Friday, May 21, 2010

Bangkok Aman

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam menyatakan ketenteraman telah dipulihkan di Bangkok dan beberapa wilayah lain selepas kekacauan berlaku akibat tindakan penunjuk perasaan antikerajaan yang terkenal dengan panggilan Baju Merah berlaku pada Rabu lalu.

Beliau turut menegaskan akan meneruskan pelan perdamaian dengan penunjuk perasaan antikerajaan itu.

Menurutnya, satu siasatan bebas berhubung semua kejadian yang berlaku semasa protes tersebut berlaku akan dilakukan sejajar dengan pelan perdamaian dengan kumpulan Baju Merah.

Abhisit berkata demikian semasa menyampaikan ucapan menerusi televisyen. Sekurang-kurangnya 83 orang terbunuh dalam pertempuran politik yang berlaku ekoran pertempuran antara anggota-anggota tentera dengan penunjuk perasaan antikerajaan yang berlaku selama dua bulan.

Krisis politik berakhir pada Rabu lalu selepas anggota-anggota tentera menggempur kem yang didirikan oleh penunjuk perasaan di Bangkok.

Penunjuk perasaan yang kebanyakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan junta tentera pada 2006 menuntut Abhisit meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan dengan segera sebagai syarat untuk menghentikan protes jalanan secara besar-besaran. - Agensi

Tuesday, May 18, 2010

Gula mahal di Golok


Beli gula di Golok walaupun mahal
Oleh ZAID MOHD. NOOR dan SAMSUL BAHARI MOHAMAD
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my

SEORANG peniaga runcit di pekan Golok, Thailand menunjukkan gula keluaran Malaysia yang dijual di kedainya semalam.

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) - Bekalan gula yang kembali bermasalah di negeri-negeri pantai timur Semenanjung mendorong penduduk Rantau Panjang, Kelantan menyeberangi Sungai Golok dengan perahu untuk membeli dan menyeludup bahan tersebut di sini hampir setiap hari.

Ini kerana gula di sini boleh dibeli dan diseludup dengan begitu mudah serta dalam jumlah yang banyak pula berbanding di Malaysia, mereka disyaratkan membeli tidak melebihi sepeket sekilogram setiap hari.

Mereka juga tidak menjadikan faktor harga gula di negara jiran yang jauh lebih mahal iaitu RM2.50 hingga RM2.80 sekilogram berbanding di Malaysia RM1.65 sekilogram sebagai satu masalah.

Pengorbanan Ibu

Ibu sanggup mati demi anak

SI ibu cuba menyelamatkan anak lelakinya (dalam bulatan).

POSITANO, Itali - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Shelley Anne Duncan, 48, sanggup mati demi memastikan anak lelakinya, Shane yang berumur 12 tahun selamat selepas mereka dihanyutkan ombak besar di tepi pantai di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman detik-detik cemas itu disiarkan oleh beberapa laman web Itali setelah seorang lelaki Brazil merakamkan insiden tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.

Selepas dihanyutkan ombak besar, si ibu menolak anaknya ke arah beberapa nelayan tempatan yang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan mereka.

Namun, si ibu ditolak jauh oleh ombak besar.

Si ibu itu kemudian berjaya diselamatkan oleh pejalan kaki di tepi pantai dengan menariknya ke pantai tetapi dia kemudian meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak lelakinya dirawat di sebuah hospital kerana diselubungi perasaan terkejut sebelum dia dibenarkan keluar. - Agensi

Friday, May 7, 2010

Kereta mayat


Bekas penggali kubur cipta keranda jadi kereta

ESSEX – Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter, lapor akhbar Daily Mail semalamBissett, 62, membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan.
“Ia mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j,” katanya.Menurut warga emas itu, beberapa bahagian lain kenderaan itu termasuk cesi diambil dari sebuah trak Volkswagen, kereta buggy dan sebuah kereta Ford lama.Kereta unik milik Bissett boleh digunakan di jalan raya kerana dia telah membayar premium insurans dan mendaftarkan kenderaannya dengan pihak berkuasa.

“Kali pertama saya memandunya di jalan raya, seorang pemandu hampir terbabas ke dalam sebuah parit kerana terkejut manakala pemandu lain sibuk merakamkan gambar kereta saya,” katanya.Bissett yang kini bekerja sebagai pelukis tatu menambah, dia mendapat idea membina kereta itu sewaktu melayari Internet dalam keadaan mabuk.“Ia seperti kereta dalam filem seram kelakar, Adams Family dan ramai orang menganggapnya kelakar tetapi isteri saya pula bencikan kenderaan tersebut,” katanya.– Agensi

Monday, May 3, 2010

Lagi Ugutan Bunuh

Lelaki terlibat kes ugutan bunuh Nik Aziz ditahan
03/05/2010 6:27pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas oleh sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam."Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lepas, Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu.Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ”Nik Aziz”.Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Friday, April 30, 2010

Bahtera nabi Noh Ditemui Di Turki.


GAMBAR fail menunjukkan rak kayu yang didakwa sebahagian daripada bahtera Nabi Nuh yang ditemui di dalam lereng Gunung Ararat, Turki.
Turki arah kayu bahtera Nabi Nuh dibawa keluar disiasat
ANKARA - Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengetahui bagaimana serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh berjaya dibawa keluar dari negara itu ke China, lapor media semalam.
"Bagaimanakah objek-objek itu boleh berada di sana (China)?," kata Ertugrul.
Kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Milliyet semalam.

Satu ekspedisi dari China dilaporkan telah mempamerkan serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh pada satu sidang media pada awal minggu ini di Hong Kong.
Kumpulan ekspedisi yang mengandungi 15 anggota tersebut mendakwa serpihan itu ditemui di dalam lereng Gunung Ararat pada ketinggian 4,000 meter di timur Turki.Pada sidang akhbar yang diadakan pada awal minggu ini, salah seorang anggota ekspedisi itu yang merupakan seorang pembikin filem dokumentari, Yeung Wing-cheung berkata pihaknya 99.99 peratus yakin telah menemui bahtera Nabi Nuh.Kumpulan ekspedisi berkenaan mendakwa telah menemui spesimen kayu dan ujian penentuan tarikh karbon mendapati serpihan kayu yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun iaitu tarikh yang dianggap berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.
Menurut kitab Injil, banjir besar itu berlaku selepas banyak kejahatan berlaku di bumi menyebabkan Nabi Nuh diminta membina bahtera dan membawa bersamanya sepasang haiwan daripada setiap spesies.Ertugrul berkata, siasatan itu juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kehadiran seorang pegawai Turki pada sidang akhbar penemuan bahtera Nabi Nuh di Hong Kong. Pegawai itu hadir tanpa kebenaran daripada pemerintah Turki.Namun, menteri tersebut menegaskan, beliau menyokong penemuan bahtera Nabi Nuh itu di Turki dengan memujinya sebagai satu bonus untuk sektor pelancongan. - AFP

Mati Seorang Samseng


KERANDA bersadur emas yang mengandungi mayat Carl Williams diusung keluar dari sebuah gereja di Melbourne semalam.
Keranda emas untuk mayat samseng

MELBOURNE - Mayat seorang samseng terkenal Australia, Carl Williams yang mati dibelasah oleh seorang banduan lain di sebuah penjara pada 19 April lalu diletakkan di dalam sebuah keranda bersalut emas dan dikebumikan di sini semalam.Mendiang yang juga pengedar dadah terlibat dalam satu siri kejadian pembunuhan kejam dengan mengarahkan pembunuhan beberapa samseng lain pada 1990-an di Melbourne sebelum pihak berkuasa menangkapnya pada 2007 dan dihukum penjara selama 35 tahun.Kisah hidupnya itu pernah disiarkan dalam siri drama televisyen popular, Underbelly.

Dia mati diserang oleh seorang banduan di Penjara Barwon di sini dengan satu peralatan senaman manakala pengebumiannya dikawal ketat oleh anggota-anggota pihak berkuasa.Keranda Williams yang bersadur emas itu bernilai A$30,000 (RM89,025).
Keranda emas itu mirip penyanyi terkenal, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles.Bekas isteri Williams, Roberta dan anak perempuan mereka, Dhakota serta Judy Moran, balu seorang musuh mendiang turut hadir pada upacara pengebumian samseng itu di sebuah gereja. - Agensi
Related Posts with Thumbnails