC Bio Sanitary Pad yang bermutu ini diperbuat daripada:

Bahan mentah yang berkualiti dan selamat
Tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya.100% Liputan Kapas.Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!

Fungsi dan Kelebihannya

Mencegah senggugut,Mengawal atur kitaran haid, Mencegah buasir, Membuangkan angin perut, Menghilangkan bau, Membuang darah beku di rahim, Mencegah keradangan dan membasmi kuman, Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj, menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim


Tuala Wanita Kapas Lembut Pantiliners (40 pads) - warna hijau.

Menyerap buangan dengan efektif, rasa bersih dan segar semasa. Perasaan selesa dan lembut semasa tempoh haid tidak aktif .

Tuala Wanita, Kegunaan Hari , Permukaan Kapas Lembut (20 pads) - warna biru

Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
Rekaan unik bagi mengelakkan kebocoran tepi lekok panjang, untuk penegahan kebocoran yang efektif, selamat dan dipercayai.

Tuala Wanita, Kegunaan Malam , Permukaan Kapas Lembut (20 pads) - warna unggu

Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
Pengawalan punggung yang lebih panjang dan luas, rekaan unik berbentuk kapas bahagian belakang dan tepi bagi pencegahan kebocoran lekuk panjang untuk pencengahan kebocoran yang efektif serta penyediaan secukupnya alas tutup, selamat dan dipercayai.

Berminat... sila hubungi 0199429967 untuk tempahan.

Mari Menjana Pendapatan


ONE DROP FERFUME FOR WOMEN

Ingin menjana pendapatan segera dan mudah serta untung runcit yang berbaloi marilah menjadi menjadi pengedar/penjual minyak wangi One Drop Perfumes dengan modal yang rendah mengikut kemampuan anda. Berminat sila hubungi/SMS 0179751825. Sesuai digunakan oleh orang Islam dan non muslim.
Related Posts with Thumbnails