Thursday, September 24, 2009

Bini Gila Batang Kulup

Kejutan gila hari jadi
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit. Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri. “Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri. “Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi. Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu. Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit. “Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar. “Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya. ementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil. “Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya. Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails