Thursday, January 14, 2010

Mamat Exist Terlampau

Mamat Exist mengaku curi
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat dijatuhi hukuman denda RM2,400 (S$1,000) di sebuah mahkamah Singapura, semalam selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan milik seorang pelakon Singapura, November lalu.Menurut laporan media online, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Oh Ibu’ itu mengaku bersalah mencuri telefon bimbit RM1,392 (S$580) dan seutas jam daripada Noor Shazeel Sazali, 24.Berdasarkan pertuduhan, Mamat, 31, didakwa melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 dan jam tangan Levi’s dari rumah Noor Shazeel di Bishan, Singapura pada 11 November lalu.Ketika prosiding, mahkamah diberitahu Noor Shazeel meletakkan telefon bimbitnya di atas meja makan sebelum tidur pada jam 2 petang, hari kejadian.Bagaimanapun, telefon itu hilang sebaik mangsa bangun lima jam kemudian.Mamat bagaimanapun dicekup di Lorong 24, Geylang pada 18 November lalu selepas laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat Noor Shazeel.
Terdahulu, dalam prosiding kes sama pada 7 Januari lalu, Mamat memohon Mahkamah Rendah menunda kesnya dengan alasan sedang meminta bantuan pegawai penyiasat untuk menukar pertuduhan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 379, kanun sama.Selain kes curi telefon bimbit Noor Shazeel, penyanyi itu turut didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung bernilai RM672 (S$280), milik Suhailmi Ruslan atau dikenali sebagai Amy Kecik dari rumahnya di Tampines, pada 14 November 2009.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails