Monday, September 21, 2009

Orang Batu Karang

ORANG CENKERANG

TIANZHUAN menunjukkan kaki dan tangannya yang ditumbuhi 'cangkerang' menyebabkan dia digelar sebagai 'lelaki terumbu karang'.

BEIJING - Seorang lelaki dikenali sebagai manusia terumbu karang, Lin Tianzhuan semakin pulih selepas mendapat rawatan khas dari sebuah klinik, lapor sebuah akhbar semalam. Sebelum ini, lelaki itu tidak dapat menggerakkan kaki dan tangannya menyebabkan dia berasakan dirinya akan menjadi seperti batu. Dia menghidap penyakit ganjil apabila tubuhnya ditumbuhi bintik-bintik besar seperti cangkerang. Tianzhuan yang berumur 38 tahun dari Shuimen, selatan China menyatakan sebahagian besar orang ramai akan menjerit apabila melihatnya. Lelaki itu kemudian dipinggirkan oleh rakan-rakan dan jirannya menyebabkan dia menyembunyikan diri di rumah keluarganya selepas mendapat penyakit tersebut.

Dia mula mengetahui tubuhnya ditumbuhi cangkerang itu di kaki dan tangannya semasa berumur 13 tahun. Tianzhuan berkata: "Cangkerang itu semakin membesar dan ia merebak ke seluruh tangan, kaki dan bahagian belakang tubuh saya termasuk di kepala. "Ia amat menakutkan. Cangkerang itu beransur-ansur menjadi tebal dan saya tidak boleh membengkokkan lengan dan kaki."
Namun, terima kasih kepada rawatan dan kejayaan pembedahan yang dilakukan oleh sekumpulan doktor di sebuah klinik kulit khas di sebuah hospital selama setahun. aib presiden hospital itu, Dr. Liu Yinghong berkata: "Dia memerlukan rawatan radioterapi tetapi dia menunjukkan pemulihan yang amat baik." - Agensi

Saturday, September 19, 2009

Jual tubuh demi baju baru 7 anak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.
Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.
Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan.Menurutnya, dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar. “Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.

“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun. Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai. “Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan. “Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya.
Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara.

“Walaupun mulanya, Ila (rakannya) memberitahu pekerjaannya sebagai GRO atau teman minum pengunjung kelab dangdut di Chow Kit, namun saya sebaliknya dibawa ke sebuah rumah tumpangan di Brickfields. “Di situ, saya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang juga ‘bapa ayam’ sebelum ditawarkan ‘kerja’ pelacur dengan pendapatan RM20 bagi setiap pelanggan. Lelaki itu menerima komisen RM20 bagi sewa bilik yang saya gunakan,” katanya. Menurutnya, walaupun pada mulanya dia ‘segan’ untuk menawarkan khidmat seks ‘pakej’, namun dia berubah fikiran apabila mendapati kerjaya barunya itu amat mudah dan tidak memenatkan.

“Sebelum bertolak ke ibu kota, tiga minggu lalu, saya menipu keluarga dan anak-anak kononnya ingin membantu rakan berniaga tudung sempena Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini. “Kerja saya bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 atau 11 malam. Dalam tempoh berkenaan saya memperoleh tidak kurang 10 pelanggan. Jika ditolak komisen, saya mengutip RM200 sehari,” katanya yang mendakwa turut ditemani lima rakan lain.
Katanya, dia diberikan kondom dan buku nota kecil oleh bapa ayam yang digunakan bagi menanda jumlah pelanggan diperoleh setiap hari sebelum pendapatannya itu dibayar serentak setiap hujung minggu.

“Setakat semalam, saya mengutip lebih RM5,400 dan separuh sudah saya kirimkan ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Aidilfitri. “Malah, saya menggunakan cuti Ahad lalu untuk membelikan baju Melayu, songkok dan baju kurung untuk tujuh anak saya,” katanya. Ditanya, sama ada dia sedar wang digunakan terbabit haram di sisi Islam, Mek memberi alasan dia tidak mempunyai pilihan lain apatah lagi dengan tahap pendidikannya yang rendah.

“Biar dosa ini ditanggung saya. Lagipun saya melakukan kerja ini hanya untuk sebulan sebelum kembali semula ke kampung di Pahang untuk menyambut hari raya bersama anak-anak. “Lebih penting, anak saya tidak berlapar dan mampu tersenyum dan memakai baju baru di pagi raya. Jika keadaan masih tidak berubah dan saya masih gagal mendapat kerja tetap selepas ini...ada kemungkinan saya akan kembali semula ke sini,” katanya tanpa rasa kesal pada riak wajahnya. Laporan Harian Metro (19.09.09)

Friday, September 18, 2009

KAD RAYA



KEPADA SEMUA DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA DAN BERHATI-HATI DIJALANRAYA.

Thursday, September 17, 2009

Suntikan Maut Gagal.

Banduan trauma hukuman mati gagal

COLUMBUS - Seorang banduan, Romell Broom mengalami trauma berikutan hukuman mati melalui suntikan maut gagal dilaksanakan walaupun pihak penjara di sini berusaha memasukkan jarum ke lengannya selama dua jam.

Peguamnya, Adele Shank berkata, usaha pihak berkuasa untuk mencuba sekali lagi pada minggu hadapan mungkin boleh membawa bencana."Prosedur hukuman mati itu tidak menjadi. Broom berjalan tanpa luka pada bahagian saluran darahnya," kata Shank.

Gabenor negeri Ohio, Ted Strickland membuat keputusan untuk menghentikan prodesur pada Selasa lalu dan menundanya selama seminggu. Shank berkata, pihaknya memohon Strickland untuk menimbangkan belas kasihan terhadap hukuman Broom.

Strickland bagaimanapun berkata, beliau akan mengkaji kejadian itu dan merujuk kepada para pegawai penjara untuk menentukan langkah berikutnya. Pasukan perubatan gagal mengekalkan pembukaan saluran darah berikutan penggunaan dadah lampau Broom.

Dia dijatuhi hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang gadis, Tryna Middleton, 14, selepas menculiknya di Cleveland pada September 1984. - AP

Monday, September 14, 2009

Sejadah Sembahyang...


Lihat sejadah berdiri 8 jam


Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim
@kosmo.com.my

PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.
Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.
Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.
Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

Sunday, September 13, 2009

Teruja sambut jenazah ibu daripada raya
Oleh IBRAHIM ISA

JOHOR BAHRU: Tiga beradik anak Mariam Johari yang meninggal dunia di Korea Selatan minggu lalu, lebih teruja menunggu ketibaan jenazah ibu mereka untuk disemadikan di kampung halaman berbanding menanti tarikh 1 Syawal.
Ini kerana harapan mereka untuk membawa pulang jenazah ibu yang terpisah sejak lebih 60 tahun itu kembali cerah apabila Kedutaan Malaysia di Korea Selatan dilaporkan berjaya menghalang jenazah Mariam daripada dibakar kelmarin untuk membolehkannya diterbangkan pulang ke Malaysia.
Jelani Sonni, 72, anak lelaki kandung tunggal Mariam, ketika dihubungi berkata, dia dan Ramlah, 74, dan Jamnah, 67, kini lebih menumpukan kepada persiapan menyambut kepulangan jenazah ibu mereka daripada membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Katanya, sejak mendapat tahu usaha membawa pulang jenazah ibunya menghadapi masalah dan tertangguh akibat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, dia sekeluarga melalui keadaan suram.

“Namun semalam (kelmarin) akhbar melaporkan jenazah ibu berjaya dihalang daripada dibakar dan disahkan akan dibawa pulang ke Malaysia. Berita itu menggembirakan kami.
“Kami kini lebih menumpukan persiapan untuk menyempurnakan jenazah ibu di Tanah Perkuburan Islam Kota Makam, di sini, berbanding membuat persiapan untuk menyambut hari raya,” katanya ketika dihubungi.
Jenazah Mariam, wanita Melayu yang terkandas di Korea Selatan selama 63 tahun dan meninggal dunia Ahad lalu, nyaris dibakar buat kali kedua kelmarin apabila pelbagai urusan membawa pulang disahkan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan, kira-kira sejam sebelum upacara pembakaran mayat dilakukan.
Berikutan itu, rombongan membawa jenazah wanita itu yang dalam perjalanan ke rumah pembakaran mayat membuat pusingan U dan kembali ke Hospital New Best, Seoul sebelum urusan mengawet mayat dilakukan untuk penerbangan ke Malaysia dijangka Rabu ini.
Kali pertama jenazah wanita itu nyaris dibakar Selasa lalu, apabila seorang selebriti tampil menanggung kos penghantaran pulang jenazahnya ke negara ini selepas wanita itu meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan orang tua di Seoul.
Jelani berkata, dia dimaklumkan ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu melahirkan kesudian mengeluarkan kos penghantaran jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Tinggi.

“Saya diberitahu oleh ahli keluarga, ada pihak sudi membantu kami membawa pulang jenazah ibu dari KLIA ke Kota Tinggi, tetapi sehingga kini saya belum dapat mengesahkan perkara ini kerana mereka belum menghubungi saya,” katanya.

Tuesday, September 8, 2009

Tindakan Yang Berani dan dicontohi.

Nekad rempuh motor peragut

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


AMPANG JAYA - Tindakan berani seorang lelaki merempuh sebuah motosikal yang dinaiki dua peragut berjaya menahan seorang daripadanya di Bandar Baru Ampang di sini semalam.

Irwan Shah Abd. Lajis (gambar), 29, berkata, kejadian pukul 8 pagi itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja di Sentul.

"Ketika membelok ke simpang kiri, saya terdengar bunyi orang menjerit dan nampak seorang lelaki telah memecah cermin kereta sebuah kereta Perodua Kelisa.

"Selepas memecah cermin kereta itu, kedua-dua lelaki tersebut beredar dan keadaan jalan raya ketika itu sesak,'' katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Irwan Shah, dia segera memasuki simpang kiri di hadapan dan sebaik sahaja melihat mereka, dia terus melanggar motosikal peragut terbabit.

Akibatnya, motosikal yang dinaiki bersama isterinya terbalik dan kedua-dua peragut itu terjatuh.
Related Posts with Thumbnails