Thursday, January 21, 2010

Ini Kes Lebih iImu Agama

PELAJAR AGAMA KHALWAT
DI HOTEL inilah tempat sepasang kekasih dari sebuah kolej agama di Selangor ditahan berkhalwat Isnin lalu.

SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu.Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ.

Wednesday, January 20, 2010

Cincin Membawa Padah



9 jam cabut cincin
Oleh Zulkifle Che Abdullah
am@hmetro.com.my
2010/01/20
KOTA BHARU: Seorang pelajar politeknik berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa diusung ke hospital selepas cincin besi pemberian rakannya sebagai tanda persahabatan gagal ditanggalkan menyebabkan jari kelengkengnya membengkak hingga terpaksa mendapatkan khidmat sepasukan anggota bomba untuk membantu mengeluarkan perhiasan itu.Bagaimanapun, usaha petugas HUSM mengeluarkan cincin dipakai Pelajar Politeknik Kota Bharu itu menemui kegagalan sebelum sepasukan anggota bomba dipanggil bagi membantu.Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bergegas ke hospital terbabit sejurus mendapat panggilan kecemasan jam 12.45 tengah malam.Tiga percubaan anggota bomba termasuk menggunakan alat khas pemotong cincin dan pemotong besi kecil gagal manakala alat pemotong besi besar turut patah pada percubaan terakhir.Selepas tujuh jam bertungkus lumus, mangsa akhirnya terpaksa dibedah kira-kira jam 3 petang semalam.

Pembedahan dilakukan pakar bedah HUSM pada jari kelingking mangsa berjaya mengeluarkan cincin berkenaan dua jam kemudian. Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Muhaimin, berkata, dia tidak menyangka cincin pemberian seorang rakannya tiga hari lalu mengundang bahaya apabila gagal dikeluarkan dari jari kelengkeng.“Mulanya memang tidak terasa sakit dan ketika disarungkan tiga hari lalu, cincin itu mudah ditanggalkan.“Namun kelmarin, cincin itu tidak boleh ditanggalkan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dan jari kelengkeng terasa begitu sakit,” katanya.Pegawai Bomba Kanan, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdul Aziz Sulong berkata, pihaknya membawa bersama beberapa peralatan khas untuk memotong cincin terbabit, namun buatannya yang agak keras dan licin menyukarkan alat pemotong digunakan.

Monday, January 18, 2010

Siapa Yang Mulakan Isu Ini - siri 2

Murphy Pakiam perlu pikul tanggungjawab
2010/01/19
Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Bukan kerajaan yang bawa isu ini ke mahkamah dan hendak selesaikan (isu itu) di luar pun bukan kita, tapi orang yang bertanggungjawab bawa (isu),” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai cadangan menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam, di luar mahkamah bagi mengelak ia menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah membangkitkan isu berkenaan hingga mencetus kemarahan umat Islam, malah tidak juga campur tangan terhadap sebarang keputusan mahkamah berhubung perkara berkenaan.
“Kerajaan tak pernah campur tangan lebih-lebih lagi keputusan mahkamah, kecuali Tan Sri Murphy Pakiam (Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur) yang minta supaya semakan kehakiman dibuat untuk gunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.
“Oleh kerana perkara ini sudah di bawa ke mahkamah, jadi kita kena selesaikan semuanya mengikut prosedur di mahkamah juga sebab kerajaan hormati sistem....itu yang kita buat.“Kalau nak selesaikan di luar mahkamah, orangnya (yang bertanggungjawab) adalah Tan Sri Murphy Pakiam...dia yang bawa isu ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam, di Hentian Puduraya, di sini semalam.Mohamed Nazri menjelaskan sebarang kes berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh penganut selain Islam hanya boleh dibicarakan di Mahkamah.Beliau turut berkata, selepas ini terpulang kepada kerajaan negeri untuk memutuskan tindakan ke atas bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah berikutan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri masing-masing.

Sunday, January 17, 2010

Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

'Ada pemimpin Melayu tak cinta bangsa sendiri'
Jan 18, 10 8:45am - malaysia kini.
Gabungan Penulis Nasional (Gapena) melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri.

Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri.

"Sebagai contoh, ada pemimpin Melayu yang bersikap anti sastera Melayu," katanya semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri Perlis di Kangar semalam, lapor Bernama.

Komen: saya bangga menjadi anak Tanah Melayu yang mana tanah tumpah darah nenek moang kita sejak berkurun-kurun lamanya...kita kena belajar dari kesilapan orang dulu-dulu untuk memperbaiki keturunan Melayu yang akan datang. Hidup Melayu.

Selain itu, beliau berharap bangsa Melayu terus dimartabatkan sewajarnya dalam gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, Gapena telah mengadakan hubungan dengan hampir semua kelompok Melayu di seluruh dunia dan ini menunjukkan kaum Melayu begitu besar dan bangsa itu perlu dimartabatkan.

Seminar anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Gapena dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) itu dihadiri kira-kira 100 peserta daripada pelbagai pertubuhan budaya dan sastera di Perlis.

Komen : Aku bangga menjadi anak Tanah Melayu di bumi pusaka ini yang diwarisi turun temurun sejak sekian lamanya sebelum kedatangan penjajah. Jadilah anak melayu yang kenal asal-asulnya.Hidup Melayu.

Thursday, January 14, 2010

Tunangan Bini Orang

Tunangku isteri orang
Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad, Nor Husaini Nor Majid dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
anyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.
“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.
“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.
“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.
Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.
“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.
Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

Mamat Exist Terlampau

Mamat Exist mengaku curi
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat dijatuhi hukuman denda RM2,400 (S$1,000) di sebuah mahkamah Singapura, semalam selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan milik seorang pelakon Singapura, November lalu.Menurut laporan media online, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Oh Ibu’ itu mengaku bersalah mencuri telefon bimbit RM1,392 (S$580) dan seutas jam daripada Noor Shazeel Sazali, 24.Berdasarkan pertuduhan, Mamat, 31, didakwa melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 dan jam tangan Levi’s dari rumah Noor Shazeel di Bishan, Singapura pada 11 November lalu.Ketika prosiding, mahkamah diberitahu Noor Shazeel meletakkan telefon bimbitnya di atas meja makan sebelum tidur pada jam 2 petang, hari kejadian.Bagaimanapun, telefon itu hilang sebaik mangsa bangun lima jam kemudian.Mamat bagaimanapun dicekup di Lorong 24, Geylang pada 18 November lalu selepas laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat Noor Shazeel.
Terdahulu, dalam prosiding kes sama pada 7 Januari lalu, Mamat memohon Mahkamah Rendah menunda kesnya dengan alasan sedang meminta bantuan pegawai penyiasat untuk menukar pertuduhan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 379, kanun sama.Selain kes curi telefon bimbit Noor Shazeel, penyanyi itu turut didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung bernilai RM672 (S$280), milik Suhailmi Ruslan atau dikenali sebagai Amy Kecik dari rumahnya di Tampines, pada 14 November 2009.

Tuesday, January 12, 2010

Ikut Hati Mati....jangan keruhkan suasana.

Editor Herald: Kami tidak tarik balik guna kalimah Allah
S Pathmawathy
Jan 12, 10
8:30pm
Mingguan Katholik, Herald, tidak menarik balik penggunaan perkataan Allah dalam penerbitannya tetapi hanya menangguhkan penggunaannya sehingga selesai prosiding mahkamah, kata editornya, Father Lawrence Andrew.Beliau memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta menjelaskan laporan dalam Berita Harian hari ini di bawah tajuk Majalah Herald setuju henti guna kalimah dan tajuk kecilnya berbunyi Penerbit sedar tanggungjawab jaga keamanan negara."Apa yang saya cakap telah diputarbelit... apa yang saya cakap bukan sesuatu yang baru, keputusan dibuat apabila AG (Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail) memfailkan permohonan menangguh pelaksanaan (keputusan mahkamah membenarkan perkataan Allah diguna dalam Herald)," kata Andrew.

Katanya, mingguan tersebut menghormati perintah penangguhan tersebut kepada kementerian dalam negeri (KDN), sementara menunggu rayuan.Herald yang dicetak dalam empat bahasa - Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil - telah menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan kepada 'God' dalam bahagian Bahasa Malaysianya.Perkara itu dibawa ke mahkamah selepas KDN melarang akhbar tersebut berbuat demikian.Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.
Related Posts with Thumbnails