Tuesday, January 12, 2010

Ikut Hati Mati....jangan keruhkan suasana.

Editor Herald: Kami tidak tarik balik guna kalimah Allah
S Pathmawathy
Jan 12, 10
8:30pm
Mingguan Katholik, Herald, tidak menarik balik penggunaan perkataan Allah dalam penerbitannya tetapi hanya menangguhkan penggunaannya sehingga selesai prosiding mahkamah, kata editornya, Father Lawrence Andrew.Beliau memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta menjelaskan laporan dalam Berita Harian hari ini di bawah tajuk Majalah Herald setuju henti guna kalimah dan tajuk kecilnya berbunyi Penerbit sedar tanggungjawab jaga keamanan negara."Apa yang saya cakap telah diputarbelit... apa yang saya cakap bukan sesuatu yang baru, keputusan dibuat apabila AG (Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail) memfailkan permohonan menangguh pelaksanaan (keputusan mahkamah membenarkan perkataan Allah diguna dalam Herald)," kata Andrew.

Katanya, mingguan tersebut menghormati perintah penangguhan tersebut kepada kementerian dalam negeri (KDN), sementara menunggu rayuan.Herald yang dicetak dalam empat bahasa - Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil - telah menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan kepada 'God' dalam bahagian Bahasa Malaysianya.Perkara itu dibawa ke mahkamah selepas KDN melarang akhbar tersebut berbuat demikian.Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails