Monday, June 15, 2009

LAGAK PEMIMPIN KITA



Nizar kecoh di hari pertama

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

TIDAK sampai satu minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menunjukkan ‘belang’ dan ‘kerenahnya’ melakukan perkara tidak berhemah di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam.

Sesi penghormatan yang sepatutnya diterima Ahli Parlimen Bukit Gantang itu daripada Pandikar Amin dan ahli Dewan Rakyat lain, sebaik selesai sesi itu bertukar kelam-kabut, apabila Nizar melaungkan ‘hidup... hidup... hidup rakyat... bubar... bubar... bubar DUN (Dewan Undangan Negeri) Perak’.

Bukan itu saja, tanpa mempedulikan peraturan Dewan, Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu, turut memakai lilitan di kepala dan lengan yang tertera perkataan ‘Bubar DUN’.

Tindakan itu mengejutkan Pandikar, namun tidak bagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) malah menjadi ‘aset’ kepada mereka untuk menunjukkan kerenah kebudak-budakan mereka sehingga menimbulkan suasana kecoh dan bising dalam Dewan.

Pandikar Amin dengan tegas mengarahkan Mohammad Nizar dan Ahli Parlimen PR lain menanggalkan lilitan di kepala dan lengan mereka, namun tidak diendahkan.

Kesabaran Yang Dipertua Dewan Rakyat mencapai hadnya apabila beliau mengarahkan bekas Menteri Besar Perak itu dan enam Ahli Parlimen pembangkang, meninggalkan Dewan sebelum semua mereka digantung dua hari daripada menghadiri sidang itu.

Kerenah Mohammad Nizar yang tidak disangkakan itu boleh dikatakan satu sejarah, apabila kata-kata penghormatan yang sepatutnya diterima Mohamad Nizar sebagai ‘orang baru’ daripada Pandikar Amin, bertukar kepada tindakan penggantungan.

Sementara itu, Pandikar Amin ketika ditemui media berkata, semua pihak termasuk wakil rakyat pembangkang harus menghormati peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.




MySpace Layouts
MySpaceLayouts


1 comment:

  1. Gua nak ajak lu mkn kenduri kt blog gua.Ada ulam ulam kampung
    Follow terus pun xpa lagi bagus.

    Blog gua dah tak seimbang.Gua tgk budak2 ramai dah berat ke belah punk.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails