Sunday, January 24, 2010

Isteri Tak Cukup Makan.

Isteri bernafsu besar, suami tak mampu
2010/01/24

KUALA LUMPUR: Isteri ‘makan luar’ kini bukan lagi perkara aneh dan hakikat ini diakui Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammad Khusrin Munawi.Menurutnya, ada pelbagai sebab perkara itu berlaku dan satu daripadanya ialah kegagalan suami memenuhi kehendak mereka, sama ada kemewahan material atau naluri seksual.“Ada isteri bernafsu besar sama ada kehendak material mahupun kepuasan batin, manakala suami pula gagal memenuhi kehendak itu. Akibatnya, isteri hilang pertimbangan dan mula mencari lelaki lain yang mereka anggap lebih hebat,” katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, biarpun kes wanita berstatus isteri ditangkap khalwat dengan lelaki bukan muhrim di Selangor masih dalam jumlah kecil, ia dianggap masalah yang serius.

“Kerana itu setiap masalah dalam rumah tangga perlu diselesaikan dengan baik dan bukan menurut hati hingga membawa kepada kemudaratan.“Jangan jadikan lelaki lain seperti teman sepejabat, sahabat atau sesiapa saja sebagai bahan rujukan meluahkan masalah rumah tangga, khasnya berkaitan nafkah batin, kerana ia pasti boleh menimbulkan suasana tidak sihat sesama mereka hingga akhirnya terjerumus dalam zina,” katanya.Khusrin turut menasihatkan isteri yang terlanjur supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Di dunia mungkin mereka boleh terlepas daripada hukuman, tetapi tidak di akhirat.
Khusrin turut tidak menolak ada suami menutup mata dengan perlakuan isteri makan luar kerana sedar kekurangan diri.Menurutnya, itu kesalahan besar daripada segi agama kerana suami terbabit dianggap subahat dengan dosa isteri mereka.“Mengikut hukum Islam, isteri yang berzina boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati manakala suami pula jika mengetahui perkara seperti itu sama ada menasihati si isteri atau jika gagal menuruti nasihat itu hendaklah menceraikannya,” katanya.Sementara itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain, turut mengakui kes isteri orang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain semakin meningkat.
Menurutnya, sebagai bukti, didapati kini semakin banyak kes tuntutan penceraian dimulakan oleh suami di mahkamah dan kebanyakannya adalah alasan berkaitan isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.“Sebelum ini kita banyak lihat kebanyakan isteri yang sering memulakan fail penceraian, tetapi keadaan sebaliknya berlaku sekarang kerana ramai pula suami berbuat demikian, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada si isteri,” katanya.Zaidi berkata, kes seperti itu kini semakin banyak dilaporkan dan beliau banyak mewakili suami dalam kes seumpamanya berbanding sebelum ini.Katanya, keadaan itu wujud kerana ada sesetengah wanita mahu ‘test market’ mungkin kerana sebelum ini mereka tidak mampu bergaya tetapi sekarang dengan kerjayanya yang baik serta penggunaan pelbagai produk kecantikan, mereka mudah mencari teman baru.“Mungkin pada peringkat awal mereka hanya sekadar mahu berkawan, tetapi lama-kelamaan mereka hanyut hingga terlanjur,” katanya.

1 comment:

  1. agama islam ni sunguh suci,jadi sama2lah menjaga dan memertabatkanya.pendidikan awal anak2 din rumah amat penting.jangan serahkan bulat2 dekat guru agama sahaja,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails