Monday, June 21, 2010

Basikal Fesyen Baru


Bekas jurutera cipta basikal gergasi

WOUTER VAN DE BOSCH mengayuh basikal ciptaannya di Arnhem, Belanda baru-baru ini.

ARNHEM - Seorang pelajar jurusan seni di Belanda, Wouter van den Bosch mencipta sebuah basikal gergasi seberat 450 kilogram dengan menggunakan peralatan yang didermakan oleh rakan-rakannya selain sebuah syarikat traktor, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berusia 39 tahun dari sini yang juga seorang bekas jurutera mekanikal menjadi sensasi di laman YouTube selepas klip video dia mengayuh basikalnya ditonton lebih 600,000 kali dalam tempoh dua minggu.

Dia mengambil masa tiga bulan untuk menjadikan basikal raksaksa itu bergerak di atas jalan raya dengan menggunakan besi, beberapa tiub, rangka basikal dan sebuah tayar traktor.

Bosch yang memiliki hobi melakukan pengubahsuaian ekstrem pada kenderaan sejak beberapa tahun lalu, mencipta basikal tersebut sebagai projek seni pada tahun akhir pengajiannya.- Agensi

Geng Lombok kena Ditangkap.

Polis tumpas 'Geng Lombok' samun mangsa guna tangkal
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Sekumpulan lapan penjenayah warga Indonesia bergelar 'Geng Lombok' yang menggunakan tangkal kain buruk untuk tujuan pukau bertemu buku dengan ruas apabila kesemua mereka ditangkap polis di Jalan Belading dan Jalan Hospital, Tangkak dekat sini pada Sabtu lalu.

Daripada jumlah itu, dua merupakan wanita dan kese mua mereka tidak teragak-agak 'mengerjakan' mangsa cukup-cukup sekiranya ilmu pukau dari tangkal yang dipakai di pinggang itu tidak menjadi.

Antara keganasan yang pernah dilakukan termasuk mengelar leher, menghentak kepala dengan hulu parang dan merodok perut mangsa dengan senjata tajam.

Tuesday, June 8, 2010

Ramalan Juara World Cup 2010

Sepanyol pilihan juara dunia


LONDON - Sepanyol dipilih sebagai pasukan yang akan menjadi juara pada pusi- ngan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.Dalam satu tinjauan yang dilakukan ke atas penganalisis bola sepak semalam, juara Eropah itu menewaskan juara lima kali, Brazil.
Berdasarkan tinjauan itu, 24 responden memilih Sepanyol akan menebus kekece- waan pada kempen tahun ini dan akan menjulang Piala Dunia buat kali pertama.Manakala 23 responden lagi memilih Brazil yang bakal memenangi trofi keenam mereka.
Begitupun, sejarah membuktikan bahawa tinjauan seperti ini tidak pernah tepat pada kejoha- nan Piala Dunia.Pada tinjauan Piala Dunia 2006, keba- nyakan responden memilih Argentina yang akan muncul juara edisi tersebut manakala lapan daripada 96 responden meneka dengan tepat bahawa Itali bakal memenanginya.Namun pada tinjauan terbaru ini, hanya seorang responden meramalkan skuad The Azzurri itu akan memperta- hankan kejuaraan mereka di Afrika Sela- tan tahun ini dan Argentina pula di tempat ketiga di belakang Sepanyol dan Brazil.
"Saya pilih Sepanyol kerana mereka bukan saja memiliki pemain yang berbakat, namun juga mampu bangkit menebus kekecewaan lampau mereka dalam kempen ini," kata Jean-Francois Mercier, salah seorang responden."Brazil adalah ancaman utama pasu- kan lain, namun adakah mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapinya sepanjang kempen ini?"Juara Amerika Selatan, Brazil kini berada pada ranking pertama dunia manakala juara Eropah, Sepanyol di tempat kedua.Sebanyak 58 daripada 68 responden pula meramalkan sekurang-kurangnya satu pasukan dari Afrika akan layak ke suku akhir, pencapaian yang hanya pernah dilakukan oleh Senegal (2002) dan Cameroon pada 1990. - Reuter

Saturday, June 5, 2010

Sepandai tupai Melompat...


Misteri benang terbongkar

Oleh NOR SHAFAWATI
shafawati.yup@kosmo.com.my
ABDUL JALIL menunjukkan sebahagian gelung benang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.
AMPANG JAYA - Sebut 'nak beli benang' terus dapat dadah.Itulah taktik terbaru sekumpulan tiga lelaki Aceh yang menjadikan gelung benang sebagai alat untuk mengedar syabu sejak enam bulan lalu.Menjadikan penagih tempatan sebagai pelanggan utama dan penagih senegara mereka sebagai pelanggan sampingan, mereka dipercayai telah mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit hasil penjualan bahan khayal tersebut.
'Pejabat' mereka pula merupakan sebuah kedai runcit dan sebuah rumah di Taman Keramat Permai, Hulu Klang. Oleh itu, mereka dapat mengaburi mata pihak berkuasa.
Lebih licik, pelanggan tetap mereka pula perlu menyebut kata laluan 'hendak beli benang' sekiranya mahu mendapatkan bekalan.Bagaimanapun, taktik itu terbongkar akhirnya apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menyerbu 'pejabat' mereka pada pukul 12.30 malam kelmarin.
Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 45 paket syabu seberat 5.5 gram bernilai RM3,000 daripada suspek-suspek berusia di antara 22 dan 45 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan awal mendapati, suspek menyelitkan syabu seberat di antara 0.5 dan 1 gram di dalam penyedut minuman yang dipotong berharga di antara RM50 dan RM100 sebelum disembunyikan di dalam segelung benang kecil.

Friday, June 4, 2010

jenayah rumahtangga

Sebulan nikah sudah derita
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/06/04
KUALA LUMPUR: Baru sebulan mendirikan rumah tangga, namun seorang wanita tidak sedikit pun merasai kemanisan alam bersuami isteri, malah sebaliknya didera secara fizikal dan mental oleh suaminya hampir setiap hari.Justeru kehidupan wanita berusia 34 tahun itu umpama dalam neraka apabila diperlakukan seperti haiwan termasuk dipukul, diterajang dan dimaki-hamun, biarpun kesalahan dilakukannya kecil.Antara penyeksaan sadis terpaksa ditempuh pengantin baru itu dipaksa menjamah ikan mentah diletakkan atas kain telekung ketika dia mahu menunaikan solat oleh suaminya yang kejam.Tidak cukup dengan itu, mangsa ditendang hingga terguling, ditarik rambut selain dipukul dengan kayu sehingga jatuh pengsan di dalam bilik air.
Selain penderaan fizikal, mangsa turut diseksa secara mental apabila dia dipanggil pelbagai gelaran keji termasuk penghinaan melampau terhadap keluarganya oleh lelaki terbabit yang dikatakan panas baran.Menurut sumber, kemuncak penderaan terhadap wanita berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, Sabtu minggu lalu ketika mangsa dan suaminya berada di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang.
“Ketika itu, mangsa di panggil suaminya yang berada di dapur sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menarik rambut wanita berkenaan tanpa sebarang sebab.“Selain menarik rambut, suaminya menampar pipi wanita berkenaan walaupun mangsa berulang kali merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian,” katanya.
Menurutnya, selepas puas merayu, wanita terbabit dilepaskan, namun ketika dia mahu mengerjakan solat Zuhur, suaminya sekali lagi bertindak kejam dan melampaui batas kemanusiaan apabila menarik mangsa sehingga terjatuh.“Lelaki itu merampas kain telekung mangsa sebelum dia mengambil ikan yang masih mentah dan meletakkannya di atas kain terbabit.
“Suaminya memaksa mangsa menjamah ikan mentah terbabit, namun wanita berkenaan enggan bernuat demikian. Lelaki itu mula berang sebelum dia mengambil kerusi dan mengugut mencederakan isterinya itu,” katanya

Sunday, May 30, 2010

Pencuri Terperangkap.

Perompak tersangkut di bumbung rumah

HEATON, Britain - Salah seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk sebuah rumah di sini terpaksa diselamatkan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan apabila dia tersangkut di atas bumbung rumah yang dimasukinya itu.

Remaja yang berpakaian hitam itu cuba melarikan diri melalui bumbung rumah selepas kehadiran mereka dikesan oleh pemilik rumah tersebut, Damiano Rea, 31, yang baru pulang.

Pemilik rumah itu mendapati pintu depan rumahnya terbuka manakala kelibat perompak itu berada di ruang tamu menyebabkan dia kemudian mengejar mereka yang melarikan diri ke atas bumbung.

Namun, salah seorang perompak itu terpaksa diselamatkan oleh anggota-anggota bomba dengan menggunakan sebuah tangga bertingkat setelah dia tersangkut di atas bumbung, baru-baru ini.

Dua lagi rakannya berjaya melarikan diri dengan terjun dari bumbung berkenaan.

Seorang pegawai polis, Kev Benson berkata, pihak polis menerima satu panggilan telefon dari seorang pemilik rumah pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan yang mengatakan terdapat seseorang yang berada di atas bumbung rumah.

"Kami tiba di tempat kejadian bersama skuad polis helikopter dan mendapati seorang remaja berada di atas bumbung rumah itu.

"Dengan bantuan pasukan bomba, remaja tersebut dibawa turun dan diselamatkan pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan dan dia ditangkap kerana disyaki merompak," katanya.

Remaja berusia 14 tahun itu ditangkap kerana mencuri dan akan didakwa di mahkamah bulan depan. - Agensi

Friday, May 21, 2010

Bangkok Aman

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam menyatakan ketenteraman telah dipulihkan di Bangkok dan beberapa wilayah lain selepas kekacauan berlaku akibat tindakan penunjuk perasaan antikerajaan yang terkenal dengan panggilan Baju Merah berlaku pada Rabu lalu.

Beliau turut menegaskan akan meneruskan pelan perdamaian dengan penunjuk perasaan antikerajaan itu.

Menurutnya, satu siasatan bebas berhubung semua kejadian yang berlaku semasa protes tersebut berlaku akan dilakukan sejajar dengan pelan perdamaian dengan kumpulan Baju Merah.

Abhisit berkata demikian semasa menyampaikan ucapan menerusi televisyen. Sekurang-kurangnya 83 orang terbunuh dalam pertempuran politik yang berlaku ekoran pertempuran antara anggota-anggota tentera dengan penunjuk perasaan antikerajaan yang berlaku selama dua bulan.

Krisis politik berakhir pada Rabu lalu selepas anggota-anggota tentera menggempur kem yang didirikan oleh penunjuk perasaan di Bangkok.

Penunjuk perasaan yang kebanyakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan junta tentera pada 2006 menuntut Abhisit meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan dengan segera sebagai syarat untuk menghentikan protes jalanan secara besar-besaran. - Agensi
Related Posts with Thumbnails