Monday, January 18, 2010

Siapa Yang Mulakan Isu Ini - siri 2

Murphy Pakiam perlu pikul tanggungjawab
2010/01/19
Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Bukan kerajaan yang bawa isu ini ke mahkamah dan hendak selesaikan (isu itu) di luar pun bukan kita, tapi orang yang bertanggungjawab bawa (isu),” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai cadangan menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam, di luar mahkamah bagi mengelak ia menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah membangkitkan isu berkenaan hingga mencetus kemarahan umat Islam, malah tidak juga campur tangan terhadap sebarang keputusan mahkamah berhubung perkara berkenaan.
“Kerajaan tak pernah campur tangan lebih-lebih lagi keputusan mahkamah, kecuali Tan Sri Murphy Pakiam (Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur) yang minta supaya semakan kehakiman dibuat untuk gunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.
“Oleh kerana perkara ini sudah di bawa ke mahkamah, jadi kita kena selesaikan semuanya mengikut prosedur di mahkamah juga sebab kerajaan hormati sistem....itu yang kita buat.“Kalau nak selesaikan di luar mahkamah, orangnya (yang bertanggungjawab) adalah Tan Sri Murphy Pakiam...dia yang bawa isu ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam, di Hentian Puduraya, di sini semalam.Mohamed Nazri menjelaskan sebarang kes berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh penganut selain Islam hanya boleh dibicarakan di Mahkamah.Beliau turut berkata, selepas ini terpulang kepada kerajaan negeri untuk memutuskan tindakan ke atas bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah berikutan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails