Monday, September 21, 2009

Orang Batu Karang

ORANG CENKERANG

TIANZHUAN menunjukkan kaki dan tangannya yang ditumbuhi 'cangkerang' menyebabkan dia digelar sebagai 'lelaki terumbu karang'.

BEIJING - Seorang lelaki dikenali sebagai manusia terumbu karang, Lin Tianzhuan semakin pulih selepas mendapat rawatan khas dari sebuah klinik, lapor sebuah akhbar semalam. Sebelum ini, lelaki itu tidak dapat menggerakkan kaki dan tangannya menyebabkan dia berasakan dirinya akan menjadi seperti batu. Dia menghidap penyakit ganjil apabila tubuhnya ditumbuhi bintik-bintik besar seperti cangkerang. Tianzhuan yang berumur 38 tahun dari Shuimen, selatan China menyatakan sebahagian besar orang ramai akan menjerit apabila melihatnya. Lelaki itu kemudian dipinggirkan oleh rakan-rakan dan jirannya menyebabkan dia menyembunyikan diri di rumah keluarganya selepas mendapat penyakit tersebut.

Dia mula mengetahui tubuhnya ditumbuhi cangkerang itu di kaki dan tangannya semasa berumur 13 tahun. Tianzhuan berkata: "Cangkerang itu semakin membesar dan ia merebak ke seluruh tangan, kaki dan bahagian belakang tubuh saya termasuk di kepala. "Ia amat menakutkan. Cangkerang itu beransur-ansur menjadi tebal dan saya tidak boleh membengkokkan lengan dan kaki."
Namun, terima kasih kepada rawatan dan kejayaan pembedahan yang dilakukan oleh sekumpulan doktor di sebuah klinik kulit khas di sebuah hospital selama setahun. aib presiden hospital itu, Dr. Liu Yinghong berkata: "Dia memerlukan rawatan radioterapi tetapi dia menunjukkan pemulihan yang amat baik." - Agensi

1 comment:

Related Posts with Thumbnails